Aku Yang Mental

Aku rasa aku ada masalah mental sejak kecil tapi tak pernah kena diagnose. Tak nak self diagnose pun tapi ciri2 extreme tu ada.

Masa aku darjah 3 ada seorang cikgu ni suka raba2 tangan aku, dia selalu kata tangan aku ni gebu putih nak rasa sikit boleh tak. Aku tak berani nak tolak.

Satu hari aku dengar ustazah bagi ceramah untuk darjah 6, ustazah tu kata lelaki dan perempuan tak boleh sentuh2, nanti mengandung.

Aku pun terus takut aku mengandung sebab cikgu tu sentuh2 tangan aku dan duduk rapat dengan aku. Masa tu aku budak2 lagi, terus takut. Walaupun tak ada kena r*g*l pun = aku salah faham bab duduk rapat tu.

Satu masa tu aku nampak cikgu tu turun tangga, aku tolak cikgu tu. Cikgu tu jatuh tergolek2 sampai bawah dan tak sedarkan diri.

Aku berlari ke tingkat 4 bangunan sekolah, aku nak bunuh diri. Aku pendek tak sampai nak panjat, masa aku nak cari kerusi ada sorang budak lelaki tu ajak aku makan aiskrim free, dia kata pakcik eskem depan sekolah bagi free. Aku pun ikut dia.

Lepas makan aiskrim tu ayah aku sampai. Aku pun balik.

Esok tu cikgu kelas aku bagitahu cikgu yang aku tolak tu cuti sebulan. Sampai hari ni kot tak ada siapa tahu aku yang tolak dia.

Oh ya, budak lelaki yang ajak aku makan aiskrim tu aku namakan dia K. Dah lama aku kenal K tapi tak pernah ambil perduli pasal dia sampai la kejadian tu.

K dengan aku selalu balik paling lambat di sekolah sebab mak ayah kami berkerja. Sekolah habis dalam 12 tapi kami menunggu di kantin sampai asar untuk dijemput. Sekolah rendah.

Satu hari tak tahu macam mana, tiba2 mak ayah aku dengan K sepakat untuk saling tumpangkan anak masing2. Sebulan ayah aku pickup aku dengan K dan bulan depan ayah K pula. Habis sekolah, K balik rumah aku sambil nak tunggu ayah dia jemput.

Beberapa bulan lepas tu, mak aku kata duit selalu hilang sejak K menumpang rumah ni. Mak aku pesan kat ayah, kalau budak K tu datang, suruh dia tunggu luar rumah je, tak payah jemput masuk, bukannya lama nak tunggu ayahnya datang.

Aku tak tahu kenapa, tiba2 rasa panas hati dengar ayat mak aku. Aku cakap dalam hati, sampai hati mak tuduh K mencuri lepastu tak bagi dia masuk rumah, tanpa K aku mungkin dah dalam kubur kot.

Hari cuti, aku ambil pisau, aku toreh tayar moto mak aku. Aku tak ingat dalam mana aku buat. Aku tahu mak aku akan guna moto tu ke ladang waktu pagi hari cuti. Aku senyap2 berharap mak aku accident.

Waktu zohor, ayah aku dah resah biasanya mak aku balik sebelum zohor. Aku bagitahu ayah aku, mak kata balik lambat sikit dan akan terus ke surau waktu zohor (aku tipu). Sampai asar mak aku tak balik lagi.

Waktu isyak orang kampung jumpa mak aku dah meninggal dalam lubang. Moto tertindih mak dan muka muka masuk dalam lopak air dalam lubang tu. Lemas.

Yang pelik, aku tak sedih pun tapi aku happy sebab K boleh masuk rumah kitaorang macam biasa.

Aku macam obses dengan K, slow2 aku pisahkan K dengan kawan2 dia. Aku tulis surat lawan palsu, aku curi barang K lepas tu tuduh kawan lain dan banyak lagi. Akhirnya K kawan dengan aku sorang je.

Aku dengan K kawan sampai sekolah menengah sama, matrikulasi sama, dan universiti sama.

Lepas degree, K dapat tajaan penuh buat master kat oversea. K suruh aku checkkan keputusan interview tu dan bagitahu dia, aku cakap tak berjaya & diam2 aku tekan “reject offer”. K terus move on dan tak ada double check atau buat rayuan apa pun. Selamat aku.

Masa intern, ada sorang makcik cleaner ni suka simbah air untuk cuci toilet masa ada orang dalam toilet. Boleh je rasanya tunggu orang keluar. Kami yang masuk dulu, bukannya kami masuk masa dia mencuci.

Satu hari aku masukkan rantai emas korea aku dalam trolly cleaning makcik tu. Aku buat2 menjerit menangis rantai emas 916 aku hilang kat toilet. Aku kata aku buka kejap rantai tu sebab rambut aku tersangkut dekat rantai tu dan aku lupa ambil semula.

Lepas boss check cctv, aku, sorang lagi staf perempuan dan makcik cleaner je yang keluar masuk toilet. Lepas check locker dan tempat duduk staf perempuan tu, kami menuju ke trolly makcik cleaner tu. Faham2 je la apa jadi. Dia kena buang kerja. Senang hati aku.

Lepas intern, aku dengan K sama2 kerja di tengah2 KL. Umur masuk 25 tahun, aku ajak K kahwin, dia pun ok je. Senang kan huhu.

Sebelum kahwin, ada boss aku ni menggatal dengan aku. Dia kata kalau nak cuti panjang untuk kahwin kena ikut dia pergi “outstation”. Aku tahu dia ada anak baya2 aku.

Aku pm anak dia dekat IG & kata ayah dia ni menggatal dengan aku. Aku bagi anak perempuan dia tu login IG aku dan chat direct dengan ayah dia.

Si ayah hantar gambar ****, terus anak perempuan dia bagitahu mak dia (isteri boss). Beberapa hari lepas tu boss aku cuti tanpa gaji. Cuti aku diluluskan oleh boss besar.

Aku sebar chat tu dan pura2 menangis meraung yang aku mangsa keadaan. Boss besar bagi aku cuti 3 bulan bergaji hadiah aku kahwin dengan syarat aku tak report polis. Nanti nama syarikat naik. Aku ok je. Syiok cuti huhu. Habis 3 bulan cuti, aku berhenti kerja notis 24 jam.

Lepas kahwin tu aku cakap dekat K, kalau dia curang aku potong **** dia, dia ingat aku gurau kot, dia gelak dan aku pun senyum. Dia tak kenal aku betul2, tapi aku akan buat kalau dia curang.

Aku rasa aku gila (maybe) tapi aku tak berani nak dapatkan diagnosis sebetulnya sebab takut kantoi apa yang aku buat masa darjah 3 tu.

Dalam kepala aku, kalau orang tu buat salah dengan aku, aku terus fikir nak tikam2 orang tu. Aku baik je cuma jangan buat hal dengan aku je.

– Izzah (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

4 Comments

  1. Ko memang gila dik..seram makcik baca, paling sedih bila ko aniaya mak ko sampai meninggal dibuat nya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *