Assalamualaikum semua. Pertamanya izinkan saya perkenalkan diri.. Nama Zuq umur 28 tahun tinggal di selatan tanah air.
Tahun 2017 saya telah menamatkan degree di salah satu universiti awam terkemuka tanah air.
Seperti mana2 fresh graduate, saya juga tak lari dari memasang angan2 bersama kawan2 zaman belajar untuk bekerja di bandar Kuala Lumpur.
Rupanya perancangan Allah tu lagi besar, tahun yang sama saya diuji dengan kesihatan ibu yang makin merosot akibat kanser sehingga menyebabkan separuh badannya lumpuh dan memerlukan perhatian orang 100 peratus.
Saya merupakan anak sulung dari 7 beradik, ayah masih bekerja dan adik2 semua masih belajar.
Atas dasar tanggungjawab saya lupakan hasrat saya untuk sesi jobhunting dan seterusnya fokus pada mak yang memerlukan perhatian khusus dari saya.
Pada awalnya susah untuk saya merasa ikhlas jaga mak dengan usia saya yang masih muda dan saya kerap mempersalahkan mak disebabkan kena jaga mak saya tak boleh bekerja.
Perlahan lahan saya mula belajar terima takdir dan nasib saya.
Namun begitu ada juga rasa kecil hati dan terkilan tiap kali ada family gathering atau ada tetamu datang rumah akan ada yang mempersoalkan saya kenapa tak bekerja? Habistu dok rumah je buat apa?
Allah akbar kalaulah mereka tahu..
Setelah 3 tahun menganggur dan kesihatan mak makin elok saya ambil keputusan untuk bekerja. Saya bekerja sebagai kerani berdekatan rumah dengan jarak 30 minit.
Pada mulanya Alhamdulillah semua berjalan dengan lancar mungkin berkat doa mak.
Walaupun masih ada suara2 sumbang yang berkata eh ada degree tapi kerja kerani je, saya dah tak kisah semua tu yang penting saya dapat bekerja saya dapat pegang duit sendiri saya boleh bersosial dan ada kawan2 baru.
Yang paling penting pastinya rezeki dapat bekerja berdekatan dengan mak walaupun gaji time tu 1200 je.
Kemuncak ujian hidup saya bermula pada saat PKP diumumkan, saya telah dibuang kerja oleh majikan.
Dan ketika lockdown saya menggunakan alasan bekerja dari rumah pada mak ayah saya, padahal dorang tak tahu yang anak dorang ni dah menganggur.
Saya mula cari bisnes dropship online dan itulah yang menjadi satu2 nya income saya saat itu.
Setelah lockdown tamat, saya diuji lagi dengan kehilangan mak tercinta akibat kanser. Allah je tahu perasaan saya time tu betapa down nya betapa hilang tempat bergantung
Setahun berlalu, saya masih lagi struggle dalam mencari kerja tetap. Kebanyakan kerja yang saya apply memerlukan pengalaman 1-2 tahun.
Nak apply untuk program protege/ mystep mereka nak fresh grad sahaja.
Saya rasa dah terlalu lambat untuk mulakan perjalanan karier saya pada saat umur 28 tahun..
Saya betul2 buntu apa yang boleh saya buat, adakah sebab saya dah hilang keberkatan doa dari seorang ibu atau saya sendiri yang tidak cukup berusaha?
Harap ada pembaca disini dapat berikan pandangan/ motivasi yang bernas untuk saya.
Saya betul2 down sampai tahap dah tak mahu bersosial tak mahu keluar rumah. Takut. Takut dan malu kalau orang tanya saya kerja apa padahal saya menganggur..
– Zuq (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit