Aku Yang Memilih Dia

Assalamualaikum semua, saya Nur, berumur 28 tahun, saya direct straightforward meluah di sini. Saya cuma inginkan pendapat korang.

Dari tajuk “Aku Yang Memilih Dia” ya benar, hanya aku yang inginkan dia, dia tak memilih aku pun dari awal. Rasanya ini kesilapanku.

Aku ada kenal dengan lelaki ni nama dia Alex (bukan nama sebenar). Kami sama sama bekerja dalam sektor kerajaan, tapi berlainan kementerian lah.

Kenal dengan dia dari umur 18, tapi setakat kenal macam tu saja lah, ex classmate saya. Lepas tu lost contact, dia pun ada girlfriend. Saya pun ada boyfriend.

Tahun 2022 yang lalu tu, kami terjumpa semula sebab aku pindah di cawangan di tempat kelahiran sendiri, di Johor. Dia pun sama (ni sebelum PJJ lah ye).

Kami pun bertegur semula sebagai kawan ja, tapi masa tu nenek dia sakit, dia minta tolong untuk uruskan appointment dan perubatan nenek dia tu.

Dipendekkan cerita, aku memang suka dia. Aku tertarik sebab dia ni lelaki yang baik, family man. Tapi sayangnya, dia dah ada girlfriend. Gf dia tu aku kenal, junior kami. Cantik orangnya, ayu lagi tu, pakaian sopan, budak pandai. Bakal cikgu pulak tu.

Tapi silapnya aku di sini, aku rasa macam aku yang layak untuk Alex. Sebab aku rasa, aku yang first kenal dia. Jadi, aku tak kisah dia ada Gf.

Disebabkan aku selalu urus appointment, perubatan nenek dia tu kan. Tau tak, nenek dia berkenan dengan aku dan ajak aku ke rumah mereka.

Setiap kali ada event, memang mak dia pun ajak aku datang sana. Masa ni, Alex tu di Kedah dah. Dia kerja sana. Alex tak tahu pun pasal ni. Gf dia tak diajak ke rumah tu pun, sebab tau dia kan masih study, tengah praktikal guru.

Umur Gf dia dengan Kami beza 3 tahun ja. Aku ada follow Gf dia ni, aku suka cara dia. Matang. Tapi aku rasa nekad untuk memiliki Alex. Walaupun aku tahu, Alex tak suka aku pun. Selfish ka aku?

Aku pendekkan cerita lagi lah ya, aku tau Alex tu anggap aku kawan ja. Tapi, lepas setahun berlalu, tetiba parents dia tanya “Bila nak kursus kahwin korang dua ni”.

Alex pun tahu last minit pasal benda ni. Alex sebenarnya dah lama kursus kahwin dengan Gf dia tu. Tapi family dia nak Alex tu dengan aku. Jadi aku tetap teruskan. Dan Gf dia tak tahu pasal ni.

Aku rasa aku dah buat kesilapan besar…

Alex ada cakap dengan aku, kau tahu kan aku dengan siapa sekarang ni. Kalau parents aku berkenan dengan kau, aku tidak ya. Aku memang tunggu Adelle (nama Gf dia). Kau pergi lah kursus kahwin sorang sorang.

Tapi, disebabkan aku ingin memilikinya, aku sanggup datang ke rumahnya untuk melawat, aku ambil hati keluarganya.

Dan tak lama kemudian, keluarganya suruh aku dengan Alex bertunang. Alex sejujurnya memang tak nak, tapi dia dipaksa. Dia memang tak pernah suka aku.

Tapi nak buat macam mana, dah family dia berkenan dengan aku, bukan Gf dia. Mungkin mereka rasa masih budak lagi.

Jadi, Alex ni sebagai family man, dia akur dan akhirnya kamu bertunang. Masa tunang tu, aku tahu Alex masih berjumpa dengan Gf dia tu.

Aku tahu Adelle patah hati. Tapi aku tak kisah, janji aku yang kahwin dengan Alex.

Dan aku yakin, Alex ni jenis yang akur dengan family. Dia tak akan berani putuskan tunang atau batalkan perkahwinan. Lebih lebih lagi melibatkan keluarga.

Adelle sebenarnya ada chat aku di fb, dia inginkan kepastian. Tapi ya, aku yang bodoh. Aku block dia di messenger. Sebab, aku rasa aku yang lebih layak untuk Alex.

Dan, lepas dua bulan, kami pun selamat bernikah.

Pada mulanya, aku bahagia sebab aku dah kahwin dengan lelaki pilihan aku. Tapi entah kenapa aku rasa tidak tenang.

Alex pun selalu cakap, kalau bukan sebabkan kehendak family, aku tak mahu benda ni jadi. Aku Sayang Adelle. Dia masih ada dalam hati aku. Tapi family dia memang terima aku sebab aku dah bekerja tetap.

Jauh di hati, aku kesian kan Adelle tapi aku dah bernikah dah pun dengan Alex. Alex selalu memuji Adelle di depan aku sebagai isterinya. Dan Alex pun masih contact Adelle.

Aku yang bersalah kan dalam hal ni. Sepatutnya, aku tak boleh selfish dalam hal ni. Sebab itu, tajuk Aku Memilih Dia.

Sekarang ni, sudah 6 bulan kami berkahwin, tapi aku masih rasa belum bahagia sebab Alex masih ingatkan Adelle sampai sekarang.

Apa patut aku buat? Aku tahu, mungkin memang Alex dah jodoh aku, tapi kenapa aku tak tenang sebab perbuatan aku sendiri.

Aku macam dah pisahkan Alex dan Adelle..

– Nur (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

4 Comments

  1. Tak pe, lelaki kan boleh kahwin empat. Jalani hidup seperti biasa, ur in laws pun support u, do ir best to support ur husband. Even if he still want to pursue his gf, let it be as long as he still doing his job as a husband. Susah nak cari jodoh sekarang, esp dgn in law yg suka u. U x boleh dapat everything in life esp when u sort of rampas dulu. Hati org ni x boleh dipaksa…. bykkn berdoa dengan allah swt

  2. Sebenarnya ko lah penyondol sebenar. Mmg betul , dah jodoh. Tapi cara ko yg salah. Mcm pernah baca confession si Adelle tu. Kesian Adelle, mentang2 ko dah kerja tetap, ko rasa ko yg menang? Sampai downgrade org lain. Fuhh aku x tahulah, mungkin ko akan rasa apa yg dia rasa . Skrg ni ko pun dah mendapat lah, laki kau masih sayangkan Adelle. Sikit lagi nak jadi macam hafiz dan athirah 😌

  3. Kalau tetiba Alex nak kahwin dgn Adelle, jgn buat buat terkejut ye 😂😌 sebenarnya ko spesies penyondol jugak. Macam tak da laki lain nak ko. Desperate sgt, tiber menyesal 😂

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *