Aku Yang Kedua?

Kata orang benda yang paling kita benci, itulah yang kita akan dapat. Begitu juga aku. Aku Lily (bukan nama sebenar), awal 30an. Seorang wanita sederhana berdikari, punya kerjaya, keluarga dan kawan-kawan.

Terkini, entah kenapa setiap kali buka page IIUM Confession, banyak berkisar pada poligami, isteri diduakan, suami berbahagi hati.

Mungkin satu signal, entah aku pun tidak pasti. Apa yang akan aku ceritakan mungkin mengundang kecaman pembaca namun aku teruskan kerana aku tidak mampu lagi menyimpan sendiri dalam hati.

Aku berkenalan dengan seorang lelaki sebulan yang lepas, dengan niat untuk berkenalan, bertukar minat kerana kami punya minat yang sama, dan tidaklah sampai ke tahap seperti ini.

Kali pertama aku jumpa Elyas (bukan nama sebenar), usia awal 40an, kami minum di sebuah restoran fast food.

Mula-mula rasa gembira dan perwatakan kami agak serasi. Tapi di hujung pertemuan dia jujur mengatakan dia telah bekeluarga punya isteri satu, anak empat. 2 lelaki, 2 perempuan. Complete family! Aku terkedu kerana tidak menyangka dia telah berumahtangga.

Dia bertanyakan bolehkah dia berjumpaku lagi dan ingin mengenaliku lebih lanjut. Aku teragak-agak kerana memikirkan keluarganya namun aku tidak mampu menipu diriku bahawa aku juga tertarik padanya.

Kami berjumpa bila ada kelapangan dan berterusan hingga sekarang which I felt so bad towards his family!

Satu hari dia telah menyatakan bahawa dia ingin menikahiku dan akan menunggu keputusanku. Dia juga akan berterus terang kepada isterinya mengenaiku.

Aku gembira tapi dalam masa sama aku juga risau akan penerimaan masyarakat, keluarga, isteri dan anak-anaknya.

Tidak pernah terlintas di hatiku untuk menjadi wanita perampas, perosak rumahtangga orang.

Aku antara paling lantang menyuarakan pendapat tidak bersetuju dengan ‘penyondol’ rumahtangga ini. Aku tidak pernah menyangka perkara yang paling aku geruni telah berlaku kepada diriku.

Demi tuhan tidak pernah aku minta perkara ini terjadi. Walau sekuat manapun aku cuba mengelak, dia sangat konsisten denganku. Dia meyakinkanku agar jangan bimbang dan dia akan uruskan segalanya.

Kenapa aku buat confession ni? Sebab aku bukan mempertahankan perbuatanku betul tapi aku ingin kongsikan pada pembaca, at least from my side, I never want to ruin others marriage. Never! Aku tak mahu, aku tolak dia dan nyatakan kerisauanku.

Aku pernah block dia berkali-kali. Namun aku tidak mampu tipu diriku, aku memang sudah mula ada perasaan padanya. Sikapnya, personalitinya, kematangannya buat aku tertawan. Katanya perwatakan aku juga sama seperti isterinya.

Totally same! Kali terakhir dia jatuh cinta adalah pada 11 tahun yang lalu yakni dengan isterinya sekarang. Dan dia merasainya lagi denganku.

Mulanya aku rasa macam tak percaya adakah lelaki yang jatuh cinta berkali-kali. Entah, pembawaan hormon umur 40an barangkali.

Dia ada family lengkap, isterinya bekerjaya juga. Tiada yang kurang dalam rumahtangganya, bahagia seperti normalnya.

Cuma dia memberitahuku, dia jatuh cinta padaku. Mungkin juga dia tidak meramalkan jadi seperti ini. Dia amat bertanggungjawab kepada familynya, dan juga aku. Sentiasa ambil berat.

Lalu aku tanya untuk apa keinginan untuk menambah isteri. Katanya untuk bersama-sama dengan nya dan keluarga, sama-sama bahagia dan berkongsi kasih. Tidak langsung memburukkan isterinya, malah aku hormat pada isterinya walaupun belum pernah berjumpa.

Aku juga risau jika isterinya tidak setuju kehadiranku. Jika isterinya tidak setuju, besar kemungkinan aku akan mengundur diri kerana aku tidak sanggup menyakiti hati wanita lain walaupun aku tahu aku telah menyakitinya dengan menyintai suaminya.

Aku mohon maaf kerana tidak mampu menghalang perasaan ini. Tapi aku serahkan kepada tuhan, jika ianya untukku, ianya akan datang kepadaku. Jika ianya bukan untukku, ianya akan pergi dariku.

Jujur ku katakan aku mula sayang padanya namun aku tidak mampu memikirkan keadaan jika kami benar-benar berkongsi kasih. Terlalu banyak yang perlu diambil kira.

Jika benar dia jodohku, aku akan bersamanya melayari rumahtangga bersama dan aku mula menyayangi anak-anaknya. Jika aku boleh delete perasaan ini dengan mudah, sudah lama aku delete supaya tidak terjebak dengan hubungan suami orang.

Mohon pandangan pembaca dan doa agar dipermudahkan urusan kami. Aku juga mohon petunjuk tuhan, agar ditunjukkan jalan yang benar untuk kami. Aku hanya ingin bahagia. Tanpa menyakiti hati wanita lain.

Elyas cakap isterinya dah mula perasan perubahannya. Aku tidak mahu Elyas menyakiti isterinya, aku mahu dia berterus terang dan lihat respon isterinya. Jika isterinya tidak redha hubungan ini, aku sedia undur diri walaupun aku sayang pada suami, dan anak-anaknya.

Buat isteri Elyas, Puan Wani aku minta maaf kepadamu, bukan niatku merampas, jauh sekali. Aku hanya ingin bahagia dengan suamimu. Munchkin nampk cliché dan bodoh, namun itulah yang ku rasa.

Bukan mudah untuk menjauhi suamimu. Dia juga amat menyayangiku dan dirimu. Entah aku juga tidak faham bagaimana semua ini berlaku. Aku mohon tuhan tunjukkan jalan yang terbaik buat kami semua. Wasalam.

– Lily (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *