Aku Yang Jimat Makan Sebelum Ni

Assalamualaikum w.b.t. dan salam sejahtera. Aku tulis ni kali kedua, rentetan dari post sebelum ni ‘6 Tip Jimat Makan Ketika Lapar’, sebagai respon dan balasan dari doa dan keprihatinan korang. Jujur aku cakap, jujur ni…tujuan aku tulis sebelum ni, bukan untuk tarik simpati atau nak minta ihsan. Tapi waktu aku tulis tu, aku tengah lapar…dan aku fikir positif je, mungkin ada orang lain yang sedang lapar sama macam aku atau pernah alami pengalaman sama macam aku. Sebab tu aku tulis, untuk share pengalaman dan tips cara2 jimat [walaupun tips aku ni x efisyen sangat, tapi boleh la jimat cikit2]. Macam2 la yang komen…, ada yang cerita balik pengalaman lama korang, ada yang turut mengaku tengah berjimat jugak, ada yang share lagi tips2 lain, ada yang tag nama kawan2 masa kongsi makanan time belajar dulu. Serius aku sebak, you all can feel me and i can feel you. Kita sama2 ada pengalaman masing2, pengalaman suka duka dalam hidup. Tak kurang juga, aku tengok ramai pula yang bersimpat dan minta PM [PM di sini private message, bukan perdana menteri ^^,]. Lepas aku baca pagi tu, aku memang menangis…sebak. Dah la waktu tu ada kat library, cover la cikit takut pakcik library tegur. Aku buat keputusan, xnak la PM2 orang yang tak dikenali. Serius, aku memang tak biasa. Janganlah marah aku di atas confession aku ni.

Lama aku di library, sebak2 sampai ke petang…hujan lebat pula tiba2 hingga menyebabkan aku tak dapat lagi pulang dan terpaksa tunggu di library sehingga hujan reda. Aku ni sebenarnya, takut sikit dengan hujan…[aku dah google dah], istilahnya ‘Ombrophobia: Fear of Rain’ [betulkan aku kalau aku salah]. Dalam pada hujan lebat, kilat2 tu…aku doa kepada Allah, supaya murahkanlah rezeki aku…, supaya aku dapat kerja dan murahkanlah rezeki ayah aku dalam mencari rezeki. Memang sebak lagi sekali. Aku tenung je hujan kat luar library di sebalik tingkap…sayu rasanya. Entah kenapa tiba2 aku teringat ada beberapa orang pembaca iium confessions minta sangat2 aku pm diorang. Sampai aku tertanya dalam hati, patut ke aku pm? Macam pelik je, sebab aku bukan orang macam tu. Aku terfikir mungkin ini la jalan yang Allah nak tolong aku sementara aku nak dapat kerja dan habis study ni. Ahhh…aku abaikan je perasaan aku tu, sebabkan aku tak biasa buat macam tu. Aku tanya pada kawan aku, yang duduk di hadapan aku kat library tu… ‘Akak, boleh ke saya terima bantuan orang yang saya tak kenal?’. Kawan jawab, ‘Bantuan ape? Dari sape? Bantuan? nak kawen ke?’ Hurmm…ke situ pula merepeknya…jauh pula pergi masuk ke bab kahwin.

Aku pun whatsapp kawan aku yang sedang bekerja di Sabah. Aku suruh dia baca apa yang aku tulis di IIUM CONFESSIONS. Dia pun tak tahu apa benda tu sebab dia bukan follower. Lepas dia baca, dia pulak macam sebak…. ‘Weiyhh..tak sangka kau…jimat macam tu. Aku pun tak pernah sampai nak kira2 detail macam tu…kalau kau xde duit, aku boleh bagi’. Aku pun cakap..’Alaaa…xpe2 rilex la. Aku ada duit lagi ni’. Hurmmm…dah jadi kes simpati pula. Kawan aku cakap, boleh la pm diorang. Diorang memang ikhlas tu… Aku pun…baca2 balik confessions yang aku tulis tu…aku memang tak sampai hati nak pm sesiapa. Sampailah aku perasan, ada akak sorang ni, banyak betul dia komen2 kat confession aku tu..macam bersungguh nak suruh aku pm. Aku pun pm la dia ‘Assalamualaikum’. Sampai part bagi salam, aku dah xsampai hati lagi…aku pun stop. Tak jadi nak cakap apa2. Aku pun whatsapp balik kawan aku, bagitau dia yang aku tak jadi la nak pm orang. Aku minta kawan aku tu doakan supaya aku dapat kerja je. Aku pun terus stop follow iium confessions.

Sampai satu masa, akak yang aku ‘ter’ bagi salam tadi tu, jawab pula salam aku. Ok takpelah. Biarlah, dia jawab salam. Aku pun dah tak reply. Tak lama tu akak tu tanya pula, siapa ni… aku pun cakap la maaf, tersalah meseg. Dia pun cakap, dia memang tunggu seseorang nak meseg dia. Hurmm…sebak pulak aku. Aku pun bagitau jelah, yang aku la yang tulis pasal haritu. Akak tu pun minta no tel aku berkali2…katanya penat menaip. Hurmm…aku pun bagi. Cepat betul, akak tu terus call. Sambil menangis2…cerita pengalaman hidup dia, siap cerita kesusahan suami dia waktu belajar dulu, bagi kata2 semangat kat aku. Macam diorang memang betul2 faham sebab pernah mengalaminya. Aku pun apa lagi, lagi sebak la…berair la juga mata ni. Keadaan tu macam, dua orang yang saling tak kenal dan tak pernah jumpa, tak ada pertalian darah atau hubungan apa2….tapi saling ‘berkongsi’ air mata. Satu perasaan yang…entahlah, hanya Allah yang tahu. Akak tu kata, dia nak bank in pada aku… dia kata dia sanggup pm sendiri sesiapa yang sudi bantu aku tu. Aku tolak….tapi dia tetap nak bantu. Aku pun redha. Tak lama tu, akak tu bagitahu aku ada orang lain nak contect aku juga. Aku minta dirahsiakan facebook aku kerana aku tak mahu menjadi perhatian. Ada akak lain pula yang meseg aku, mendoakan aku dan turut memberi sedikit bantuan.. Sampai ke tangah malam dia meseg. Malam tu sekali lagi aku tidur dengan air mata. Korang semua baik2. Ya Allah… mulia betul mereka dan korang semua yang doakan aku. Aku ni bukan sesiapa pun dalam hidup korang… aku jadi sebak. Inikah yang dimaksudkan dengan إِنَّمَا الْمُؤْمِنُونَ إِخْوَةٌ “Sesungguhnya kaum mukminin itu adalah bersaudara.” (QS. Al-Hujurat: 10)…??? Aku doakan kembali doa2 korang semua tu, semoga doa korang kepada aku tu kembali kepada korang semula. Semoga dengan doa dan bantuan korang, Allah ganjarkan pahala yang berlipat kali ganda dan syurga di akhirat kelak. Amiiin…

Tak dapat aku nak gambarkan perasaan tu. Tak mampu aku taip lagi sebarang huruf mahupun perkataan untuk menggambarkan perasaan aku ni. Speechless… Sebelum ni akaun aku yang aku ada la dalam RM50… aku berkira2 untuk berjimat setakat duit yang aku ada tu. Alhamdulillah, lepas tu ada orang bank in dekat aku total dalam RM160. Lepas ni jangan la bank in kat aku dah. InsyaAllah, cukup je ni. Aku akan berusaha sendiri dengan tulang 4 kerat ni. Aku betul2 sebak dengan korang semua. Aku janji dengan diri aku, esok2 bila aku ada rezeki lebih, aku akan bantu orang lain, macam yang korang dah buat kat aku. Semoga pahala dari pertolongan korang akan sentiasa berpanjangan hingga ke akhirat. Terima kasih sebab jadi role model dalam jalan hidup aku ni. Minta maaf untuk pihak admin IIUM CONFESSIONS, dah jadi slot simpati pula. Terima kasih kerana sentiasa menjadi wadah untuk membantu pelajar2 meluahkan perasaan, masalah dan berkongsi tips serta pengalaman hidup. Remaja seperti kami ni banyak lagi liku2 hidup yang perlu ditempuh untuk meniti alam dewasa. Semoga kami dapat manfaat dari perkongsian di IIUM CONFESSIONS.

Tulus ikhlas dari; Aku Yang Haritu.

– Aku Yang hari tu

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit