Aku pernah bercinta dengan seseorang, aku gelarkan dia Sufi. Hubungan kami sejak dari zaman sekolah dan hampir 7 tahun, tapi semua tu hanya sia-sia dan buang masa.
Sufi ni dah banyak kali curang dengan aku, dalam hampir 7 tahun tu entah berapa ramai perempuan dah kantoi dia melayan. Tapi aku masih sabar dengan sikap dia tu. Lepas kantoi minta maaf, dan ulang lagi perangai yang sama sampailah abang jamil mampus.
Tahun ke 5 kami pun bertunang.. waktu ni keluarga masing-masing dah bincang untuk ikat tali pertunangan selama setahun, hantaran sebanyak 10 ribu..
Tapi aku tengok si Sufi ni macam buat tak endah je pasal nak kahwin ni sebab aku tengok dia langsung takde saving, waktu tu dah setengah tahun bertunang tapi takde saving langsung kau rasa? Aku dengan Sufi ni kerja merantau, jauh la dari keluarga.
Aku waktu tu kerja dah berpangkat, kalau hidup sendiri kira mewah jugak laa belanjawan aku. Sufi ni dia kerja bengkel je tolong abang angkat dia.
Aku tak kisah dia kerja apa asalkan dia ada saving untuk nak kahwin tapi 0. Aku banyak kali tanya ada buat saving ke tak dia kata ada sikit, sikit dia tu baru berapa ratus.
Parents aku pun kadang kalau jumpa dia diorang tanya, “dah cukup ke belum duit kahwin? Tunang pun dah nak setahun ni..” tapi Sufi jawab saving dia dah ada 5 ribu.. Aku perhati jela dia membongak parents aku.
Waktu bercinta kalau Sufi ni curang, aku boleh terima lagi walaupun dia tak layak dimaafkan pun sebenarnya. Tapi masa dah bertunang pun dia masih buat perangai sama memang aku tak boleh nak terima lah.
First kantoi dia curang dengan perempuan dalam dating apps, nama dia Nisa.. siap save contact Nisa tu “my love” lagi. Nisa taktau pun yang Sufi ni tunang orang.
Sufi kata kat Nisa yang Sufi putus sebab aku curang hahaha. Tu jela modal dia cakap aku curang padahal dia yang selalu merenyam layan perempuan lain belakang aku.
Dekat sebulan jugak Sufi layan aku macam sampah padahal aku tunang dia, dalam sebulan tu dia masih contact Nisa..
Mak bapak Sufi pun tahu dia dengan Nisa.. Macam celaka jugak la mak bapak Sufi ni, boleh fikir kot anak kau tu tunang orang tapi kau boleh sokong pulak perangai anak kau tu.
Aku call parents aku bagitahu yang aku nak putus tunang sebab Sufi ni curang. Ni la first time aku cerita masalah aku kat keluarga, aku memang tak pernah cerita apa2 masalah aku selagi aku boleh settlekan sendiri.
Tapi bab tunang ni melibatkan keluarga jadi aku perlu jugak bagitahu. Parents aku mintak semua bincang dulu, taknak malu la sebab putus tunang, orang2 dah tahu kami bertunang.
Aku ada cuba cari lelaki lain, dia kawan lama aku Zarif. Dia tiba2 approach aku kat whatsapp mungkin dia tengok aku tengah broken kot haha.
Dalam sebulan Sufi melayan Nisa tu, hampir sebulan tu jugak aku layan Zarif. Aku dengan Zarif baru nak serius tiba2 si Sufi ni macam tak boleh terima pulak tengok aku palau dia and layan orang lain.
Kau melayan betina boleh pulak, aku baru layan jantan sorang kau dah nak meroyan gila hahaha.
Tapi Sufi ni minta maaf kat aku, dia kata dia akan tinggalkan Nisa dan aku pun kena tinggalkan Zarif. Keluarga aku dengan Sufi pun bincang untuk teruskan lagi pertunangan ni.
Lepas berapa minggu kantoi lagi dia layan kawan dia sendiri, perempuan tu nama dia Sofea, aku kenal la Sofea ni sebab selalu jugak aku keluar ramai2 dengan kawan2 si Sufi.
Kawan Sufi semua lelaki cuma Sofea ni je perempuan. Kantoi curang dengan kawan sendiri lagi sakit dari perempuan yang aku tak kenal.
Macam mana aku dapat tangkap diorang berdua? Aku spot check telefon Sufi, dekat apps semua takde nampak dia punya chatting ke apa, tapi bila aku tengok kat file manager aku ternampak gambar2 nude Sofea ni.
Banyak ye bukan sikit2, aku dah mula pelik kenapa ada gambar Sofea yang macam ni kat telefon dia?
Masa ni otak aku blur lagi tak boleh fikir. Lepastu baru aku teringat, masa Sufi layan Nisa aku nak spot check telefon Sufi tapi Sufi keras tak bagi aku tengok telefon dia. Rupanya masa tu dia melayan Sofea jugak.. tapi advance ye Sufi dengan Sofea ni hahaa.
Memang panas sungguh la hati ni kau berdua buat aku macamni. Aku ni taktau laa di kategorikan sebagai axiety ke macam mana sebab kalau aku marah, aku akan shaking satu badan sampai suara pun terketar.. ataupun aku akan menangis je tak mampu nak bersuara.
Aku pergi jumpa Sofea, aku tanya dia kenapa dia buat macamtu. Tak fikir kee sape yang dia layan tu? Sofea cuma jawab “dah Sufi mintak aku gambar camtu bagi jela.. Sorry weh” tu je jawapan dia.
Aku sakit hati betul, perempuan jenis ape pun aku taktau laa.. aku dengan shaking masatu nak lempang muka dia tapi untung dia elak. Aku cakap dekat Sofea jangan tunjuk muka dia lagi depan aku kalau taknak aku menggila.
Aku balik dengan keadaan menangis teruk dalam kereta.. sakit betul hati aku kena game macamni.
Aku makin takde hati dengan Sufi ni walaupun dia masih tunang aku.. aku berkali kali buat solat istikharah minta pada Allah jauhkan aku kalau dia bukan jodoh yang baik untuk aku.
Menangis aku hari2 tiap malam bila kenangkan balik semua yang Sufi buat belakang aku. Sufi minta maaf lagi. Tapi hati aku kosong dah. Aku cuma mampu istikharah jee selalu supaya Allah tunjukkan siapa Sufi..
Kali ke 3 dan terakhir, Sufi curang lagi.. dia chatting dengan perempuan sabah kat dalam facebook. Chatting dia berbaur sexs, Sufi tanya macam2 pasal s*x kat perempuan tu.. dan perempuan tu layankan jee..
Aku tahu password facebook Sufi ni. Masa aku check dm diorang tengah rancak chat. Bila aku reply dm tu, Sufi terkejut sebab aku sergah perempuan tu dalam dm. Sufi terus tukar password facebook dia, dia cakap kat perempuan tu facebook dia kena hack dengan ex haha.
Aku terus whatsapp Sufi, aku mintak putus tunang and jangan cari aku lagi. Aku terus block contact and semua apps Sufi. Walaupun aku block dia, dia masih boleh call atau mesej aku kalau dia nak cari tapi memang dia tak cari aku langsung.
Dekat 3 minggu jugak dia senyap tak cari aku. Dalam masa 3 minggu aku senang jee nak healing balik, dia fikir aku masih aku yang dulu.
Tidak ye, hati aku makin lama makin mati bila kau buat aku macamni.
Aku call parents aku bagitahu yang aku memang betul2 nak putus tunang. Aku call mak bapak Sufi sekali bagitahu pasal perangai anak dia tu. Aku datang jumpa Sufi untuk pulangkan cincin tunang, aku tak nak ada apa2 dah dengan dia.
Aku request transfer tempat kerja aku dekat dengan rumah parents aku tapi takde kosong, yela time tu pkp jadi company banyak nak cut pekerja kan. Jadi aku faham, aku malas nak fikir panjang aku bagi notis sebulan berhenti..
Sebulan tu rasa lama sangat nak habiskan masa kat situ sebab kadang2 si Sufi ni call atau mesej aku mintak maaf bagai.. aku rasa semak, tak sabar nak habiskan masa notis aku, aku nak balik kampung.
Sampailah Sufi dapat kerja kerajaan, dia masuk recruit dan itulah ketenangan aku iaitu tiada gangguan Sufi lagi.
– Jue (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit