Aku Yang Menjanda, Isteri Dia Yang Paranoid

Assalamualikum korang, hari ini aku nak share life experience aku yang agak rare, & aku rasa worth untuk di kongsi dengan korang & beri lah pendapat masing-masing lepas ni ye.

Sedikit intro, aku seorang profesional yang ada income hakiki, dan also enterpreuner yang punyai dua tiga ofis di luar negara.

Bunyi gah tapi hidup aku biasa biasa, memandu Saga bawa anak anak ke sekolah, tinggal di daerah kecil. Aku ni bekas janda, tahun 2015 bercerai dengan bekas suami sebab dia bercinta dengan isteri orang.

Sebab isteri orang tu dah minta cerai dengan suami dia sebab nak bersama dengan ex suami aku (cliche je), maka aku pun di ceraikan.

Isu siapa jaga anak memang takde sebab awal awal dia taknak jaga anak dan bagi pada aku. But end up dia tak kawin pun dengan pompuan tu.

So tahun 2015 sampai 2017, even kami berpisah, kami baik baik aje.

Sampai lah tahun 2017, bekas suami nak kahwin baru, pun aku ok aje. Siap aku yang sign kan diorang punya HIV pre marital screening. Then satu hari tu aku dapat sms dari tunang dia..

WARNING aku jangan jumpa lagi tunang dia (ex suami aku la).. ok tu fine.. tapi tak boleh blah bila dia kata – mulai hari ini semua urusan pasal anak anak HARUS lah menerusi dia dulu.

Ok. Masa tu aku dah boleh agak dah minda dia tak boleh pakai. Kaum primitif.

So bila aku tak setuju arahan dia tu (mahkamah pun tak bagi hal hadhanah pada pihak ke tiga), after that bermula la sesi dia kutuk aku.

Lama lama aku perasan bende dia kutuk tu bukan hal anak anak atau ex suami aku dah, tapi dah jadi 100% kutuk aku.

Aku bagi contoh, dia kata gaji aku sikit so aku miskin (dia terjumpa slip gaji aku yang 15 tahun lepas dalam email ex suami aku).

Dia kata aku berasal dari daerah kecil TI so aku ni orang kampung, better mati mereput aje di kampung.

Katanya lagi kereta aku biasa biasa. Aku ni buruk, hodoh. (Dia ni orang nya free hair, rendah dan badan berisi, aku plak jenis ada anak 3 pun berat badan masih 53kg.

Ex suami aku pulak jenis tak suka pompuan gemuk.. katanya kakak kakak dia umur 50 pun masih slim).

Setiap kali bila dia wasap aku, takde bende lain dia akan cakap.. bukan hal anak pun.. tetap dia akan kata dia ada rumah 800 bijik, duit dia banyak, bisnes dia ada untung 8juta milion.

(Dia ada satu MINI spa kat PJ), dia ada hanbag GUCBI, handbag GUESHH, hanbag LOUSH VUSSON.

(ooi semua tu aku penah pakai dah now dah bosan aku selesa pakai henbeg beli di PasarayaMU saje).. dan balik balik dia cakap kat aku…

JANGAN HARAP AKU BOLEH JUMPA EX SUAMI AKU LAGI.

Tak cukup dengan tu, dia penah call bapa aku (yang takde kene mengene dgn dia, warning bapa aku suruh ajar aku supaya aku ni tak mengorat laki dia ha ha.) Kurang ajar kan.

Dow! Untuk pengetahun korang, tahun 2019 aku kawin baru dah, dengan bujang yang 10 tahun muda dari aku.

Aku bunting pelamin, now dah di kurniakan baby comel. So aku ingat bila dah kawin dia takde la dah kot nak fikir aku nak ngorat laki dia lagi.

But.. No.. No…

Baru baru ni PKP kan, so ex suami dah lama tak jumpa anak anak, kami dia kampung. So diorang pun datang ke kampung aku – tanpa di undang.

Dengan mercedes dorang yang second hand tu tiba tiba masuk ke rumah aku di kampung, dengan salam pun tak ada, jumpa anak anak lepas tu balik.

Bapa aku yang tua yang di tepi rumah tu terkebil kebil je tengok bekas menantu dia datang. Jumpa pun taknak apa lagi nak bersalam.

So pompuan tu pun stay aje dalam kereta. Aku hanya tengok dari dalam. Ingatkan hal tu habis di situ.. tak… lepas dia balik.. pompuan tu wasap aku.. dia tulis macam ni..

OH, duduk estet rupanya ye.

OH, rumah u takde gated guarded ye.

OH, rumah hulu ye.

Kau buruk la, aku ada spa, nak aku repairkan badan kau ke (time ni dia tak tahu aku ni skin specialist)
Bisnes aku untung sejuta (pdhal aku tahu bisnes dia biasa biasa)

Then dia bagi duit raya kat anak aku.. ingatkan niat baik.. rupanya bagi duit raya dalam bentuk CHEQUE company… pergh.. takkan RM100 pun nak tulis cheque yong oiii… hahahaha.

Lagi nak panaskan cerita, dia masih tak puas hati.. dia kacau pulak suami aku yang muda tu.. dia wasap… dia nak kenal kan suami aku dengan kawan kawan dia..

Katanya dia suka kalau suami aku yang sekarang ni ceraikan aku (so bila aku cerai dia nak aku balik ke suami dia ke jadi isteri kedua? Haha. Kan aku dah kata, dia ni otak primitif).

Jadi, rakan rakan pembaca sekalian, cuba bagi tahu aku, apa masalah dia ni CEMBURU kan aku, padahal aku dah kawin dah.

Sibuk sangat dengan life aku, aku ada rumah kat mana, duit aku berapa, laki aku siapa n bla bla bla. Dan aku sendiri tak pernah jumpa dia. Kesian la ex suami aku, susah sangat nak jumpa anak sebab dia ni.

But bila di fikirkan semula, ex suami aku ni orangnya hensem tapi gatal. Masa kawin dulu pun banyak kali kantoi keluar dan main dengan pompuan.

Kawan kawan dia seofis ex suami aku ni pun dulu banyak kali mengadu dia kantoi bab dating ni.

So sebab tu la agaknya wife dia skang ni macam meroyan, tapi aku yang terkena lebih sebab aku ada anak dengan ex suami aku (lupa nak cakap, dorang dah 3 tahun kawin, tapi tak ada anak).

As a medical profesional and from medical view, aku rasa dia ni dah ada diagnosis paranoid.

All in all, moral of the story, LAIN KALI JANGAN KAWIN DENGAN DUDA KALAU TAK BOLEH NAK TERIMA HAL MASA LALU DIA.

So what say you all?

– Mama K (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *