Aku Yang Kurang Cantik

Assalamualaikum kepada admin sebab sudi share confession saya. Aku kenalkan nama sebagai Jannah. Aku sebenarnya dah grad dari salah sebuah universiti tempatan, bukan UIA tau. Sebenarnya aku nak cerita pasal aku wanita yang tak berapa ada rupa sebab orang sekeliling aku cantik-cantik. Ni pandangan aku, aku tak tahu orang lain anggap aku macam mana, tapi aku selalu rasa rendah diri bila berada dengan orang sekeliling. Cantik tu kan subjektif. Ok. Nanti mesti ada orang komen cakap ‘bersyukur dengan nikmat yang Allah bagi’. Yes. Aku tak pertikaikan nikmat yang Allah bagi kat aku. Alhamdulillah, aku bersyukur dengan rupa aku sebab masih ramai yang tak bernasib baik macam aku. Aku cuma rasa tak selesa dan terkilan dengan beberapa orang sekeliling. Layanan orang sekeliling atas orang yang seperti aku. Mungkin aku je yang rasa dan alami atau mungkin ada yang senasib dengan aku. Aku buat numbering bagi senang nak baca. Sorry kalau confession aku tak menarik.

1) Orang yang tak berada di tempat aku atau yang tak senasib dengan aku tak akan rasa benda ni sebab kau dilahirkan cantik. Sebab kau akan dapat banyak kelebihan dari orang sekeliling. Even kalo kau buat salah, orang akan tutup mata sebab kau cantik dan still akan dilayan macam bidadari. Dan orang lain jugak akan layan kau macam kau tak bersalah. Ini pandangan peribadi aku la sebab benda ni jadi kat aku. Kalau kau tak berapa cantik, even kau buat salah sikit or mungkin salah faham je, orang akan fikir kau buat salah besar yang macam tak boleh dimaafkan. Dan orang akan hentam kau secara berjemaah.

2) Masalah orang sekeliling yang double-standard terutamanya lelaki (bukan semua ye). Contohnya, kalau naik bas ke ape, driver or conductor bus akan layan orang macam aku macam sampah, nak marah-marah. Seolah-olah aku buat salah besar. Kalau turn awek cun, dia punya layan macam bidadari. Nak menggatal tak tentu pasal. Kami pun passenger, bayar tiket sama. Kenapa nak layan kami macam tu. Itu contoh je tau. Abang-abang bas jangan terasa. Benda lain pun ada lagi. Mungkin jadi kat orang lain. Cuma aku bagi contoh yang dekat dan aku alami.

3) Kalau dekat universiti dulu, memang susah untuk mintak tolong especially mintak tolong dengan lelaki. Bila mintak tolong, mesti akan ada alasan ‘aku sibuk la, try kau tanya si polan ni’. Fuhh. Apa korang rasa? Ok aku cuba fikir positif. Mungkin dia sibuk betul. Dan aku rasa kalau yang mintak tolong tu pompuan cun, takyah mintak tolong pon, aku rasa diorang dah offer diri nak tolong. Aku salah ke kaum Adam? Ok. Aku tak cakap semua. Ni yang aku jumpa dan layan aku macam ni. Tapi bukan semua macam tu sebab ada jugak yang tolong aku. Ada jugak yang baik hati tolong aku, walaupun masa tu dia tengah buat kerja dia, dia sanggup search google untuk solve kan masalah aku. Thanks to you. You are the one.

4) Bila dalam geng pompuan, niat cuma nak bergurau bila aku cakap ‘handsome nye laki tu’. Ok. Aku rasa benda tu normal bila girls sembang. Tapi ada pulak minah ni cakap ‘Amboi kau, demand. Nak laki handsome’. Even dia tak cakap aku tak layak, apa korang rasa kalau ada kat tempat aku yang sedar diri ni tak berapa cantik?. Sampai aku fikir ‘tak layak ke aku kalau dapat laki handsome?’. Kau yang berada kat tempat aku akan faham. Tak semestinya aku cakap laki tu handsome, aku demand nak kawen dengan laki handsome. Aku sedar aku tak cantik macam kau, tapi at least aku tak kacau hidup kau pun dan tak menyusahkan orang lain macam kau. Walaupun kau banyak susahkan kawan-kawan kau wahai ‘minah’, orang tak rasa benda tu menyusahkan sebab kau cantik.

Aku rasa ni je luahan aku. Kalau ada salah silap dengan penulisan aku, terkasar bahasa, aku mintak maaf ok. Satu je pesan aku, layan semua orang sama rata, kecantikan yang Allah bagi takkan kekal lama. Mana tahu orang yang korang ejek, yang kau layan macam sampah satu hari nanti akan tolong kau. Atau mungkin kau akan dapat kifarah dari apa yang kau lakukan kat orang lain. What you give, you get back. Waallahuaalam. #janganhentamaku

–Wanita yang tak berapa cantik–

– Jannah

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit