Hai semua. Terima kasih admin kerana siarkan coretan aku ini. Nama aku Mawar. Tahun ni masuk tahun ke-5 perkahwinan aku dengan suami.
Sepanjang perkahwinan kami alhamdulillah suami aku tak pernah sakitkan hati aku, tak pernah pukul atau marahkan aku.
Semua keperluan aku dicukupkan, mana yang tak cukup, aku tolong cukupkan lah sendiri.
Kami suami isteri dua dua penjawat awam.
Kami pun tinggal berdua di rumah kepunyaan suamiku.
Semua keperluan rumah suamiku yang sediakan. Cuma bila aku nak makan mewah sikit contoh macam ikan salmon, aku belilah sendiri.
Nafkah aku pun dia tak pernah culas. Hal rumah tangga kami pun dia tak pernah ceritakan pada sesiapa terutama keluarganya. Aku bahagia hidup di sampingnya.
Pada hari cuti hujung minggu kami akan luangkan masa bersama. Dia selalu bawak aku jalan2, makan2, tengok wayang.
Kami selalu bergurau senda dan dia selalu buat lawak dengan perut boroinya dan aku selalu terhibur hahaha.
Cuma 1 saja kekurangan kami, kami belum dikurniakan zuriat. Sudah puas kami berusaha, jumpa pakar, buat rawatan, tetap juga belum tiba rezeki zuriat tu untuk kami.
Cuma kami belum cuba iui atau ivf. Doktor kata masalah kami tak berapa teruk hingga perlu buat ivf. Doktor ada cadangkan iui. Tapi kami belum cuba iui tu.
Tapi alhamdulillah suami aku tak pernah beri tekanan. Pada nya tak mengapalah, belum tiba lagi rezeki buat kita. Dia selalu tenangkan aku bila aku menangis setiap kali period aku datang.
Period aku setiap bulan on time, suami pun normal. Aku pun dah buat semua ujian kesuburan dan semuanya normal.
Kadang aku bertanya pada diri aku di mana lagi silapnya. Aku sudah berusaha, apa lagi yang perlu kami buat.
Penat, kecewa, sakit hati, letih, air mata tak payah kata lah. Setiap kali aku menangis dan kecewa, suami aku lah tempat aku meluah dan dia menjadi pendengar yang setia.
Dan aku tak pernah lupa untuk berdoa padaNya. Mungkin ada hikmah di sebalik semua ni. Itu yang aku percaya.
Doakan kami dan semua pasangan yang masih belum dikurniakan cahaya mata semoga Allah rezekikan kami zuriat pada tahun ni.
Kepada yang pernah ada pengalaman ikhtiar hamil dan berjaya hamil, boleh kongsikan di sini tips2 dan amalan yang kalian lakukan sehingga berjaya hamil.
– Mawar (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit