Aku Yang Insecure

Assalamualaikum readers. Aku Ketam. Aku seorang gadis berusia 31 tahun. Aku belum berkahwin dan bekerja sebagai kerani di syarikat guaman.

Tujuan aku luah kat sini adalah untuk luahkan rasa insecure aku. Aku seorang perempuan yang kategori kurus kering, dan agak rendah. Jadi, aku rasa less of confidence. Mungkin sebab tu takde lelaki yang dekat, diorang dekat untuk ambik kesempatan je. 

Untuk pengetahuan korang, aku ada bff, aku gelar dia sebagai Lala. Lala dah kahwin since umur 24 tahun lagi. Sebab tu aku rasa benci, tercabar.

Aku menyampah tengok dia post gambar dia dengan suami, padahal gambar biasa je tapi aku rasa macam dia nak berlagak kat aku yang dia dah ada laki (padahal ni aku yang rasa, caption dia pun biasa takde sweet2)

Teruk kan aku. As bff aku patut bahagia tengok dia bahagia. Aku sekarang makin jauhkan diri dari dia. Dia selalu chat aku tanya khabar, kadang2 aku baca tapi aku tak balas. Aku kasihan dekat dia tapi aku tak boleh. Aku rasa aku lagi cantik dari dia, tapi kenapa dia kahwin dulu. 

Masa kitorang kat IPTA aku bertukar2 boyfriend, putus sorang, datang yang baru tapi Lala jenis takda couple2, ramai yang minat tapi dia jenis tak minat couple. Tu buat aku rasa cemburu. Dia takyah cari lelaki, lelaki yang datang.

Aku ni beria2 berkenal dengan lelaki tapi selalu kena tipu, kena curang. Tup2, abis belajar si Lala kahwin. Itu pun dia bercinta lepas nikah. Dan aku masih sendiri. 

Aku terpaksa datang majlis tunang dia, majlis sanding dia, yela. Aku bff mesti kalau aku tak datang, Lala akan sedih. 

Aku ingat masa kat IPTA, aku tengah angau bercinta dengan sorang senior ni sampai aku abaikan Lala. Aku langsung tak ambik tau hal dia. Dunia aku dengan boyfriend aku je.

Masa tu aku saja nak menunjuk kat Lala yang aku lagi bahagia dari dia even dia ramai peminat. Dan akhirnya, boyfriend aku curang lagi. Baru aku cari Lala, luahkan rasa sedih and macam biasa Lala tetap layan aku dengan baik. Sabarkan aku. 

Ada satu malam tu, Lala tiba2 pinjam tudung junior kiteorg, tudung labuh, aku tak nafikan. Aku yang perempuan pun terkesima tengok.

Lala terlalu ayu bila pakai tudung labuh tu, biasa dia pakai tudung bawal, yang still tutup dada cuma kali ni tudung yang dia pakai tu macam ustazah tu. And kitorang keluar pergi study dekat library.

Apa yang buat aku lagi cemburu, boleh kata ramai lelaki yang memandang Lala. Tertoleh-toleh. Aku terus cakap kat Lala, lepas ni jangan pakai tudung macam ni lagi. Tak sesuai dengan imej dia yang gila2. Terukkan aku?

Part ni mesti ramai kecam aku. Aku pernah pergi rumah Lala after dia kahwin. Aku tumpang tidur satu malam. Aku cemburu tengok kehidupan dia.

Husband Lala terlalu perfect. Dia rajin tolong Lala buat kerja rumah. Dan suami dia agak handsome. Memang tak sepadan dengan Lala yang biasa-biasa ni.

Rumah Lala ada 2 bilik je. Satu bilik stor, satu lagi bilik diorang. So, Lala suruh aku tidur dengan dia dalam bilik. Husband dia tidur luar.

And aku saje borak kosong kat Lala, “Rajin suami kau weh. Kau tak nak jadikan aku madu ke?”, terus berubah muka Lala. Lepas tu cepat² aku gelak, aku kata aku gurau je lah. Takkan lah nak caras suami bff. Baru la aku tengok Lala lega sikit. 

Kadang2 aku rasa ni kifarah. Lala tak buat salah kat aku. Tapi aku yang banyak buat salah kat dia tanpa dia sedar. Sampai sekarang dia still post kenangan kami, tag aku bila ada quotes sahabat yang sweet2. Aku cuma tengok tanpa reply. 

Macam mana aku nak rawat hati aku ni supaya redha dengan rezeki masing2? Kadang aku rasa level hati aku dah teruk sangat. 

– Ketam (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

15 Comments

  1. Astaghfirullahalzaimmmm
    rawat hati kamu dek.. banyakkan istighfar. Jangan turutkan perasaan jahat kamu. Nauzubillahaminzalik

  2. Perasaan awak valid, apa yang awak luahkan tu juga perasaan manusia biasa. Apa yang penting adalah adakah awal bertindak dengan perasaan dengki tu. Jika perlu jauhkan diri, jauhkan diri. Spend masa perbaiki diri sendiri, bina keyakinan diri dan jangan bandingkan diri dengan oranh lain. Kadang kita rasa dia x layak untuk kahwin tapi mungkin dengan berpasangan tu perlukan bimbingan dan hidup dia lebih terurus. Mungkin confessor bujang sekarang sebab confessor seorang yang berdikari dan perlu capai beberapa perkara sebelum berkahwin. Pola hidup orang xsama, insya allah ada pahala untuk setiap ujian yang kita tempuhi. Sabar dan sentiasa perbaiki diri…

  3. Bawa bertaubat la sis. Hati busuk macam ni. Bersyukur apa yg kau ada. Kau dgn Lala takde apa apa pun dah jealous melampau. Inikan pulak kalau jadi madu Lala.

    • Dgn nama Allah yg maha pengasih lg maha penyayang.salah satu cara untuk menghilangkan cemburu atau dengki adalah dgn mengucapkan tahniah dan sentiasa mendoakan kebaikan untuk sahabat awak.berlapang dada dan bila mana perasaan itu datang cepat2 minta lindung dgn Allah dgn mengucap auzubillahiminnasyaitanirajim Bismillahirrahmanirrahim lps tu istighfar dan berselawat kpd nabi muhammad s.a.w dan jgn lupa perbanyakkan berzikir.kerna musuh nyata bagi manusia adalah syaitan dan jin.setiap manusia Allah jdkan mempunyai kelebihan dan kekurangan masing2.sebagai manusia cuma perlu berusaha dan berdoa pada Allah.insyaAllah pasti Allah bg.setiap manusia ada rezekinya.yang penting berusaha berdoa berserah pada Allah dan bersyukur.semoga awak mendapat suami yang dapat membimbing awak hingga ke jannah.semoga Allah pertemukan dgn lelaki yg bertanggungjawab.insyaAllah.bykkan mendengar motivasi spt prof muhaya.dr Fadzilah Kamsah bykkan membaca ayat2 suci al quran.sentiasa berfikiran positif.sbg contoh jika ditempat kerja ataupun dimana2 jika ada toxic people spt suka mengumpat ke jgn layan jika blh tegur tegur jika rasa benda tu blh mengganggu emosi jgn layan abaikan buat kerja sendiri fokus diri sendiri dan kena pandai tgk situasi.cari kawan2 yg positif.xda manusia yang xpernah buat silap yang penting seseorang itu sedar kesilapan dia dan berusaha untuk memperbaiki diri terutama hubungan dgn Allah.semoga bermanfaat untuk semua.hidup ni kena ada kesedaran,pemahaman,penghayatan dan tindakan.sedar dunia hanya sementara akhirat kekal selamanya.kena faham agama.kena hayati apa yg Allah ingin sampaikan didalam Al-Quran dan lakukan apa yg Allah perintah dan tinggal apa yang Allah larang.

  4. ni bukan insecure ni, ni mmg ada masalah hati. kau kawan dgn si lala ni pon ikhlas ke tk ikhlas.

  5. Your feelings are real and it’s good that you realised that. Some people are just in denial when it’s a time to admit their wrongdoings. I don’t know you but what I can suggest are, focus on yourself, fix yourself spirituality, mentally. Don’t get married just bcs your friends are married, I’ve seen people do that and they are wish they are not. And maybe you should start to be more a genuine friend to lala if you still love the friendship.

  6. Ya sis ko teruk. Hitam gila hati kau. Tbh benda kau rasa tu ada je orang lain rasa tapi dia tak hold macam kau hold. Dah tahu kau hati tak senang tengok dia, jauhkanlah diri. And then sambil sambil kau teringat cuba kau sedekahkan al fatihah untuk diri kau dan diri dia. Janganla asyik rasa dia tak sepadan ke apa, kau sebenarnya insecure dengan dia, kau takleh tipu diri kau. Banyak lagi benda atas dunia, kau rasa insecure ada dua je. Kau improve kan diri kau atau kau blah je dari relationship tu. Sebab dia tak deserve kawan yang ada rasa iri dgan dia bila dia baik, and benda tu menyeksakan kau

  7. salah satu cara nak buang cemburu ni, kau doakan lah yang baik-baik untuk sahabat kau, cuba berlapang dada. Doakan dengan ikhlas semoga kawan-kawan kau semua peroleh kejayaan dalam hidup mereka dunia, akhirat. Doakan baik-baik untuk orang keliling kau. cubalah tips ni. mmg ambil masa, tapi dapat didik hati kita untuk merendah diri. cuba lah sebelum terlambat

  8. 1. Rasa cemburu, dengki and so on tu normal…cuma, jgn diteruskan dengan action dan as a human being, tugas kita adalah untuk control rasa tu…klu hope takde rasa tu langsung, tu namanya orang mati…

    2. Lelaki ni tengok pompuan, muka untuk first attraction, perangai untuk kekal….so kalau officemate etc, jenis hari2 jumpa, lelaki selalunya akan skip part muka tapi akan terus pada perangai

  9. Bismillahirrahmanirrahim.salah satu cara untuk menghilang sifat dengki ialah dgn mengucapkan tahniah dan sentiasa berdoa kebaikan utk sahabat awak.disamping itu berlapang dada dan sentiasa beristighfar berzikir.selain itu sentiasa berfikiran positif.dgr motivasi mcm prof muhaya.contoh la sekiranya ditempat kerja ke mana2 ke ada toxic people sekiranya kita blh tegur benda salah bagitahu sekiranya mcm seseorang yg suka mengumpat ke apa ke jika benda tu blh mengganggu emosi cuba elakkan jgn layan dan perlu pandai melihat keadaan.cari suasana positif.setiap manusia ada kelebihan dan kekurangan masing2.sbg manusia kita cuma perlu berusaha dan bersyukur pada Allah.setiap manusia Allah s.w.t anugerahi rezeki masing2 selebihnya kita Sbg manusia kena berusaha.insyaAllah pasti Allah bagi.

  10. Sis, i pernah rasa apa yang u rasa. Selalu compare life i dengan BFF i tu. Then, i sedar i kena bsyukur apa yang i ada. Think positive. Kalau tgk life orang tu cepat cepat i tukar benda lain, sbb taknak rasa negatif tu sampai. Kena selalu bsyukur dengan apa yang kita ada. Bahagian orang lain lain.

  11. sis, to be honest, your feeling is valid. kita manusia biasa. pasti akan ada rasa cemburu menyinggah. tak kira la itu adik beradik kau ke, bff kau ke. kau tak salah untuk rasa semua tu. what i think you need to do is, just walk off from the relationship and unfollow your bff in any social media sementara waktu. trust me, nampak kejam tapi kau akan lebih tenang. just focus on yourself.

  12. u patut rampas laki dia. u pun berhak untuk bahagia! goda sikit laki dia xkan tu pun nak ajar. biar padan muka si Lala berlagak sangat.

  13. Cemburu xsalah tp perasaan ko ni dah tahap dengki tggu masa nak khianat je nih. Ko spttnya guna perasaan cemburu utk jd lebih baik tp ni makin nak dengki nak bt jahat pulak. Aku dulu ade perasaan cemburu jugak tp aku ambk benda tu utk jdkan aku lebih baik. Xperlu nak compare díri kita dgn org lain. Masing2 ade perjalanan hidup masing2. Tak payah dengki2.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *