Assalamualaikum dan Salam Sejahtera buat para pembaca. Aku Kunci (bukan nama sebenar), 36 tahun.
Kisah aku, aku berkahwin pada tahun 2018 dan telah bercerai pada tahun 2025.
Aku jenis yang jodoh “berat”. Aku kahwin pada usia 28 tahun. Aku tiada anak. Aku diceraikan pada hari ke-3 semasa Hari Raya Aidilfitri pada tahun 2025.
Aku dibuang macam “sampah”. Seperti orang asing yang tidak pernah tinggal serumah. Aku keluar rumah sehelai sepinggang cuma dengan pakaian aku.
Aku tak dibenarkan mengambil barang-barang rumah waima aku beli barang rumah dengan duit sendiri.
Aku tak dibenarkan menceritakan apa-apa semasa kaunseling di Jabatan Agama Islam. Aku tak dibenarkan menuntut apa-apa di mahkamah Syariah.
Akulah yang malang. Semasa diceraikan, aku merayu menangis sujud memohon tidak diceraikan tapi aku umpama orang asing.
Bekas suami aku menelefon ibu aku dan mengatakan ingin menghantar aku pulang ke pangkuan ibu bapa aku.
Aku, perempuan yang pernah sabar dan menolong lelaki yang bermula hidup dari bawah. Hidup dengan lelaki yang bermula dari zero sehingga mempunyai kereta dan rumah.
Dulu aku bertahan bersabar berhujan berpanas dengan motosikal dengan suami sebelum adanya kereta.
Aku pernah gadaikan barang kemas sebab nak memenuhi barang keperluan rumah. Awal perkahwinan, aku cuma diberikan RM250.00.
RM250.00 itulah untuk nafkah aku, barang-barang rumah & bil-bil rumah.
Beruntungnya aku berkerja maka aku guna duit gaji sendiri untuk mencukupkan semua yang kekurangan. Sesabar itulah aku selama bertahun-tahun tapi rupanya itu titik kebodohan aku.
Akulah yang setia sampai insurans kereta dan servis kereta pun aku yang sediakkan duit. Minyak kereta aku juga yang selalu sediakan. Waima baju raya pun aku yang belikkan untuk suami. Bodohnya aku berkorban untuk orang yang tak pernah hargai.
Sekiranya suami ada travelling urusan kerja, aku juga yang berikan duit belanja.
Aku jenis baran tapi aku masih mampu bertahan dengan suami yang kurang bertanggungjawab. Setiap hari aku buat kerja rumah tanpa bantuan suami walaupun aku penat setelah pulang kerja petang.
Kalau aku minta tolong bantuan suami, dia akan beri bermacam alasan dan marah-marah. Aku tetap bertahan dan sabar.
Kalau hujung minggu aku top up lauk basah ke market ikan, suami tidak pernah hulurkan duit. Semua aku guna duit sendiri.
Mula dari tahun 2023, suami beri menaikkan duit RM250.00 lagi. Maka duit bulanan aku dapat RM500.00. Tetapi keadaan masih sama. RM500.00 itulah untuk nafkah aku, barang-barang rumah & bil-bil rumah.
Bukan aku tak pernah minta duit lebih. Bukan aku tak pernah cakap dengan suami duit yang diberikan tak cukup tapi semuanya berakhir dengan pertengkaran. Cuma beruntungnya aku, suami tak pernah pukul @ naik tangan dengan aku.
Tahun 2025, hari raya ke-3 semasa sambutan Aidilfitri, suami menceraikan aku dengan alasan tawar hati dan tak tahan dengan perangai baran aku. Baru aku tahu dari mulut suami dah lebih setahun dia memikirkan nak lepaskan aku.
Akhirnya, aku pulang ke rumah ibu bapa. Sekarang dah hampir 3 bulan aku diceraikan. Aku ketawa tapi hati aku menangis. Aku langsung tiada semangat nak hidup.
Para pembaca, bagilah kata-kata semangat untuk aku terus hidup.
– “Kunci” (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit
Adik Kunci,
Pertama sekali, adik sujud syukur kepada-Nya kerana telah dijauhkan Allah dari lelaki biawak-tak -guna. Segala kebaikan dan amalan adik sepanjang sebagai isteri yg taat berkhidmat kepada suami – Allah jua yang membalasnya dengan pahala kebajikan yang berganda. You deserve a better man – yang qawwam, yang tahu menghargai seorang isteri yang solehah! Jodoh adik bukan lah berat mana pun (acik kawen pertama kali di umur 43 dan beranak di umur 45), syukur adik tidak dikurniakan zuriat bersama bekas suami – you have a clean break! The problem is NOT you, adik tapi lelaki itu.. biarlah dia -apa nak jadi, jangan ambil tahu, jangan sesekali follow/scroll his social media. Untuk adik, bangkitlah demi kehidupan yang masih panjang, pastinya adik masih ada mak-ayah untuk berbakti, pekerjaan untuk cari rezeki, rakan taulan, dan macam2 lagi nikmat kehidupan …go out there – pergi berjalan di taman setiap hari, enjoy the sun, bertemu ramai orang, lakukan apa saja yang tidak dilarang oleh agama! Satu hari nanti, adik akan pandang ke belakang dan berkata: betapa bodohnya aku menangisi, meratapi seorang lelaki durjana – sedangkan Allah tahu, Allah mengaturkan yang lebih baik untuk adik!
So? Ko cite utk apa? Takdenya jantan tu nk baca sejarah pengorbanan ko. Stop dan move on. Untung semua jd masa ko muda.
Prempuan panas baran mmg satu turned-off terbesar untuk lelaki. Siapa tahan.. Dia bukanlah orang yang tak bertanggungjawab, tapi terbawa-bawa cara dia dibesarkan.
Dari POV lelaki, saya rasa suami awak dah lama pendam tu.
Bersyukur lah, awk dah ‘terlepas’ dari cengkaman seekor species yg x tau mnghargai seorang isteri.. sapa kata awk x bole nka amk brg2 yg awk beli tu.., infact, kalau ikutkan awk bole je dduk di rumah tu, dia yg patut kluar, bkn nya awk.. cuba dapatkan segala hak awk, xkira lah nafkah semasa edah, nafkah sepencarian, dll.. sila dapatkn nasihat peguam syari’ah (jika perlu).. tp, at least bekas suami awak tu pernah jugak bagi ‘nafkah’ kpd awk, yg rm250, then naik rm500 tu.. w/pon x ckup, tp at least ada.. di luar sana, ada wanita yg lbh ‘teruk’ nasib nya.. saya ada kenal dgn seorang wanita yg sgt malang.. dah la mse kawen dlu dia di’tipu’ hidup2.. dia ingatkn suaminya dlu ‘bujang’, rupanya dah berkeluarga; dgn isteri n ank2 lagi, setelah bernikah, suami x pernah bagi nafkah, malah sebutir beras di rumah pon x pernah beli.. bila dia ‘komplen’ dgn suaminya, mula lah bergaduh n kaki tgn semua naik.. yg sedihnya dia di’gantung’ suami sebegitu puluhan tahun.. sehingga lah suaminya ceraikn melalui telefon je, dan x uruskn dgn mahkamah, dia kata kpd isterinya (masa tu), klau nk lapor cerai, jgn tuntut satu sen pon; pdhal dia yg x pernah bagi nafkah.. isterinya pernah berdoa, agar Allah shj yg akn membalas kpd bekas suaminya tu.., dgn takdir Allah, skrg bekas suaminya tu menderita sakit n tidak bole berjalan.., akaun nya juga dah ‘dibekukan’ krn terlibat dgn sindiket penipuan dlm talian.. pandai pulak dia contact ank2 utk ziarah dia.. ank2 pon mngkin xde ‘perasaan’ kpd dia, sbb dia pon xpernah amk kesah hal diorang dlu.. so, sedar x sedar, itu juga mngkin balasan Allah kpdnya.., hati2 lah para suami yg ‘kejam’ kpd isteri, sbb “kafarah is real”, jgn amk mudah je.. itu belom lagi balasan d Sana nt.. wallahu a’lam
Untuk Kunci,
Awak bersedih untuk apa? Kerana ditinggalkan ke? Maaf, ini pandangan saya berdasarkan penceritaan awak ye ..Ditinggalkan oleh lelaki sebegitu adalah kebaikan untuk diri awak. Apalah guna awak menabur budi, mencintai suami sepenuh hati, sanggup berkongsi duit awak utk keperluan keluarga, sedangkan pada hujungnya awak tidak dihargai dan dibuang seperti sampah? Kunci.. Mencintai dan menyayangi biar ada had nya.. Kalau tidak awak akan jadi begini, awak terluka dan sengsara.. Setelah apa yang awak lakukan, diri awak berhak untuk bahagia.. Tak guna memaksa pada orang yang tak sudi terima kekurangan diri awak sepertimana awak menerima kekurangan diri dia. Kita tak boleh paksa orang untuk sayangkan kita. Diceraikan bukan bermaksud hidup awak telah berakhir. Perasaan sedih tu normal.. Tetapi selepas awak bersedih, bangkitlah kembali dan teruskan hidup awak. Nikmati Kehidupan.
elokla tu perangai baran ko da makan diri ko. ikut sgt hasutan setan smue org pun menjauhi, kawan jela ko dgn pokok.