Assalamualaikum.. Terima kasih admin jika siarkan kisah aku. Kisah aku yang penuh duka lara. Hingga aku tak tahu, ni ujian atau kifarah atau memang aku dilahirkan untuk malang.
Aku anak ke 5 dari 6 orang adik beradik. Kak long, kak ngah, abang, kak z, aku dan adik aku. Aku seorang introvert. Aku lagi suka menyendiri. Aku kurang suka bergaul dengan adik beradik aku kerana masing-masing suka membawang mengumpat. Aku rimas. Jadi aku banyak habiskan masa aku dalam bilik.
Dari dulu lagi, aku kurang rapat dengan kak ngah dan kak z. Dua-dua mulut laser, suka jaga tepi kain orang. Aku selalu jadi mangsa buli mereka berdua. Mereka deras aku dari segi emosi dan mental. Aku lemah. Aku bukan jenis melawan. Jadi aku hanya mampu nangis dalam bilik. Mak aku jenis tak ambik port kalau kakak-kakak aku buli mengata aku. Tu yang jadikan mereka makin berani.
Dulu lepas kak ngah kawin, dia stay dengan parent aku sebab suami dia kerja offshore. Lepas tu abang aku kawin, stay dengan parent aku jugak. Aku ingat boleh la aku buat kawan dengan kakak ipar aku. Rupanya tak.
Kak ipar aku jenis membawang jugak. Kak ipar aku pun terpengaruh dengan kakak2 aku. Mungkin sebab dia nampak aku selalu dalam bilik. Aku stay dalam bilik sebab aku nak elakkan dari berjumpa dengan kakak2 aku. Sebab kalau bercakap dengan mereka, mesti ada je yang perli mengata aku.
Memang aku dah rimas duduk dengan parent aku. Aku tak suka tinggal ramai-ramai dalam satu bumbung. Aku masa tu aim nak habiskan pelajaran, dan nak cepat-cepat kawin sebab nk keluar dari rumah tu. Memang aku tak enjoy duk rumah tu.
Oh ya lupa nak bagitau, waktu semester ke 3. Aku tak dapat duduk asrama. Aku nak menyewa parents aku tak benarkan sebab universiti tempat aku belajar tu dekat je dengan rumah. So sebab tu hari2 aku kena mengadap kakak-kakak aku ni.
Masa berlalu. Dan aku dah habis belajar. Masa tu aku dapat tawaran kerja kt luar negeri, parents aku tak izinkn. Aku memang dah nak keluar sangat dari rumah tu. Aku memang dah tak sanggup tinggal kat rumah tu.
Dalam masa yang sama, kebetulan boyfriend aku (suami sekarang), baru je kerja jadi cikgu. So kitaorang terus kawin. Majlis penuh ringkas sebab simpanan kami pun tak banyak lagi. Seminggu lepas kawin. Aku terus pindah keluar dari rumah family,aku stay kuaters guru dengan suami aku di luar negeri.
Masa tu baru aku dapat rasa kebahagiaan sebenar. Aku tak perlu jumpa dah orang yang aku tak suka. Aku bebas buat perkara yang aku suka.
Aku ingat lagi, masa tu aku pregnant 8 bulan. Bulan puasa. Aku balik berpuasa rumah mak aku selama 4 hari. Sepanjang 4 hari di sana, ada lah sekali tu aku g bazar ramdhan dengan suami aku. Aku keluar dlm pkul 6, balik dalam pukul 7.
Masa sampai rumah, aku agak penat dgn perut memboyeh. Masa tu aku g dapur nk letak barang, kak z yang ada kat dapur masa tu, terus tinggal kerja yang dia tengah buat, masuk dalam rumah. Aku pun masuk nk lepaskan lelah sekejap, aku bru je nk duduk, kak ngah aku terus sound. Halah ko nih, nak duduk apa lagi. Dah lah baru balik, pergilah tolong2 kat dapur tu.
Ya Allah masa tu aku terasa sangat2. Tak boleh ke bertolak ansur sekali sekala. Bukannya hari2 aku pergi bazar. Habis tu kalau kau tak ada boleh je kan mereka buat kerja. Malam tu lepas berbuka, terus aku ajak suami balik walaupun masa tu cuti berbaki 3 hari lagi. Aku penat nak hadap semua.
Masa aku bersalin, aku berpantang rumah mak aku. Mak aku tolong uruskn baby, aku masak sendiri. Walaupun aku ada mak, tp aku mcm orang tak berpantang pun. Sebab kakak2 aku dah warning. Jangan susahkan mak aku. Mak aku jenis ikut je kata kakak2 aku.
Masalahnya kak ngah aku tu. Masa dia berpantang dulu. Ewah2 macam raja. Sekarang ni dia duduk dengan mak aku, mak aku lah yang masak sorang, basuh dan dan jemur baju dia anak beranak.
Waktu aku dalam pantang, suami aku dapat tukar sekolah berdekatan dengan rumah mak aku. Waktu tu kalut jugak tggu kuaters sebab masa tu kuaters tu baru siap, dan masih under renovation. Lepas berpantang dalam 2-3 bulan jgk aku stay umh mak aku kena hadap kakak2 aku tu.
Ada suatu petang tu. Mak aku ambik anak aku yang umur 5 bulan riba kat luar rumah. Kak ngah aku baru balik kerja, dia ambik anak aku, dia bagi kat aku yang tengah lipat baju dalam rumah. Dia kata aku susahkan mak aku. Masalahnya mak aku yang nak ribakan hirup udara luar rumah. Bukan buat apa pun. Ya Allah aku rimas sangat2.
Masa aku tinggal dengan parents aku. Kakak2 aku selalu bising sebab panas kena pakai tudung suami aku ada. Lepas tu bising sebab dalam rumah ada ramai orang. Aku ingat ok kata2 kau tu.
Time passed away dan alhamdulillah aku dah boleh pindah kuaters. Masa tu baru lah aku lega dapat duduk sendiri, main dengan anak aku.
Tapi panas tak sampai ke petang, baru beberapa bulan aku pindah. Tiba2 mak aku jatuh sakit. So aku yang tak kerja ni dikerahkan untuk jaga mak aku. Aku pergi siang2 uruskan mak aku, masak.
Tak lama lepas tu. Tiba2 kak ngah aku paksa aku pindah masuk rumah tu. Alasan dia sebab aku xkerja. Dia penat nk uruskn mak aku lepas balik kerja. Aku kata no. Aku pun ada ank suami. Aku nak duduk sendiri. Bergilir2 lah jaga mak, tak boleh lepas kat aku sorang.
Seminggu lepas tu. Kak ngah aku pindah keluar. Yang kak z plak dulunya habis kerja pukul 5, sejak mak aku sakit, pukul 10 malam baru balik. Dia balik terus masuk bilik.
Aku sakit hati sebab masing2 mcm nk lepas tangan. Aku kesian kat mak aku tapi aku pun tak nak bagi muka kat kakak2 aku. Nasib baik kak ipar aku ada, jadi siangnya aku jaga, malmnya kak ipar aku yg jaga.
Aku sakit hati giler kat dua orang tu. Kak ngah aku tu, ank 5 orang. Balik sekolah semua tinggal umah mak aku. Aku lah yang kena melayan mengemas. Dia balik kerja, ambik anak terus blah.
Aku rasa aku malang sebab kena hadap semua ni. Aku nak jugak merasa bahagia disamping suami besarkan anak dalam keadaan baik. Tapi aku tak sempat nak fokus kat anak pun sebab hari-hari kena pergi rumah mak aku. Aku kadang2 rasa tak ikhlas sebab dua orang tu senang2 je lepas tangan.
Aku dulu kawin nak keluar dari rumah tu. Tapi takdir seolah-olah membuat aku selalu terikat dengan semua ni.
– Anak ke-5
Hantar confession anda di sini ->Ā https://iiumc.com/submit