Assalamualaikum semua. Umur aku dah banyak. Sepanjang perjalanan kehidupan, banyak kegagalan yang aku tempuhi. Aku harap tahun 2019 memberi sinar baru dalam hidup aku.
Aku cemburu melihat kawan-kawan yang ada kerja tetap yang bagus. Aku tak ada itu. Aku cemburu tengok rakan-rakan disayangi ramai. Aku tak ada itu juga. Inilah dua perkara yang aku selalu cemburu dengan orang-orang di sekeliling aku. Aku selalu tertanya-tanya, kenapa Tuhan jadikan aku begini? Aku yang selalu gagal. Dalam banyak benda. Sampaikan ada waktu aku rasa give up untuk bangun dan berusaha lagi. Kadang-kadang aku rasa nak pergi jauh, tapi tak tahu ke mana.
Oleh kerana sukar dapat kerja masa muda-muda dulu, aku ambik je apa-apa kerja walaupun tak setaraf dengan kelulusan aku. Bila aku dapat kerja yang ok sikit, aku berhenti. Kebanyakan kerja yang aku dapat, tak sesuai dengan aku. Lalu aku berhenti juga. Sampailah sekarang, aku takde kerja. Aku rasa aku nak berniaga. Tapi, sebenarnya aku pernah berniaga, namun akhirnya lingkup juga. Takkan nak berniaga lagi, kan? Modal pun tak ada. Nak business apa pun aku tak tahu.
Itu bab kerja. Yang satu lagi aku mentioned kat atas tu kan aku juga gagal dalam perhubungan kan? Ya, aku takde kawan. Aku rasa orang tak suka aku. Aku ada juga pergi beberapa kursus/kelas untuk tambah ilmu. Then ada la group whatsapp. Aku cuba beramah mesra dengan balas message dorang. Tapi bila aku yang bagi message atau forward apa-apa, takde sapa yang respond. Kalau orang lain, ramai je orang komen. Buat aku malu dan rasa aku tak belong to those groups. Masa kursus pun aku tak ada kawan.
Aku bukanlah seorang yang terlalu pendiam. Aku jenis tegur orang jugak. Tanya khabar etc. Tapi itulah, kena aku yang mulakan. Kalau tak, takde orang yang akan datang berbual dengan aku. Kenapa macam tu? Aku bukanlah orang yang busuk. Aku bukan selekeh. Aku bukan terlalu pendiam or terlalu pemalu. Aku tengok ramai orang pendiam dan pemalu, tapi mereka ada kawan. Tapi aku tak. Kadang2 aku rasa macam aku kena sihir je. Kadang-kadang lah. Sebab aku rasa pelik dengan keadaan ni.
Ada juga group yang langsung tak add aku. Contohnya group ipar duai. Kata orang, memang bagus juga tak ada. Itu oranglah kata. Tapi bila biras-biras aku ada dalam group tu, aku je yang tak dimasukkan dalam tu, aku kecik hati jugak. Tak ada orang datang rumah aku. Saudara-mara tak datang. Dorang datang time raya je. Aku nampak mereka get together without me and my family. Dalam fb.
Aku pergi rumah dorang. Dulu lah. Tapi bila mereka tak datang rumah aku, aku terfikir, mungkin aku je yang beria nak ada hubungan dengan dorang sedangkan mereka tak suka or tak kisah pun pasal aku. So, sekarang aku dah tak pergi rumah sesiapa melainkan kenduri je. Dulu, adalah juga sesekali, pergi visit ipar duai kan? Nak harap dorang datang, dorang tak datang. So demi silaturrahim, aku pergi. Tapi, lama-lama, aku terfikir, entah-entah dorang tak suka aku. Sebab asyik aku je melawat. Tak ada give and take. So aku stoplah visit dorang. Kalau suami aku nak pergi, dia pergi sorang.
Cemburunya aku dengan kamu yang ada kerja tetap. Lagi cemburu bila aku tahu, kamu kerja kat situ dari awal grad sampailah sekarang. Apakah korang tak diuji dengan masalah menganggur? Susah dapat kerja? Apakah korang tak diuji dengan masalah di tempat kerja? Sebab tu korang mampu bertahan di satu tempat kerja sampai bertahun-tahun. Seriously, aku cemburu. Aku tak ada kebahagiaan itu.
Aku bukan saja gagal mendapat pekerjaan. Aku juga gagal dalam mendapat tempat di hati manusia lain. Tak ada kawan yang call bertanya khabar. Tak ada kawan yang bila datang bandar tempat aku tinggal, call aku nak jumpa. Tak ada kawan yang bila nampak aku checked in kat fb aku berada di area mereka, mereka sibuk ajak aku ngeteh. Tak ada. Aku jeles bila aku tengok orang lain begitu. Bila kawan datang tempat dorang, kawan akan tag dorang ” jom jumpa”. Atau bila pergi ke tempat kawan, kawan ajak datang rumah ke, jumpa kedai kopi ke. Aku tak ada orang yang layan aku macam tu. Aku, tidak dipedulikan. Ada, macam tiada.
Itu adalah tahun-tahun yang aku hadapi sebelum ini. Berpuluh tahun dalam hidup aku. Aku harap aku akan lebih tabah menghadapi ujian dan kifarah Tuhan pada tahun 2019 ini. Walaupun aku tak tahu apa akan berlaku. Tapi, walaupun aku masih dilayan dengan keadaan yang sama, aku harap, kali ini, aku lebih redha dan menerima diri aku seadanya. Kalau boleh, aku tidak mahu lagi terlalu memikirkan hal ini. Aku nak fokus kepada mencari kerja dan juga focus kepada family kecil aku.
– AyG
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit