Salam… Usiaku sebenarnya dah berumur, belum warga emas tapi dah tua, anak dara tua.
Bila dah usia melepasi dewasa mesti dah banyak pengalaman tapi jika masih di takuk lama dan makin mundur… Itulah yang buat aku rasa hina. Sedihlah jadi hina, bengkek.
Aku rasa aku ada penyakit lupa… Lupa perkara yang baru selesai bila nak diingat tak boleh…
Contoh aku ada alih barang, kemudian ada yang tanya siapa alih ni aku jawab tak tahu, aku lupa aku yang buat… Atau aku ada buat sesuatu kemudian aku fikir tadi aku buat apa, lupa.
Mungkin sebab sikap aku tak terurus barang bersepah.. bila dah lama jenis macam tu jadi nak cari barang tersimpan tak jumpa sebab letak merata..
Aku harap aib aku terjaga tapi aku nak buka rahsia sini yang bilik aku sangat bersepah terabur barang bersawang habuk… Ngeri siapa yang masuk.. macam duduk dengan jin.
Jadi…. aku yang malas ni selalulah dapat ayat sangat down dari keluarga sendiri sebab aku duduk rumah keluarga…
Melampau. Tak boleh harap. Nak kena ni. Sampah. Menyusahkan. Ayat yang buat aku rasa hinanya diri…
Bukanlah sepanjang masa rasa hina… Sebab ada juga nikmat kehidupan ini untuk disyukuri namun dalam usia yang sudah ramai mengecapi kejayaan besar aku makin jauh kebelakang…
Aku ni sebenarnya jenis takut bercampur orang… Duduk rumah je. Bukanlah OKU mungkin mental.. Tak tahu nak takrif apa sikap aku ni…
Terkini jumpa perkataan introvet, tapi mungkin teruk lagi dari tu..
Keluarga teruk macam mana pun kecam, aku sayang mereka walau pernah terluka terhina.. Apa yang mereka marah tu betul..
Aku bukannya suka jadi tak betul tapi susah betul nak betulkan aku yang dah beruban ni pun masih teruk perangainya banyak benda tak tahu tak pandai.
Keluarga ni pun sayang aku, tak buang aku, tapi mereka pun malas dah nak marah aku biarkan jelah aku nak jadi apa..
Tapi bila aku sedar aku tengok orang lain di media sosial sangatlah jauh jurang kehidupan dalam meniti kejayaan dan kebahagiaan.
Maksudnya jika aku ada satu kejayaan mereka ada 100 kejayaan. Jika aku dapat satu hadiah mereka dapat 100 hadiah. Jika aku dapat ke satu tempat mereka dah ke 100 tempat.
Jadi aku ni ibarat kalau periksa dapat no akhir sekali.. tak siapa nak rai tak siapa nak bangga.
Jadi bila bertemu orang aku rasa orang tak suka aku, aku rasa hina, aku rasa buruk.. mungkin aku je yang rasa begitu mereka tak fikir pun..
Jadi bila aku suka rasa benda tak baik aku ni tak baiklah sebab tak bersyukur, tak bersabar, tak reda, tak bertakwa..
Adakah ini takdir aku untuk hidup macam ni atau aku ni nak bergurau dengan Tuhan agar Tuhan kasihan pada aku yang hina ini..
Masa muda dulu aku pernah kemalangan… Patah tangan kaki hidung.. teruk. Bertahun ambil masa nak pulih… Berparut..
Syukur aku kembali boleh berjalan dan tidak cacat cuma aku sudah tak cantik..
Kerana rasa tak cantik aku rendah diri dan mula menjauhkan diri.. tak pandai bergaul dan tak memajukan diri….
Sedar-sedar dah tua.. tak ada pasangan, tak ada pekerjaan, tak ada harta.. siapa yang sudi dengan orang hina begini..
Aku terlalu cemburu dengan selingan dengki kepada mereka yang macam bagus sangat dapat itu ini ada itu ini kerana rezeki dan usaha mereka…
Jadi aku kemurungan seketika kemudian tenangkan diri, biarlah mereka tak pandang aku tak suka aku bukannya aku dapat hidup ni atas pandangan orang..
Aku insaf sebab aku hidup atas rahmat Tuhan. Walaupun aku malas dengan solat kejap ok kejap ko tetap Allah bagi hidup, bagi makan, bagi sihat…
Aku dapat rasakan teruknya aku sebab amal soleh aku teruk..
Tapi aku terfikir juga adakah teruknya amal aku sebab dah takdir aku begitu sebab aku susah nak berubah, susah nak belajar, susah nak berjaya. Takdir aku jadi orang miskin hina..
Aku macam akan rasa tenang sikit bila tengok orang lagi susah yang lagi berat ujian.. sebab akan buat aku sedar yang Allah sayang aku… Nanti Allah bagi aku kuat, bagi aku mulia..
Aku harap dapat bertemu Allah SWT di Syurga… Akan ku istighfar selalu… zikir selalu… selawat selalu… kerana aku juga mahu berdamping dengan Rasulullah SAW.
Kalian yang lain teruslah gapai segala bintang di langit aku kagum dari jauh… Aku biarlah sekadar mengutip pasir kerana aku tahu aku dari angkasa bukan ibarat debu malah tak kelihatan…
Namun Allah melihat aku biarpun kau tak pandang aku..
Ku serahkan segala urusanku kepada ALLAH. Sesungguhnya ALLAH melihat hambaNya.
– Bakal Jenazah (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit