Aku Yang Lost

Aku tengah lost.. Aku dilahirkan memang bukan favourite sapa2. Dari kecik aku kurang sentuhan dari parent aku. Yang aku dapat tempeleng, dan amarah. So.. Aku rasa jauh dengan parent aku sekarang. Parent aku lebih rapat dan sayangkan adik2 dan abang aku.

Masa aku sakit, kena kimoterapi, aku call mak aku minta teman aku sepanjang kimoterapi, tapi dia refuse, dia cakap nak pergi umrah. Okey. Aku hadap semua sesi kimoterapi aku sorang diri. Boleh je. Cuma masa kimo akan lemah, kadang nak bangun pun tak larat.

So nurse dan doktor minta aku bawa seseorang temankan aku, risau apa2 jadi. Tapi takda yang nak teman. Aku hadap je sorang2 kat wad. Wad aku tak boleh orang melawat, dan suami tak boleh teman. Hanya wanita.

Tutup bab tu. Aku dah kahwin kan, dan aku rasa sangat terasing. Suami aku anak ke-4 dari 5 beradik. Kakak kakak dan abang dia dah kahwin. Adik ke-5 suami meninggal masa kecik, so suami auto jadi bongsu.

So since kami pasangan paling last kahwin, anak2 kami paling muda la.. Dan anak2 kami selalu dipulaukan cousin2 diorang yang umur lebih kurang, iaitu anak2 kakak kakak dan abang suami. Kadang sengaja dorang buli anak kami..

Cousin yang membuli semua masih bersekolah rendah. Anak saya masih awalan sekolah rendah dan tadika. Anak saya sangat gembira bila jumpa cousin2, alih2 kena tengking dan ditolak jauh2.

Benda begitu buat saya sangat tak gembira nak berkumpul beramai2 bersama adik beradik suami. Saya dalam dilema, nak protect anak saya, atau biarkan. Kalau saya bawa anak saya jauh2, anak saya mengamuk sebab dia nak bermain.

Tapi kalau anak2 saya dibuli, kakak2 ipar dan abang ipar serta biras2, buat tak faham je anak dorang buli2 dan marah2 anak saya. Kalau tak datang masa dorang berkumpul, dikatakan sombong. Rumah dekat pun taknak datang.

Untuk pengetahuan, keluarga suami juga tak begitu rapat dengan saya. Keluarga suami sukakan ex gf suami untuk jadi isteri suami. Jadi saya pun agak dipalaukan sejak dari awal perkahwinan. Termasuk kena hadap biras yang toksik.

Hujung tahun lepas, saya dapat tahu suami saya menggatal dengan seorang customer kami. Saya berniaga part time jual makanan. Dan kadang2 suami jadi tukang hantar kalau dia free. Jadi kantoi dia menggatal dengan customer kami.

Saya sangat sedih, saya berniaga sambilan disamping bekerja di pejabat untuk cukupkan expenses keluarga. Tapi ini saya dapat.

Tak cukup dengan tu, duit keuntungan berniaga saya, hilang. Saya memang mengesyaki suami yang ambil. Tapi dia bersumpah bermati matian menafikan. Tak ada apa saya boleh buat melainkan percaya.

Dan sejak tahun 2022 saya dibiarkan suami, untuk bayar segala keperluan rumah, segala perbelanjaan anak2 sendirian.

Suami cakap gajinya kena beri ke ibu dan ayah mertua kerana membantu mereka bayar hutang ahlong. Jadi saya hadap sendirian susah payah membayar segala keperluan keluarga, termasuk loan dan kad kredit suami.

Dan baru semalam, terbongkar segalanya, rupanya yang meminjam ahlong adalah suami, bukan in law saya. Selama ni gaji suami habis bayar ahlong.

Dan banyak lagi yang terbongkar apabila in laws saya memberitahu selama kami berkahwin, mereka ingat segala isi rumah kami di bayar oleh suami seorang diri tanpa bantuan saya. Mereka ingat saya hanya goyang kaki, kerja gaji habis ke diri sendiri.

Terlalu geram, saya ceritakan segala perit jerih dipihak saya. Keluarga in law faham. Tapi masih berbunyi di belakang yang semua ni silap saya juga.

Rupanya suami banyak meminjam wang dari adik beradiknya, saudara mara, dan kawan kawannya, dengan alasan, isteri sakit, dan alasan isteri teringin makan itu ini, semua alasan isteri.

Di mana saya ingin letakkan muka ni? Semua itu langsung tidak benar. Nak makan apa. Nak beli apa semua saya beli sendiri. Suami tak pernah spend duit ke saya. Nafkah jauh sekali.

Saya suarakan untuk bercerai. Suami tak mahu dan suami cakap akan berubah. Keluarga suami pun cakap takkan sebab ini sahaja nak bercerai, fikirkan anak2.

Suami tak dinafikan, baik dan ringan tulang. Tapi bekerja tidak pernah tetap. Sentiasa ada masalah kewangan. Tapi semuanya baik2 sahaja selama ini atas bantuan saya.

Saya dalam dilema dan terlalu lost sekarang ni. Saya betul betul tak hingin hadap suami, tak hingin hadap keluarga in law, hadap anak2 buah suami yang berlagak gangster membuli anak2 saya, hadap biras yang sentiasa rasa dia bagus.

Suami dahlah separa biawak dan penipu, keluarga suami juga menyakitkan hati, anak2 buah suami menyakitkan jiwa. Tapi saya jugak tak mampu urus anak seorang diri. Anak anak rapat juga dengan suami. Dan suami rajin urus anak.

Tapi bab yang saya ceritakan di atas terlalu melukakan hati saya. Rasa tertipu dan saya penat jadi ketua keluarga yang tak dihargai. Saya nak pergi jauh jauh. Tapi ke mana? Kembali ke rumah parent? Atau.. Teruskan hidup sendiri di bandar yang jauh dari keluarga?

Perlukah saya bercerai.. Kalau bercerai, bagaimana prosedur? Adakah saya akan dapat hak jagaan anak2?

Allahu rasa sesak dada fikir apa saya hadap sekarang ni. Sudahlah simpanan saya kering saya keluarkan untuk bantu suami bayar ahlong.

Saya tak ada duit, dan terlalu sakit mengenangkan apa saya hadap dengan sikap keluarga suami dan segala yang dilalui sepanjang perkahwinan. Dengan sakit saya yang masih memerlukan saya kimoterapi. Masih berbaki 3 kitaran kimoterapi saya. Bil hospital semua saya bayar sendiri.

Ya saya tahu orang lain lagi dahsyat dugaannya.. Tapi ini kisah saya. Bantu saya supaya saya boleh lepaskan semua ini. Saya terlalu buntu tak tahu nak ke mana..

– Janna (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

One comment

  1. Minta nasihat lawyer, kumpul bukti, yg penting siapkan mental fizikal juga kewangan. Perceraian bukan murah ye. Semuanya toksik, berpisah lebih baik rasanya. Suami ambil kesempatan. Sis pun silap, terlalu memanjakan dng bantuan kewangan. Perkahwinan adalah tanggungjawab bagi kedua belah pihak. Kalau suami terbukti berubah baru boleh difikirkan untuk memberi peluang kedua, tetapi bersyarat. Sis tak boleh mengulangi kesilapan dng memanjakan, tak salah membantu jika betul2 untuk keperluan dan suami mengambil semula tugasnya sebagai suami dlm erti kata yg sebenar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *