Aku Yang Lemah

Hi.
Aku dilahirkan dalam keluarga miskin namun masih cukup makan dan minum. Hal pakaian memang aku tak pernah bagi perhatian masa sekolah rendah dan menengah. Aku pakai apa yang ada. Jarang beli baju baru kecuali masa hari raya .Entah kenapa sikap aku lain dengan adik beradik aku dalam keluarga. Tak minat berkawan dan tak pentingkan penampilan diri. Aku tengok mak aku(ibu tunggal) dah cukup pening penuhi kemampuan adik-beradik aku, so aku malas meminta-minta.

Sikap aku dulu pasif. Berkurung dalam rumah. Berkawan hanya beberapa orang di sekolah. Pakaian pun lain, baju bundle. so ramai condemn kata aku selekeh dan tak pandai bergaya. Hidup aku seolah aku hidup sendiri. Aku kurang percaya dengan orang tambahan aku pernah mengalami sexual harassment. Lagi satu, Aku jadi benci dengan lelaki asing,

Sebelum ni aku pernah berniaga. Aku pernah berniat nak beli pakaian baru.Tapi apabila adik perempuan aku meminta untuk keperluan dia yang lebih penting, aku tak jadi beli barang untuk aku. Cukup dua tiga helai baju bundle.Masa aku masuk universiti, aku terima pelbagai bantuan orang. Masa tu ada sikit duit. Diorang mintak aku beli baju dan untuk keperluan harian. Terketar aku pegang duit-duit tu.

Pendek kata bila aku masuk u, aku rasa aku jadi bebas bergaya. Aku teringin nak bermekap. Hanya tuhan tahu perasaan aku nak try baju lawa. Aku mula beli baju ikut saiz aku dan teliti dalam fesyen. Aku jadi teruja. Aku rasa kehidupan aku sebagai seorang perempuan baru bermula. sebelum ini, aku teringin beli barangan comel tetapi aku hanya mampu menggigit jari. Aku juga minta bantuan kawan-kawan dlam berfesyen. Selama ni aku pakai baju besar dua kali ganda. Bila bergaya, aku jadi akward pula. Aku jadi tak percaya dan ragu bila orang lelaki melihat diri aku dan bergaul dengan aku dengan pakaian aku yang macam tu. Dalam kepala aku , aku fikir ‘lelaki hanya lihat perempuan dengan nafsu’. Walaupun sebahagian diri aku sedar, yang tak semua lelaki macam tu. Jadi, aku menukar balik ke pakaian lama aku. Cuma aku berpakaian lebih kemas dan aku tetap labuhkan pakaian. Cuma tak adalah pakai warna2 kusam macam dulu.

Kemudian aku sedar apa sebenarnya ‘pakaian’ yang aku mahukan. Tak penting pakaian ikut trend dan membiarkan mata-mata liar menjamah. Pakaian yang aku pakai walaupun sederhana kini, aku bersyukur jika pakaian itu membuatkan aku berpijak di bumi yang nyata.

Sebenarnya, isu pakaian ini hanyalah contoh. Aku sedang mengalami fasa perubahan kehidupan aku . Keluarga aku dulu yang susah juga kini tiba-tiba menjadi senang. walaupun, kini rezeki cukup, aku masih tidak betah, ringkasnya aku masih tidak percaya diri ini mampu hidup seperti gadis biasa. Setiap kali aku mampu makan makanan yang mahal juga kini, aku menitiskan air mata apabila mengenangkan masa zaman kecil apabila aku pernah makan nasi dengan garam. Aku takut sebenarnya aku lupa. Kawan-kawan aku pula menasihati aku agar menikmati hidup sedikit.

Banyak lagi benda. Terima Kasih.

– seri

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit