Aku Yang Lelah

Salam semua, especially suri rumah. Ada tak kat sini yang ada anxiety, depression, atau mental illness yang lain?

Atau ada sejarah mental illness? Macam mana handle anak ye? Emosi mental macam mana?

Sedikit background tentang saya. Dari keluarga yang porak peranda, ayah yang panas baran, selalu pukul mak dulu.

Bergaduh hampir tiap hari. Waktu umur saya 14 tahun, dorang bercerai alhamdulillah. Sekarang ayah saya buat perangai mintak duit dengan kami adik beradik.

Walhal kami tak kerja, saya ada la buat bisnes kecik. Bila tak bagi, dia maki² kami macam2 perkataan yang keluar. Saya sebelum kahwin ada anxiety and depression (diagnosed by doc).

Tapi saya cuma dapatkan rawatan kaunseling je belum sampai tahap makan ubat. Tapi lepas kahwin saya dah tak follow up. Since dah berpindah ikut suami.

Suami pun macam tak suka/ tak percaya dengan penyakit gini. Dia beranggapan macam mengada2 Sekarang saya ada anak kecik.

Dalam fasa melasak dan kuat tantrum. Ya Allah saya letih suri2..

Letih mental fizikal. Emosi saya kadang2 rasa nak gila hadap anak hari2. Memandangkan saya tak kerja, memang duk mengadap dia je lah hari2.

Kadang2 je saya keluar me time sorang2 tapi benda tu macam tak cukup. Balik tu, saya tetap kena hadap benda sama. Saya selalu naik tangan kat anak.

Selalu marah2 dia. Tengking2 dia. Dia selalu buat emosi saya naik mencanak.

Umur baru 2 tahun lebih tapi saya dah tak tahan dengan dia. Harini saya letih nak tidor. Saya tepuk dia untuk dodoi tidor, dia tepis2 tangan saya tak nak bagi tepuk.

Pastu saya biarkan dia, saya tidor, dia marah2 tantrum tendang2 kaki. Saya cubit dia, tak cukup, saya cekik dia tapi tak kuat. Sumpah mental saya betul2 letih dengan dia.

Dia suka macam mainkan saya. Contoh dia minta susu, saya buat. Bagi kat dia, dia taknak minum pulak.

Kita yang tengah tidor ni bangun semata nak buatkan susu dia. Benda ni setiap hari tau berulang. Lepastu klau balik dari mane2, kita nak cepat2 tutup pintu dah.

Dia duk buat nak taknak je masuk. Bila kita kejar, dia lari. Bila kita nak tutup pintu, dia menangis macam kena dera.

Emosi saya terdera sebab benda ni hari2 saya hadap bukan kadang2 je. Belum kira nak mandi, pakai pampers, pakai baju. Macam bergusti hari2.

Letih ya Allah rasa dah give up jadi mak Rasa dah taknak jaga anak ni rasa nak lari jauh2 dari semua ni. Saya rindukan kehidupan yang tenang macam sebelum kahwin.

Sekarang otak saya sesak sangat. Tak masuk dia suka tantrum dengan ayah dia, nangis tak tahu nak apa. Suami saya baik, jaga anak jugak.

Tapi dia sejenis tak bagi motivasi langsung kat saya time saya tengah menggila kat anak. Dia cuma ambik anak bawak lari je. Tapi dia tak pernah nasihatkan saya ape2.

Saya perlukan sokongan dan nasihat dari suami sendiri. Saya rase macam hidup ni takde langsung motivasi dan support system. Apa yang saya nak buat, saya boleh buat.

Saya takut saya akan cederakan anak sendiri je. Suami tak membantu dari segi mental dan emosi saya. Dlm erti kata lain, dia tak kisah pasal emosi saya.

Semalam saya pukul lagi anak, padahal petang baru je berazam dah taknak pukul² marah dia lagi.

Tapi malam tadi saya jadi berserabut. Masa saya pukul anak laju2, suami terus ambik anak bawak gi bilik lain.

Tapi macam biasa dia akan senyap tak cakap apa. Saya dengar dia call, bersembang dengan mak dia, saya terus capai kunci kereta nak ke klinik biasa. Waktu tu dah jam 11 malam.

Mujur masih ada klinik 24 jam area berdekatan. Saya memang nekad untuk kembali dapatkan rawatan walaupun suami tak support dan tak suka. Doakan saya semua.

Saya letih dengan hidup ini. Kadang2 rasa dah taknak hidup dalam keadaan yang macam ni.

– Lily Layu (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

7 Comments

  1. Its like you read my mind You appear to know so much about this like you wrote the book in it or something I think that you can do with a few pics to drive the message home a little bit but instead of that this is excellent blog A fantastic read Ill certainly be back

    • semoga kau ni tk diberikan rezeki anak. umo budak tu 2 tahun baru kau nk lempang ape. bangang tol.

  2. Memang bukan mudah jaga anak kecil dik oii.. sebab tu Allah bagi syurga bawah telapak kaki kita seorang ibu.. awak kena cari sendiri cara nak tenangkan diri awak, motivasi diri awak, sebab awak je yang kenal diri awak sendiri berbanding orang lain, tolong jangan expect orang akn bahagiakn awk selalu, sbb makin tinggi awk expect makin tinggi jg awk kecewa bila orang tidak capai camana yang awk nk.. sbb orang lain akn bosan dgn luahan yang sma berulang2, awk kna fhm org lain pun sbnarnya struggle jg dgn masalah masing2, xda manusia yang xda masalah dlm dunia ni, masing2 struggle walau susah.. salah satu cara saya bila sy down, kecewa atau sedih saya cari vidio2 ceramah tentang besarnya pahala sabar, pasal kcilnya nilaian dunia ni berbanding akhirat, mcm2 lg.. apa2 pun la yang bila awk dengar awk jadi tenang, awak cari jg info vidio tentang cara handle anak tantrum, cara parenting yg baik, cara ank brfikir.. sbb awk sgt buruk sangka dgn ank awk bila dia act anything, pd saya ank awk nk perhatian awk, ank tarik awk bermain dgn dia, dia nk bergurau dgn mak dia sbnarnya, nak gelak kuat2 dgn awk tp awk negatif, jgn bgitu dikk.. nanti ank mbesar jadi kasar dan agresif sbb kurang kasih syg, sekolah pertama stiap ank adalah didikan drp ibunya.. ubah la dikk sblm trlambat bykkan brsyukur Allah kurniakn anak, anak yg sihat, normal.. anak tu amanah Allah yang brsedia utk bagi pahala bterusan utk kita smp kita menutup mata kelak.. lawan mental illness awk tu..

  3. Assalamualaikum dik..akk pernah berada dlm situasi sama je mcm adik..skrg akk bersyukur akk dah keluar dr fasa mental breakdown..

    bila kenang kenangan dulu rasa menyesal jd mak yg sebegitu..anak akk special kid..n then masa tu akk tgh smbg belajar..sama je mcm anak akk..mcm dia main2 kan perasaan kita..akk smpi x sempat nak buat apa..

    pertama dik, kena syg diri sendiri dulu..u kena tenang, sabar n hargai apa yg ada dpn u..pandang anak dgn kasih syg..bercakap dgn dia dlm keadaan tenang, muka yg tulus spt dia phm apa yg kita nak ckp..masa dia tantrum kita kena tenang..byk kan istighfar n setiap pg doa smg Allah permudahkan urusan kita . sblm tido fikir apa yg bole kita beri terbaik dlm rmh tangga nie..klu kita happy, jiwa kita kuat, semangat ..anak2 n suami akn ikut aura yg kita keluarkan..

    suami dah ok..dia mgkin beri u bertenang sendiri..u boleh meluah kat dia tp don expect dia beri kata2 motivasi..mgkin klu dia bercakap mental u akn lebih teruk mgkin dia takut tersalah ckp ..

    phm unx cukup rehat sbb tido pon yerganggu..ambil la masa berehat dng minta tlg suami tgkkan anak..set hanya 2 jam atau terpulang..bila kita cukup tido kita dpt berfikir dgn baik..

    last sekali kena sabar..perubahan x kan dtg sekelip mata..anak akn ikut tenang..tlg belajar cara nk handle emosi sblm terlambat..ingt menyesal nanti..

  4. Hai sis. Pls jalan terus and continue your treatment. Abaikan suami nak ambik tahu ke tidak. Yang penting sekarang treat yourself first sebelum anak tu teruk you kerjakan. Budak baru 2 tahun tengah fasa explore. Dia pun tak reti control emosi dia lagi macam you. Pergi KK bagitau nurse saya nak cekik anak saya. They immediately bwk you jumpa Dr. They will help you. You need to break the chain. Deep down you pun sayangkan anak tu. Pergi ya jumpa Dr.

  5. Sorry, tp tau tak knp ank awk tu ‘tantrum’ x tentu pasal.., sbb awak dah ‘didik’ dia mcm tu, dari dia kecil, awk dah slalu marah2 n pukul dia, sbb tu lah dia pon jadi ‘agresif’ jugak.. sya nk tnya awk ni.., awk nk ke dia lalui spt yg awk lalui, dpt ayah yg ‘baran’, then sakit mental dsb..? Mse dia kecik ni, bule la awk ‘control’ dia, marah n pukul dia.. boleh x awk bayangkn, nt klaw dia dah besar, x mustahil dia akn lawan awk blk, sama ada melalui perkataan atau pon perbuatan.. mse tu awk akn ‘tuduh’ dia jd “ank derhaka”, walhal perkara tu dah ‘developed’ sejak dia kecil lg.. tu yang jadi ank awk pulak yg ‘blame’ awk yg salah dari awal (mcm a few confessions yg kita baca dlm ruangan ni..), semua saling salah n mnyalahkn, n d generations can go on n on like that, if proper actions not taken..), saya pernah terbaca 1 article, di negara barat, hampir semua ank2 yg dtg dari ‘broken family’ ada ‘niat’ utk bertindak ganas, hatta sampai ingin membunuh ibu bapa mereka (Na’uzubillahi min zalik..), and ‘pattern’ ni dah bnyak berlaku, termasuk lah di negara kita, cuma di sini kita x bebas nk beli senjata api mcm kat sna, (sbb tu ramai yg beli senapang or pistol n tembak secara rambang di tempat awam, utk lepaskan ‘dendam’, then tembak diri sendiri.. so, utk elakkn keadaan jd lbh teruk, awak pergilah berubat ke, jumpa pakar psikatri ke, or cuba bercakap dgn kaunselor yg professional, klaw ckp dgn kluarga, mak or husband, mmg la diorang kta awk yg saja2 reka cerita, sbb diorang pon xde kepakaran psikologi, xleh salahkn diorang jugak.. lgi satu, takut klaw awak x dptkn rawatan nt, awk akn cederakn or dera ank awk pulak, (tu pon dah bnyak terjadi skrg ni..), mmg awk x sedar mse marah tu, tp klaw dah jd kes polis or mhkamah, kan susah nt.., so baiklah cepat2 berubat tu.., bnyak2 berzikir n ingat kpd Allah (minta maaf, tp slalunya klau x solat umpamanya, perkara2 yg x diingini inilah yg sering berlaku), anggaplah ank itu sbg anugerah & amanah dari Tuhan, yg klau dia dididik dan dijaga dgn baik, insha Allah akn jadi ank yg boleh jaga awak di hari tua n jd ‘saham Akhirat’ pula kpd ibu bapa.. masih belom terlambat lagi.. Inshaa Allah

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *