Hai. Terima kasih kalau luahan hatiku ini disiarkan.. Aku malay girl, nama samaran Shewangi dan berumur pertengahan 20-an.
Aku lepasan degree dan sekarang bekerja di syarikat swasta yang berdekatan dengan rumah. Walaupun dulu belajar bidang lain tapi sekarang kerja di bidang lain, aku telankan saja sebab aku nak kerja yang dekat2 dengan rumah.. jangan nak cakap aku manja pulak, aku tak nak kerja jauh sebab aku fikir nak jaga ibuku yang sakit. Kadang-kadang jauh di sudut hati, betapa aku teringin nak merantau kerja jauh-jauh macam kawan-kawan.. Kawan-kawan sama degree dengan aku, semua kerja area KL dan gaji masing-masing memang boleh kata masyuk la.
Member-member aku walaupun fresh grade, starter gaji pun dah tinggi. Baru kerja 3 bulan, lepas confirm naik gaji rm200-rm300, pastu boleh keluar kereta sebijik.. aku pulak masih seperti dulu, dengan gaji rm1300, naik moto pergi balik kerja berhujan panas. Tu belum cakap pasal kerja lagi. company aku boleh kata besar tapi bos yang kedekut tak nak hire ramai staff.. jadi kami yang berapa kerat ni la yang jadi mangsa kena kerah tenaga kaw-kaw. semua kerja kena cover. kena multi-tasking..
Dah la tu, setelah 11 bulan kerja baru lah aku dapat confirmation letter. itu pun takde kenaikan gaji. Allahu, sedih sangat rasa hati.. aku kerja dengan seikhlas hati, aku terima kerja kat sini sebab nak cari pengalaman, terasa macam langsung tak dihargai. rasa macam boleh dah kot campak sijil belajar tu masuk tong sampah. takde orang nak pandang pun even ada degree. sedihnya hidup. orang lain sedap je cakap fresh grades pilih kerja. tapi bila kita tak pilih kerja, ini lah jadi nya.. gaji ciput tapi kerja bagai nak mati.
Entah kenapa sejak akhir-akhir ni aku rasa kecewa dengan hidup ni. mungkin sebab aku dah confirm tapi tak naik gaji.. sebelum ni pun pernah la beberapa kali dapat panggilan interview SPA.. macam biasa la, kalau ada degree tapi mohon jawatan SPM, tak diterima. habis tu kau fikir lah.. budak SPM masuk kerja kerajaan, gaji rm2k ke atas dengan pelbagai benefit sbg government servant. nak beli rumah senang, nak beli kereta senang. tiap tahun ada kenaikan gaji. kitorang yang degree ni?
Kerja swasta tapi berapa sen sangat yang dapatnya? macam company aku. dari apa yang staff lama bagitahu, setelah beberapa tahun kerja, memang lah ada kenaikan gaji tapi kalau setakat naik rm30-rm50.. ko rasa?? kalau macam ni lah hidup kat negara ni, baik lah aku tak payah sambung belajar dulu. buang masa, buang duit, buat sakit otak je belajar tinggi-tinggi.. tak laa, aku tak duduk kat Malaysia pun. aku duduk kat Euthophia je ni, huh! nanti nak pesan kat adik-adik aku, lepas SPM tak payah belajar tinggi macam along korang ni. buat sakit otak dan tambah hutang ptptn je..
Tadi aku terbaca confession dilema kerja kerajaan. dan aku baca jugak komen-komen. majoriti cakap kalau ada degree, memang akan ditolak mentah-mentah. hina sangat ke kami fresh grade degree ni? macam pengemis nak mintak kerja. ye aku pun pernah jugak pergi interview SPA. aku seorang yang tak reti nak menipu atau kalau aku menipu jugak nanti memang akan kantoi lah senang cerita. lagipun aku nak mulakan kerja dengan penuh berkat. tak nak ada unsur penipuan. jadi aku pun berterus terang yang aku ada degree. sebab panel tanya awak buat apa lepas SPM, sebab sekarang umur awak dah 2*. jadi aku jawab la aku sambung belajar. it takes me 4 years to complete my degree. (ko ingat tak pecah otak kee..) dan panel tu pun dengan selamba badaknya cakap “kalau awak ada degree, kita memang tak ambik sebab nanti menutup peluang orang lain nak kerja kerajaan.
Awak ada degree awak boleh dapat kerja yang lebih baik yang setimpal dengan qualification awak. awak boleh keluar sekarang, terima kasih”. terima kasih la weh, sebab kau tak terima aku, sekarang aku mereput dengan gaji taraf budak tak belajar tinggi.. memang setimpal la sangat.. sumpah sedihh.. mana nak bayar ptptn lagi, nak bayar moto lagi, rumah lagi.. nak belanja ibu makan sedap-sedap.. kadang-kadang ibu tunjuk ubat-ubat kat farmasi, aku sedih sangat sebab tak boleh belikan ubat mahal untuk ibu.. ingat senang ke nak ke hulu ke hilir pergi interview sana sini, semua tak nak ambik aku kerja dengan kelulusan degree ni. jangan nak cakap aku pilih kerja ye. sebab tiap kali cuti sem, memang aku akan kerja kat mana-mana. pernah je aku kerja kat mcd, kerja cleaner, kerja jadi maid, kerja kat kedai perabot. aku tak pernah pilih kerja pun asalkan halal.
Ada jugak sepupu-sepupu yang tak belajar tinggi, kerja security pun gaji bersih dah rm1800. aku ni fresh grade degree, gaji malu nak cakap. kawan-kawan semua dah melangkah jauh.. dengan kerja stabil, dah mula nak kahwin, ada yang dah beranak pinak, dah beli kereta, beli rumah. sedangkan aku masih merangkak-rangkak struggle nak hidup. nak kerja kerajaan cenggitu pulak gayanya. dengan takde kabel nye, kirim salam jelah.. nak kerja swasta, ditindas pulak… gaji bayar sikit tak setanding kelulusan tapi otak dan tenaga kena kerah. ayat bos aku masa mula masuk “kita tak boleh bagi you gaji tinggi sebab you takde pengalaman”. tapi bila bab bagi kerja “you kan ada degree you kena la buat semua kerja ni”.. rasa macam nak bagi siku je kan?
Hmm.. aku sorang je ke yang ketinggalan? entah lah nak cakap. aku cuma kecewa.. aku tulis ni dengan broken heart.. bagi lah kata-kata semangat sikit untuk aku lebih positif.. sesungguhnya aku sudah karam dilautan tanpa tali pengharapan lagi. terima kasih sudi baca coretan orang yang kecewa dan stress dengan tekanan hidup
– Shewangi
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit