Aku Yang Kesepian

Hai semua, nama aku D. Berumur 28 dan sudah berkahwin selama 3 tahun dan mempunyai seorang anak lelaki.

Singkat cerita, ini mengenai diri aku yang semakin terasa sunyi dalam dunia aku sendiri.

Suamiku bekerja dalam bidang pelayaran. Sering ditinggalkan, dan jarang berjumpa. Jarak perjumpaan antara 3 bulan sekali atau 6 bulan sekali.

Hidup aku alhamdulillah, masih siuman buat masa sekarang, ada anak yang comel yang menjadi penghibur hati setiap hari.

Kenapa aku kata aku sunyi? Sebab aku terlalu independent dalam hidup aku.

Kalau suami aku jauh, kami berhubung sekadar untuk memaklumkan kami masih hidup kepada satu sama lain. Sekadar morning wish dan goodnight sebelum tidur.

Kadang-kadang aku tengok isteri lain yang ikut trend whatsapp suami, aku jadi cemburu. Kerana whatsapp aku dan dia cuma sekadar sepatah perkataan.

Bukan aku tiada inisiatif, cuma suami aku terlalu mudah distract dengan bunyi phone/ notification phone semasa dia on duty. Jadi dah jadi rule untuk whatsapp hal2 yang penting sahaja.

Tapi kalau ada hal penting, suami aku memang sangat responsive dan sanggup emergency sign off terutama sekali jika hal berkaitan anak.

Setiap kali suami aku pulang ke darat, aku selalu mengharapkan aku dan dia untuk berkongsi kisah dan cerita, catch up stories antara satu sama lain. Tapi kitorang macam takde connection antara jiwa dan perasaan. Terlalu terbiasa bawa hal sendiri-sendiri.

Kadang-kadang aku penat nak initiate semua hal dalam rumah tangga. Topik perbualan, gurauan yang dipandang sepi. Lama-lama aku terbiasa makan hati.

Aku ada access ke phone dia. Walau jauh macam mana, memang dia tak pernah log out whatsapp web, email dan semua berkaitan kerja dia di pc rumah.

Sebab kalau ada emergency dari office atau perkara berkaitan flight ticket dan sebagainya, dia selalu minta aku untuk standby reply kan untuk dia. Dalam whatsapp dia pun memang dia contact aku sahaja.

Kadang-kadang aku rendah diri, adakah aku dah tak secantik semasa awal berkahwin dulu. Tapi rata-rata orang masih mengatakan aku baby face dan macam orang single. Itu ayat biasa.

Tinggi aku 165cm/ berat badan aku sekitar 63-65kg. Tapi bila aku renung kembali, awal-awal kahwin pun aku cuma hidup bersama dengan dia selama dua minggu sebelum dia kembali bertugas. Jadi takde apa nak yang boleh dibandingkan sangat.

Hal yang aku malu nak kongsi, tapi demi mendapatkan nasihat dari kalian, aku kongsikan disini.

Kami tidur dibilik berasingan. Atas permintaan dia, yang rimas dengan perangai aku yang selalu minta dipeluk. Dan juga sensitiviti dia yang selalu terjaga tiap kali aku tarik selimut, ataupun melakukan pergerakan alih posisi semasa tidur. Dah jadi kebiasaan.

Untuk nafkah batin pula, biasanya aku terima sekali sehari sebelum aku hantar dia ke airport untuk sign on. Kecewa rasa dihati bila tiap2 kali balik sambut dia di airport, dia tak teruja untuk peluk aku. Sekadar salam dan hai.

Aku dah selidik jika dia menghidapi sebarang penyakit, tapi tidak, dia seorang yang sangat fit dan sihat. Nafsu songsang juga bukan. Dia cuma seorang yang sangat workaholic.

Dan disini, aku masih mendambakan dirinya sebagai suami. Masih bertahan kerana beliau ayah yang sangat baik dengan anakku.

Dan kebaikan2 dia yang sentiasa membantu aku dalam menguruskan hal rumah tangga semasa berada di darat. Tapi jauh disudut hati, aku kesepian.

– Dxvxnx (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

3 Comments

    • Mungkin dia belum bersedia tambah anak kerana dia tahu awak yg handle hal anak dan dia jauh dari awak.

  1. Dik, mmg ada suami yang tidak suka dipeluk, rimas katanya. Suami saya lah tu. Dulu sama juga, tidur asing.. nafkah batin tu dapat lah dalam setahun sekali kot..
    Kami cuba baiki hubungan, saya tegaskan utk tidur sekali.. bukan kita nk sangat yang s*x tu, tapi dapat pillow talk & cuddle pun dah ok tambah umur kami berdua dah early 40s..
    Tapi saya sangkakan bila dah tidur sekali dapat lah improve hubungan, hmmm improve lah juga tapi sikit la.. setahun 3x macam tu…
    Nak kata saya dah tak lawa, rasanya kurang tepat juga kerana rata2 yg jumpa saya mengatakan yg saya nampak muda dari usia sebenar.. BMI saya normal, berkulit cerah dan saya sangat menjaga penampilan dan kebersihan diri..
    Suami juga tiada masalah penyakit chronic spt diabetes, beliau sering buat full medical check-up.. seorang yg gemar bersukan dan bersenam..
    Cuma itulah, species yg tidak gemar dipeluk / cuddled..
    Buat masa ini, untuk elak rasa sepi, saya sibukkan diri.. memandangkan saya seorang career woman, maka saya stay up hingga lewat mlm utk siapkan kerja saya.. saya sibukkan diri ambil pelbagai self-improvement & management courses..
    Selain itu, saya sibukkan diri dgn aktiviti sekolah anak2 saya (anak saya 2 orang)..
    Saya juga spend time with my friends, minum2, lunch di hotel 5 bintang, spa, movies, karaoke & travel..
    Kesibukan jadual saya itulah yang membuatkan saya lupa pada kesepian saya.. takkan lah saya nak minta berpisah hanya kerana masalah yang 1 itu sahaja kan..
    Jadi apa yg dpt saya nasihatkan, sibukkan diri bagi melupakan kesepian..semoga dipermudahkan urusan adik sekeluarga.. doa banyak2 semoga terhindar dari godaan luar buat kedua-dua pihak..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *