Aku Yang Dulu Bukanlah Yang Sekarang

Sebelum tu, terima kasih kalau confession aku diluluskan untuk bacaan. Aku yang dulu bukanlah yang sekarang. Ni bukan lagu Tegar ye?

Ni kisah aku nak kongsi sikit dengan pembaca, mana lah tahu ade yang senasib. Aku, kalau pembaca nak tahu dulu, sangatlah menyedihkan. Dari segi apa?

Dari segi penampilan diri pergaulan dan personaliti. Dari aku kecil lagi, aku ni seorang introvert. Introvert ni personaliti dia agak lonely, pasif, pendiam, penyeyap, kurang keyakinan diri dan lain-lain.

Aku skema dulu masa zaman sekolah. Tak tahu kenapa dari darjah satu, aku berat mulut, pemalu sangat.

Padahal aku lelaki. Rupa pun, bolehlah, cuma butang baju, katup sampai atas Tapi takde lah sampai kena buli. Cuma aku tak ramai kawan. Tak tahu kenapa aku macam tu.

Kat rumah dengan adik beradik, aku lasak. Kat sekolah, macam split personaliti pulak. Aku takde kawan rapat untuk lepak pun, siapa aku rasa nak duduk sekali dalam kelas, aku duduk, lepas tu balik.

Macam tu jela. Bila naik sekolah menengah, biasa orang makin berubah lah personaliti sikit. Aku masih pendiam, masih tak ramai kawan. Takde kawan gelak-gelak, tepuk tampar. Ada seorang dua, lepas tu pindah sekolah.

Macam tula. Karakter aku masih sama, pendiam, dalam sekolah jadi skema, tak pandai bergaul, takde keyakinan nak bercakap depan kelas macam seorang public speaker. Pemalu semua masih ada.

Dan aku cukup segan nak bercakap atau tentang mata dengan perempuan. Apa lagi nak ajak berborak. Ada awek yang pernah minat aku dari form 3 sampai form 5, tapi aku tak tahu nak layan. Pelik kan?? Sudahnya aku tak layan pun.

Masuk universiti pulak, U mana? tak payah tahu lah. Hihi. Aku berubah sikit. Dah mula bersosial, penampilan masih tak stylo tapi berubah lah- takde butang sampai atas.

Antara perubahan positif, aku dah mula tahu nak berinteraksi, nak bergaul, nak bercakap dengan perempuan dan bergurau.

Antara perubahan yang aku dapat di alam pengajian tinggi ialah kemahiran berkomunikasi. Buat presentation, jawab soalan, tanya dalam kelas, melepak, ponteng kelas. Haha.

Tapi kawan aku masih limited. Aku masih pendiam, masih tak banyak kawan, tapi cara komunikasi aku berubah.

Aku lebih yakin. Lebih mahir bergaul ke next level. Masuk ke alam pekerjaan, aku berubah pulak jadi seorang yang banyak bercakap dengan yang sekepala,

Seorang yang suka mengusik orang lain, suka menyakat, suka sweet talk sampai perempuan keliling pinggang lagi. Opss..

Aku jadi seorang yang baru dan kawan pejabat tak tahu pun perangai aku kat sekolah dulu sangat berbeza. Berubah 360 darjah.

Aku seronok dengan perubahan ni. Sebab personaliti aku dah jadi ekstrovert . Aku sebenarnya masih introvert, masih tak ramai kawan, tapi ada perubahan dari cara aku bergaul.

Kalau dulu, aku lah skema, aku lah pendiam rambut sikat tepi. Sekarang aku sangat yakin dalam bercakap.

Budak office tak percaya kalau aku cakap aku ni pendiam. Alhamdulillah, tu satu perubahan positif. Masa juga mematangkan seseorang.

Aku sebenarnya teringin nak patah balik ke masa lampau supaya aku dapat ubah diri aku jadi macam sekarang supaya aku lebih berkeyakinan dan lebih bersosial supaya ramai kawan sebab kawan daripada kecil biasanya akan jadi kawan seumur hidup.

Maknanya terus berhubung tak lost contact. Tapi tak boleh. Kita hanya mampu berada dalam masa kini dan terus mencorak hidup yang sekarang ni.

Aku sekarang ni memang dah berubah. Dulu seorang yang amat pemalu, tak ada keyakinan diri, dressing memang skema habis. Rambut sikat tepi, duduk depan-depan, tak bersosial.

Sekarang ni, dressing dah smart. Rupa pun alhamdulillah. Dah pandai bawak diri, cuma aku masih seorang introvert. Tak ramai kawan. Mungkin dah terbiasa dari pergaulan dulu.

Tapi aku bersyukur kerana sekurang-kurangnya aku berubah ke arah positif. Keyakinan aku bertambah dan menceriakan sedikit hidup aku. Kita semua lalui peringkat tersebut untuk berubah tapi dalam fasa berbeza.

Aku cuma bangga, aku yang dulu bukanlah yang sekarang yang lebih yakin untuk menempuhi fasa kehidupan berikutnya. InsyaaAllah.

Hidup ini memang satu perjalanan, satu “learning process”. Tu semua menjadikan kita semua manusia yang bermacam personaliti dan karakter.

– Dah Berubah (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *