Aku Yang Memilih Dia II

Untuk part I, (https://iiumc.com/aku-yang-memilih-dia/).

Aku sambung cerita tajuk “Aku yang memilih dia” tu ya.

Aku ada baca komen komen korang, ada yang kata ni cerita cerpen, novel. Tidak ya. Ni realiti. Aku sedar, memang betullah cinta itu buta disebabkan perasaan aku sendiri.

Aku yang nakkan dia sebab aku rasa dia lelaki yang baik yang aku tak akan pernah jumpa lagi. Aku silap, macam tak ada lelaki lain aku ni kan.

Aku sendiri ja yang anggap dia tu macam rumah kedua aku, disebabkan parents aku dah bercerai. Aku yang nakkan dia sebab rasa dia boleh jaga aku. Tapi, memang aku silap. Aku rasa bersalah sangat.

Sampai sekarang pun, Alex masih ingatkan Adelle. Rasanya, Adelle tak pernah cari Alex dah tapi Alex yang selalu cari dia. Dia masih tak block lagi walaupun aku dah padamkan no Adelle tu Dari handphone dia.

Dia kata “ingat saya tak hafal ke no dia, walaupun awak delete” saya rasa sakit awak. Rasanya betul komen awak semua “saya hanya dapat jasad dia, bukan hatinya” dan sekarang ni saya rasa menyesal pulak.

Sebenarnya, Alex pun dah cakap dia kahwin hanya terpaksa. Sebulan sebelum nak kahwin tu, Alex memang ada niat nak batalkan perkahwinan kitorang. Dia ada chat ibu aku.

Tapi, itulah ibu aku pun cakap “banyak barang dah beli, takkan semudah Itu kau nak cancel kahwin dengan anak aku” Entahlah, aku bingung.

Aku ingat bila dia layan aku dulu, ingat dia ada perasaan dengan aku. Aku yang “denial”. Rupanya dia kata, saya layan sebab kawan ja. “Dah awak nurse kat situ, saya minta tolong sebab awak ja yang saya kenal untuk cepatkan urusan”

Aku ada stalk tiktok Adelle, repost dia semua sedih sedih. Bila aku tengok, ada satu quotes pasal family. “Gagal mempunyai kedua dua rumah”.

Aku ada tanya Alex, family Adelle ok ke. Alex marah “yang awak sibuk nak tanya, kenapa. Family dia memang problem jugak. Ayah dan ibu dia pun dah tak bersama” aku terus rasa luluh..

Ya, aku selfish sangat sebab aku yang memilih dia untuk menjadi rumah keduaku, tapi rupa-rupanya Adelle pun sama. Dah lah dia anak tunggal sebab adik dia pun dah meninggal.

Aku ada try dm dia balik, aku malu dan aku hanya berpura pura tanya “Adelle dah lama kawan dengan Alex ke”

Adelle jawab “Ya, Itu dulu. Awak kan dah jadi isteri dia sekarang. Tak apa lah sis, memang kami bukan jodoh, jodoh Alex dengan awak. Saya cuba terima slow slow walaupun memang sakit sangat saya rasa tapi nak buat macam mana kan, takdir Allah berkata lain.”

Memang selfish sangat aku ni kan. Aku dah rasa aku yang jadi penghalang antara Alex dan Adelle. Padahal Adelle ni pun, kalau banding dengan aku, dia jauh lebih baik dari aku dan matang walaupun dia muda 3 tahun dari aku.

Aku pun pernah curi curi buka phone Alex, dia ada buat satu account IG lain untuk tengok perkembangan Adelle.

Dan firasat saya, Alex confirm ada contact /call Adelle lagi walaupun Adelle tak pernah start apa apa. Tapi macan korang katakan, hati tak boleh paksa.

Aku ada utarakan nak cerai, tapi aku bertahan dulu sebab family. Sebab bila fikir balik, saya malu dah lah saya anak sulung, hantaran 20k yang ibu aku minta.

Tapi Alex pun dah mula menyalahkan saya. Dia kata, “kalau benda ni tak jadi, banyak benda penting lagi lah yang aku nak beli”

Entahlah korang, aku buntu. Ya aku sedia untuk dikecam sebab memang aku salah.

– Nur (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

4 Comments

  1. Slm.

    Dah tau lelaki a.k.a suami you tu sukakan org lain, why kacau? Why nak teruskan? Kenapalah hamak sangat nakkan lelaki yg dah ada kekasih hati?

    Tau tak sis, you buat pilihan yg sgt bahaya sbb apa, suami you masih menaruh hati pada cinta pertama dia. Dan you ambil risiko rebut lelaki tu dan jadi orang ketiga dalam hubungan suami you sebelum berkahwin dgn you.

    I just can’t imagine if one day, your husband akan nekad dan tinggalkan you saat korang bakal ada anak or dah ada anak disebabkan rasa cinta tak kesampaian tu. Lelaki is so unpredictable and harapnya husband you dpt move on dan terima takdir jodoh dgn you.

    . I harap you kuatkan jiwa hadap kerenah mendatang berkenaan suami you sbb cinta dia belum habis buat kekasih dia. And never blame bekas kekasih suami you. You main kotor dapatkan husband you. Jadi bersiap sedialah hadapi bayang2 akan datang.

  2. Benda dah lepas tak boleh diubah. Kita hanya ada masa sekarang untuk istikharah dan berbincang heart to heart dengan suami. Untuk masa depan buat yang terbaik berdasarkan petunjuk Allah bagi dan hasil sepakat awak suami isteri.

    Banyakkan doa yang Rasulullah ajar, jika perkahwinan ini baik untuk agama, dunia, akhiratku maka mudahkanlah. Jika tidak baik, jauhkanlah, bantu hambaMu ini untuk redha dan gantikan dengan yang lebih baik.

    Bagi saya, ada beberapa pilihan.
    1. Awak teruskan perkahwinan dengan mohon pertolongan Allah agar hati suami lembut, banyakkan ambil hati suami. Fokus pada baiki hubungan dengan Allah dan jadi versi lebih baik dari sebelumnya. Allah yang pegang hati manusia, minta pada Pemilik hati. Bersyukur kerana orang ketiga dalam kes awak bukan jenis penyondol. Doakan dia bertemu dengan orang baik yang dapat bahagiakan dia juga. Malaikat akan mendoakan yang sama untuk orang yang mendoakan orang lain tanpa pengetahuannya.
    2. Beri pilihan untuk bermadu jika awak kuat. Tak perlu untuk hubungi bekas kekasih sekadar hanya nak lepaskan bersalah di hati. Bagi dia masa untuk lupakan suami awak jika tiada apa yang awak nak lakukan untuk bantu dia.
    3. Berpisah jika awak tak bahagia dengan pilihan 1 atau 2.

  3. Hai sis, since sis dah sedar kesilapan sis dan sis sendiri tak bahagia. Ibu sis pun minta hantaran tinggi2 walaupun sis bukan cinta hati Alex. So kalau ada baki lagi hantaran tu, sis pulangkan ja kat Alex supaya dia tak mengungkit lain2 hari. Dan, kalau sis rasa menyesal sgt2, sis minta je cerai. Sementara masih tak ada anak. Kalau dah ada anak, susah sgt kalau ibu bapa bercerai lebih2 lg kalau anak tu masih kecil.

    Saya tahu sis sgt sayangkan Alex sbb sis kata dia lelaki yg paling balik sis pernah jumpa dan takut tak jumpa lelaki sebaik itu dah, tp percayalah sis, disebabkan cinta mmg nampak baik2 belaka, dr cerita sis, Alex tu sgt sesuai dgn Adel bukan dgn sis. Kalau sis sayangkan Alex dahulukan bahagia dia. Allah akan gantikan dgn yg lebih baik.

    So nasihat saya, lebih baik berundur sebelum semakin melarat. Abaikan kata2 family sis esp ibu sis, dia sepatutnya lebih memahami, dan dr cerita sis yg confession pertama, keluarga Alex nakkan sis sebab sis kerja government yg dah tetap. Cuba kalau lps ni sis dah tak kerja gov, adakah mereka masih suka sis jd isteri Alex lg? Nampak mcm mereka pun tak ikhlas syg sis. Nampak mcm mereka pergunakan sis. Sama jg dgn alex. Dia minta tlg sis sbb dia kenal sis. Red flag tu sis. Tolonglah sedar. Jgn terlalu angau.

    • Betul !! Macam mempergunakan je sebab Nur tu kerja gov, senang buat loan kot. Red flag sebenarnya. Cara Nur salah , tak patut dia memenangkan diri dia sebab kerja gov, tolong nenek Alex , pandai ambil hati lah sangat. Biasalah, orang orang tua cepat terpengaruh dengan title kerja gov tu. Sedangkan Adelle tu pun sikit lagi jadi cikgu, under gov jugak. Mungkin orang tua si Alex je tak menyabar suruh cepat cepat kahwin. Dari apa yang saya faham, benda ni jadi last minute. Nur tu datang rumah masa Alex tak ada di Johor, kan kerja di Kedah. Nur senyap2 datang ke rumah.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *