Hi nama saya Miyaa (nama samaran) dan berumur 20an. Saya belajar setakat Sekolah menengah dan start berkerja sampai sekarang. Sorry ye cerita ni agak panjang. Mohan sabar ye.
Saya tak tahu nak luah kat sape sebab tu nak luah kat sini. Saya start kerja dekat tempat kerja saya yang sekarang ni pada tahun 2020, masa PKP fasa 1. Saya kenal rakan sekerja saya disitu. Saya namakan dia S. Umur dia dalam 30an, dah berkahwin dan ada anak.
Saya mula rapat ngan S lepas saya break up dengan bf saya. Dialah tempat saya luah perasaan, tempat menangis saya, segala benda saya share ngan dia.
S memang baik orangnya, penyayang tapi panas baran. Saya memang dah anggap S macam kawan saya dan dia pon sama.
S tolong saya dalam semua hal. Kami boleh bincang apa saja hal. Memang rapat gila la. And whole family dia kenal saya and kami pernah lepak sama-sama.
Pernah saja kami gaduh teruk sampai tak bertegur tapi setiap kali S akan datang minta maaf. Punca gaduh sebab baran dia. Masuk 2021 S makin rapat dengan saya, boleh katakan hari-hari kami lepak, lepas kerj, mesti lepak mamak.
Saya memang sayang S as kawan. Friendship kami setakat friendship tak pernah lebih-lebih (nanti orang kat saya menggatal pulak).
Tapi baru-baru ni S nampak isteri dia keluar dengan laki lain. Tak buat benda tak elok tapi dia nampak isteri dia keluar makan dengan laki lain tak bagitau S.
Isteri S tengah belajar kat negeri lain (KL) , jadi sepatutnya hari kejadian tu isteri S cakap akan balik KL petang tapi kebetulan dia ternampak kereta isteri dia pada waktu malam. Dia pon stalk and yes isteri dia ngan laki lain tapi dia buat cool and balik.
Malam tu S ajak saya keluar and menangis cerita kat saya. As kawan aku just advice just talk to her wife apa yang you nampak semua.
And keesokan harinya S pegi KL untuk jumpa wife dia dan bincang elok2 sebab saya dah pesan awal jangan marah and gaduh kat isteri dia. And yes S bincang elok2 dan settle masalah.
Punca isteri dia berkawan ngan laki lain (as kawan saja) sebab S pernah memukul isterinya sekali sebab dorang gaduh. Sejak hari itu isteri dia mula jauhkan diri dari S and kenal dengan laki lain tu. S pon mula tak pedulikan wife dia masa tu.
Tapi lepas S dah bincang elok ngan wife dia, S mula ambik hati isteri dia, makin banyak spend time ngan wife even wife dia jauh. S sedar kesilapan dia tak melakukan tanggungjawab as a husband.
Tapi lepas dari kejadian itu S mula avoid saya. Tak macam dulu. Tak bertegur, tak cakap banyak keluar lepak memang tak ada langsung.
Saya okay saja kalau tak keluar lepak tapi masalahnya tak nak bertegur. WhatsApp pun tak nak balas weyh. Saya pernah tanya S, adakah saya punca korang gaduh dia cakap tak isteri dia ok saja S berkawan dengan saya.
Selepas bincang dengan S, baru saya dapat tahu selepas insiden dia pukul wife dia, dia depress sangat and masa tu wife dia dah balik KL untuk belajar. S jadi keseorangan and mula rapat ngan saya untuk hilangkan kebosanan dia.
Saya pulak seorang yang memang happy go lucky gitu. Orang yang rapat ngan saya, saya akan pastikan dorang happy. Sebab tu S selalu ajak lepak.
S makin selesa ngan saya sampai tak pedulikan wife dia. Segala benda S share ngan saya (pasal pukul isteri tak share pulak). S happy saja kalau jumpa saya.
Tapi sekarang S dah berubah 100% even banyak kali S cakap dia tak nak kehilangan saya sebab saya tolong S masa dia susah. Dia perluakan saya as a friend.
Tapi tulah cakap lain kelakuan lain. Sakit tu memang ada sebab dialah satu satunya kawan yang saya ada yang saya share everything.
Saya menangis 2 minggu sampai berat badan turun mendadak sebab tak makan, tak tido. Ingat break up saja sakit, putus kawan lagi sakit.
Sekarang saya accept everything walaupun kerja tempat sama saya buat bodoh dengan dia, tegur pasal kerja saja. S pon sama. Saya just doakan kebahagiaan dia and move on. Kalau ada sambungan saya buat part 2.
– Miyaa (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit