Assalammualaikum warga IIUM Confession. Aku nak luahkan yang hidup aku ni sunyi. Aku tinggal jauh dengan keluarga. Mak ayah aku tinggal di Utara dan aku menetap di Selangor atas tuntutan kerja.
Aku ada dua kawan baik yang juga menetap di Utara. Keduanya telah pun selamat berumah tangga tetapi kami bertiga masih contact melalui whatsapp.
Walaupun aku ada dua orang kawan baik tetapi aku tak boleh nak call atau whatsapp setiap hari kerana aku faham yang mereka ada suami.
Aku berasa sangat sunyi terutama hujung minggu. Aku tidak mempunyai pasangan ketika ini. Aku dah lama putus dengan kekasih pertama aku pada tahun 2020.
Itu pun disebabkan kekasih aku berpindah ke Sarawak dan si dia tidak mahu perhubungan jarak jauh (PJJ), jadi kami berpisah secara baik.
Sejak itu, aku tidak mempunyai kekasih lain. Bukan lah tidak mencuba dengan lelaki lain, namun aku selalu ditinggalkan atau pun di ghosting begitu saja.
Aku ada juga join website ataupun apps cari jodoh tetapi lelaki-lelaki tu semua hanya sekadar ingin ‘test market’. Tiada seorang pun yang ingin serius.
Sejujurnya aku juga teringin berumah tangga dan inginkan peneman hidup namun masih tiada jodoh lagi.
Ayah aku pernah kenalkan aku dengan anak rakannya, Amir (bukan nama sebenar) yang kebetulan baru sahaja putus tunang.
Kami berdua berkenalan dan disebabkan dia tinggal di Utara dan aku di Selangor. Kami hanya chatting di whatsapp sahaja.
Aku seronok berbual dengan Amir dan banyak persamaan dari segi minat. Tetapi dia sering mengelak bila aku bercakap pasal masa depan. Mungkin dia belum bersedia ataupun masih belum move on dengan bekas tunang.
Hampir setahun kami berdua berkenalan, tiba-tiba sahaja dia menghilang. DP di whatsapp juga tiada dan apabila aku menghantar mesej kepada Amir.
Dia hanya membalas sepatah, seolah tidak berminat lagi dengan aku. Padahal awal perkenalan, Amir yang beria-ria approach aku dan setiap hari akan whatsapp aku walaupun sekadar bertanya khabar.
Kini aku tidak mengenali mana-mana lelaki dan hidup aku semakin sunyi. Aku cuba join group yang berkaitan dengan minat aku. Namun sifat aku yang tak pandai memulakan perbualan menyukarkan aku mencari kawan.
Ketika kerja sahaja aku hilang rasa sunyi disebabkan teman sepejabat yang peramah. Tetapi apabila aku balik ke rumah, perasaan itu hilang.
Aku juga cuba join aktiviti masyarakat berdekatan kawasan perumahan, aku masih tak boleh hilangkan perasaan sunyi ketika di rumah.
Aku cuba menonton filem, membaca buku dan membuat aktiviti di rumah untuk hilangkan rasa sunyi tetapi masih berasa kosong.
Aku inginkan pasangan yang sekurangnya menemani aku di rumah dan memenuhi kekosongan di hati.
Aku ingin mencintai dan dicintai. Bukan sahaja untuk menghilangkan kesunyian tetapi untuk merasakan nikmat suka duka alam perkahwinan.
– Yat (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit
apa kata awak habiskan masa dengan cari kerja part time? selain blh isi masa terluang, awk jgk blh mensibukkan diri dengan kerja dan dapat extra income. jadi cashier ke promoter ke
so bila awk busy, awk xsmpt pun nk fikir pasal jodoh. tau2 je jodoh dtg, mn tau bila luaskan lg network sosial tiba2 ada kenalan datang menyapa
betul x?
awk kena tahu perkahwinan tak semudah apa yang disangka, bukan sekadar hadir sebagai peneman suka dan duka semata2, malahn lebih dari tu
lihat kat luar sana, berapa ramai insan yang menderita kerana tersalah pilih pasangan. so better dari sekarang awak mempersiapkan diri untuk menjadi seseorang yang lebih baik. once diri awak dah betul2 bersedia, masa tu la Allah akan buka jalan pada awak. selalu doa jika perkahwinan, suami dan anak-anak dapat mendekatkan kita dengan Allah, maka permudahkanlah urusan tersebut, dan jika sebaliknya maka kurniakan yang terbaik untuk kita.
rezeki setiap orang tak sama, jangan samakan kita dengan nasib orang lain ok
sebab belum tentu lagi apa yang kita nak itu terbaik , sebab Allah lagi Maha Mengetahui dan lebih mengenali diri kita semata2 berbanding yang lain.
sentiasa berdoa dan luaskan jaringan sosial awak