Assalamualaikum.. saya ida. Umur masih muda tapi bukan la masih bersekolah.
Saya nak tanya pendapat dan cara pemyelesaian masalah dari yang mengetahui..
Saya dibesarkan dari keluarga yang sangat garang. Bagi saya, tegas dan garang tu sama tapi berbeza. Saya tahu, tujuan mak ayah saya garang adalah untuk mendidik jadi yang lebih baik. Mak ayah saya bukan tegas, tapi garang. Apa yang tak berkenan pasti diorang jerkah..ada kalanya diorang ikut mood, maka perkara tu akan berakhir dengan air mata. Sebab apa, sebab perkara yang tak elok akan keluar dari mulut diorang. Ada kalanya diorang maki hamun, ada kalanya diorang memukul saya. Kalau setakat rotan saja saya tak kisah kalau memang betul saya ada buat salah. Tapi, saya tak ada buat salah apa pun saya tetap kena pukul, pijak, dicekik, dimaki.. jujur saya katakan..sepanjang saya dimarahi, saya tak pernah melawan. Saya pendiam dari dulu. Tak ada buat hal apa2 melainkan yang disuruh..
Semasa saya berumur 11 tahun, saya pernah terfikir nak lari dari rumah.. sebab saya dah tak tahan lagi tinggal di rumah ni yang hari2 nya dipenuhi dengan suara menengking, diwayangkan dengan aksi ganas oleh bapa kepada anak, dilayan bukan seperti keluarga kandung sendiri. Tapi saya berfikir panjang..saya fikir positif. Kata saya, walau seteruk mana pun mak ayah, diorang tetap ada perasaan sayang pada anak. Jadi, saya tak jadi lari. Lagipun, saya fikir..kalau saya lari, siapa yang nak buat semua kerja rumah lepas ni. Kesian mereka.
Semasa saya berumur 14 tahun. Saya menghidapi kemurungan. Saya hanya terperap didalam bilik atas katil selama beberapa hari. Kerap tak pergi sekolah. Mak dan ayah tak hiraukan. Saya hanya menangis tak kira waktu. Saya cuba untuk gagahkan juga mendirikan solat dan bermohon petunjuk..tapi saya tetap dilayan seperti orang yang tiada perasaan. Mak ayah saya menyalahkan saya..kata mereka, saya jadi begitu kerana kesalahan saya sendiri. Saya tak tahu mana datangnya salah saya.. saya jadi begitu kerana saya sangat tertekan dengan hidup saya kerana dibesarkan dalam keadaan begini. Apa yang baik saya buat mereka tak hiraukan. Apa yang buruk walau sedikit seperti tertumpah air, mereka menengking seperti saya buat kesalahan besar. Ayah saya juga ada kata yang saya ni gila. Semakin serabut kepala saya.
Lupa nak bagitahu..saya ada empat orang adik beradik. Diantara kami hanya saya dan abang saya, mak dan ayah kami ‘nampak’ benci. Sejak abang saya kecil lagi, dia selalu kena pukul. Banyak kesan lebam pada badan dia. Walaupun kesalahan abang saya tu boleh diberi nasihat dan cakap elok2. Kakak saya tak pernah ditengking mahupun dimarahi. Sebab kakak saya seorang pelajar yang pandai. Apa la yang ada pada saya dan abang ni. Sebab tu kakak saya jadi anak emas mak ayah. Kalau diikutkan, kesalahan kakak saya banyak sangat. Kesalahan tu pulak boleh bawa mak ayah tanggung dosa sekali. Dia tak tutup aurat, kerja rumah tak pernah nak tolong buat, layan kami adik beradik dengan teruk, bergaul dengan lelaki tanpa batas tapi tak pernah kena terajang..ohh lupa..dia kan budak pandai. Saya pulak? Tak ada beri apa2.. saya hanya boleh beri perkara yang tak dapat beri keuntungan. saya sanggup tinggalkan kerja sekolah sebab nak tolong mak buat kerja rumah. Saya sanggup berjaga malam untuk jaga mak saya yang selalu sakit secara tiba2. Saya banyak hari tak datang sekolah sebab sakit. Sakit saya disebabkan saya kurang rehat, terlalu banyak berfikir, tertekan dengan keadaan rumah dan saya ada migrain sejak dari dulu. Bila sakit kepala tu datang, hanya tuhan je yang tahu betapa sakitnya. Adik saya pula, mak dan ayah sangat sayang. Bagi mereka, adik saya lah yang akan bawa mereka ke syurga. mereka selalu memuji kakak dan adik saya. Saya yang dengar, rasa diri ni hina sangat. Apa salah saya? Apa dosa saya pada mereka? Apa mereka sebenarnya tak menginginkan saya tapi terpaksa melahirkan saya juga? Kalau itu la sebab mereka, kenapa tak dibuang je saya ni lepas dilahirkan.
Pada suatu hari, saya rasa sudah tak dapat nak tanggung jiwa saya yang banyak memendam perasaan. Saya tak banyak kawan, jadi saya nak luahkan pada siapa perasaan saya ni? Saya tak percaya pada sesiapa. Akhirnya…saya pergi membawa diri. Entah kemana kaki ni melangkah sampaikan saya tak sedar betapa jauhnya saya berjalan dengan hanya berjalan kaki. Saya lapar, dahaga, penat dan sakit bila saya berhenti berjalan. Duit tak ada. Saya hanya berkumur untuk hilangkan dahaga. Nak minum tak sanggup sebab takut sakit perut kalau minum air paip. Sepanjang saya lari dari rumah, saya hanya penuhkan masa dengan beribadah. Saya hanya mohon hati mak ayah saya dilembutkan dan sedar akan layanan dia pada anak. Saya hanya menangis sampai kepala saya rasa sakit sangat. Selepas tiga hari ketiadaan saya dirumah, barulah mak dan ayah saya cuba menghubungi saya. Saya fikir mak dan ayah saya tak akan cari saya. Ayah saya memujuk saya untuk balik. Tapi saya taknak. Sebab saya tahu, ayah saya tak akan pernah berubah. Keegoan ayah saya terlalu tinggi. Apa yang dia rasa betul, itulah kita kena dengar dan ikut. Apa yang tak betul dimatanya, kita jangan banyak bunyi. Ikutkan saja.
Tapi hati saya ni lembut..saya tewas. Sebab saya memikirkan keadaan rumah yang selama ni diuruskan oleh saya, keadaan mak saya yang selalu sakit hanya dijaga oleh saya, atuk dan nenek saya yang sakit yang hanya memerlukan saya, makan minum yang hanya saya yang sediakan..apa la akan jadi kalau dibiarkan lama. Lagipula, saya sebenarnya tak mahu putuskan silaturrahim. Saya cuma nak masa untuk saya sendiri. Saya nak rasa kedamaian. Jadi, saya pulang ke rumah. Tapi..saya silap. Memang betul. Situasi rumah tiada perubahan. Ayah saya cuma memancing saya untuk pulang kerana malu dengan keluarganya. Dia takut kalau keluarganya menganggap punca saya lari kerana kesalahan dia.
Hari berganti hari..
Saya dapat merasakan diri saya ni semakin teruk. Saya mula bercakap seorang diri. Saya meluahkan perasaan saya melalui apa yang saya cakapkan tu. Saya terfikir nak bunuh diri, ahli keluarga dan semua orang. Saya rasa semua orang memandang hina pada saya. Saya rasa semua orang anggap saya ni gila. Sakit kepala saya semakin kuat. Sampaikan saya rasa nak potong kepala untuk ‘pisahkan’ rasa sakit tu. Saya tak tahu apa yang perlu saya buat.. saya teringin nak pergi jumpa pakar psikiatri. Tapi macam mana? Selama ni saya sakit, saya hanya menanggung sendiri. Mak dan ayah saya tak pernah nak ambil tahu. Bila saya mengadu sakit, mereka menyalahkan saya balik. Takkan nak pergi sendiri? Apa alasan yang saya nak bagi untuk keluar rumah. Saya tak pernah keluar rumah..walau dah bertahun2 tinggal disini, jiran sebelah rumah pun saya tak kenal. Hanya sekali je saya pernah keluar rumah tanpa izin.
Maaf sebab panjang penulisan saya. Dan maaf juga sebab penulisan saya agak formal. Saya kan tak pandai. Saya nak minta bantuan dari segi motivasi dan cara untuk saya terus berfikiran positif seperti orang yang berhati kering.. tolong bantu saya untuk cuba pikat hati mak dan ayah saya.
Sekali lagi saya mohon maaf..
Terima kasih kerana sudi membaca.
– budak tak matang
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit