Assalamualaikum wbt.. Aku Nur,
Aku malu untuk meceritakan mengenai diri aku, tetapi aku terpaksa. Aku “sakit”. Aku perlukan bantuan dan doa kalian.
Aku berusia 22 tahun dan mengalami porn addiction sejak kecil lagi. Seingat aku bermula sewaktu aku berusia 7 atau 8 tahun lagi.
Bermula sewaktu aku kecil, dua orang kakak sepupuku (aku namakan B dan T) yang sering mengajakku bermain bersama sama. Biasalah, nama pun sepupu sepapat jadi tiap kali pulang ke kampung pasti masa diluangkan untuk bermain bersama sama. B dan T ini tua beberapa tahun daripadaku. Mereka sering kali mengajak aku masuk ke dalam bilik, mengunci pintu dan mengajakku beramain “doktor2”. Mereka sering baringkan aku dan membuka seluar aku. Selebihnya tak perlu aku ceritakan.
Pada mulanya aku berasa pelik dgn permainan sedemikian, tetapi lama kelamaan I find it as pleasuring. Aku mula suka dan terbiasa bermain bersama mereka. Dan perkara ini berlanjutan setiap kali aku balik kampung. Beberapa tahun kemudian papa meninggal dunia. Dan mama mengambil seorang kakak saudaraku (ku namakan D) untuk tinggal bersama kami. Apabila D tinggal bersama kami, aku terpaksa berkongsi bilik tidur bersama D. D mengajar aku sesuatu yg lebih lagi, sesuatu di luar tabii hubungan perempuan dan perempuan. Dan perkara ini berlanjutan beberapa ketika sehinggalah D pulang semula ke kampung untuk tinggal bersama keluarganya semula.
I was a kid, and Wallahi aku langsung tak tahu semua perkara ini “merosakkan”. I thought it was a fun “doctor2” game. Sampai la bila aku masuk ke sekolah menengah dan mama ku membeli sebuah computer. I was eager to know so much about Male-Female relationship. Jika selama ini kakak-kakak saudaraku mengajar mengenai hubungan sejenis perempuan dan perempuan yg kurasakan aneh (but pleasuring) aku mula ingin tahu lebih lagi. Bermula daripada situ aku muka explore pelbagai jenis website dan apps mengenai porn.
Dan kesannya sangat “merosakkan” aku. Sehingga kini usia aku sudah masuk 23 tahun, aku rasa hidup aku seolah olahnya terlalu gelap dan “kotor”. Hati aku terasa sempit dan segala urusan aku terasa seolah olahnya payah. Setiap hari aku memangis memohon agar Allah ampuni aku dan menggantikan hati aku yg kotor dan jijik ini dgn hati yg baru. Aku sendiri berasa jijik dengan diri aku sendiri tiap kali aku tidak dapat melawan keingininan aku untuk menonton porn.
Orang disekeliling melihat aku sebagai perempuan yg baik dan dihormati lebih-lebih lagi aku aktif dalam persatuan di universiti dan memegang pelabagai jawatan dan program penting. Tetapi sejujurnya aku cakap porn addiction membuatkan aku depressed dan seringkali ingin membunuh diri.
Aku berlatar belakangkan sekolah agama, dan aku seorang perempuan. Aku kesiankan arwah papa dan takut. Takut bagaimana pengakhiran hidupku nanti. Aku takut berjumpa dengan Allah swt dalam keadaan hati aku begini. Aku rindu nak bangun tahajjud, menjaga solat seperti dulu. Tapi sekarang segalanya terasa payah.
Aku cuba sedaya upaya untuk atasi addiction aku ini. Aku juga install apps Reboot untuk monitor dan kawal addiction aku dan macam2 lagi, tapi bila keinginan nafsu aku datang semua tak berguna lagi. Dan selepas itu aku aka berasa sangat jijik dengan diri aku sehingga membuak-buak rasa nak bunuh diri. To make it worst, aku cepat turn on dengan post2 berbaur lucah. Even dgn lecturer aku yg hadsome juga aku berasa turn on. Even video2 perempuan seksi di Instagram juga buat aku tak tentu arah.
Bila aku makin teruk dalam keadaan begini, aku down seteruk teruknya bila aku berkali kali tersungkur dalam mujahadah, dalam taubat. Bersungguh sungguh aku merayu kepada Allah untuk ubati aku, tetapi paling lama pun hanya beberapa hari dan aku akan kembali kepada addiction aku. And to make it worst, porn addiction ini sangat menganggu kehidupan seharian aku sebagai pelajar. Pelajaran aku merosot, nama aku beberapa kali naik ke KPP sebab lewat menghantar assignment dan FYP aku juga ke laut. Apatah lagi hubungan aku dengan orang di sekeliling aku.
Kadang- kadang bila at my lowest, aku rasa seolah olahnya Allah tak mahukan aku. Seolah olahnya Allah betul2 jijik dengan aku. Aku cuba yakin bahawa ArRahman ArRahim itu maha Lembut, dan Maha Mengkehendaki Kebaikan buat hambaNya. Sedangkan aku tidak meminta untuk diuji begini. Aku selalu salahkan diri sendiri. Kalaulah kakak-kakak saudaraku tidak memperlakukan aku begini. Kalaulah aku terpelihara tidak terjebak dengan porn addiction sebegini.
Sesekali bila aku terlalu depressed aku akan bawa diri ke Masjid. Tetapi untuk melangkah masuk ke dalam masjid Allahuakbar terasa payahnya. Aku berasa aku betul2 kotor dan jijik untuk melangkah masuk ke dalam rumah suci Allah. Bila aku berdoa, aku berasa aku dalam competition dengan jemaah – jemaah lain. Aku down. Mereka orang yg baik-baik. Allah sayang mereka. Allah Redha ke atas mereka. Tetapi aku ? Aku “kotor”, aku “sakit”, aku ini menjijikkan. Bagaimana dosa aku terampun?
Walaupun aku belum sampai ke tahap pergaulan bebas dan zina, aku masih terasa useless. Pernah tak kau rasa down bila kau bersungguh-sungguh ingin bertaubat dan inginkan pandangan rahmat daripada Allah, tapi kau terulang kesilapan yg sama. Pernah tak kau rasa hidup kau ini tidak berguna seolah olahnya Allah tidak mengizinkan walau sebesar zarah kebahagiaan untuk kau? Pernah tak kau rasa tak ingin lagi meneruskan hidup jika hidup kau terus dipenuhi dosa yang sama?
Tolong. Tolong doakan aku. Aku “sakit”. Aku “sakit” ya Allah. Ya Allah, jika selama ini doa aku bertahun tahun untuk bertaubat terhalang dek kejijikan dan kotornya aku, Kau makbulkanlah doa mereka ini. Mereka ini yg membaca dan atas keberkatan bulan Ramadhan. Kau makbulkanlah doa mereka. Mereka yg seribu kali lebih baik disisi Mu amal kebaikan dan amalannya.. Makbulkan lah doa mereka atas asbab kebaikan hati-hati mereka Ya Allah.. ya Allah, hari ini 13 Ramadhan 1439, moga hari terakhir aku melakukan dosa yg sama.. Izinkan aku dan rezekikan aku dengan Husnul Khotimah ya Allah. Aku ingin pulang kepadaMu dalam keadaan Kau Redha dan memandang aku dengan pandangan Maha Lembut ya Allah..
– Nur
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit