Aku Yang Merana

Assalamualaikum. Terima kasih admin sudi siarkan. Cerita ni sekadar perkongsian. Dengan harapan dapat meringankan penderitaan saya sekarang dengan meluahkan. Di sini saya ringkaskan.

2017

Merupakan satu tahun yang aku betul-betul ingin lupakan dalam hidup aku. Kesengsaraan aku bermula tahun lepas. Kebahagian keluarga aku hancur dan aku dibebani hutang orang.

PENGENALAN

Aku mempunyai 5 orang adik beradik, aku boleh dikatakan mempunyai sebuah keluarga yang bahagia. Walaupun ayah cuma bekerja kampung biasa tapi hidup kami bahagia, alhamdulillah kami 5 beradik dapat melanjutkan pelajaran ke ipta dan boleh dikatakan ayah dan ibu bahagia dengan pencapaian hidup kami walaupun aku sendiri sekarang hanyalah pekerja biasa di sebuah syarikat swasta tapi ayah dan ibu tetap bangga tetapi semuanya telah berahir sekarang. Semuanya telah hilang. Hilang.

LANGIT TAK SELALUNYA CERAH

Kisah sedih hidup aku bermula bila awal tahun lepas ibu mula mengadu yang ayah kerapkali bercakap telefon di bilik air seperti ada rahsia yang ingin disembunyikan, kadangkala berlaku pertengkaran antara ibu dan ayah disebabkan orang ketiga. Pada mulanya kami semua tidak percaya dengan cerita ibu kerana kami kenal ayah kami, kalau betul ayah nak curang kenapa mesti sekarang. Sudah lama perkahwinan ayah dan ibu mengapa mesti sekarang.

SIHIR

Itulah punca pergaduhan ibu dan ayah. Dulu aku xpercayakan sihir. Tapi lepas ape yang terjadi aku sendiri nampak ayah tergila-gilakan perempuan lain. Ibu merana. Ye. Ibu tersangat merana dengan perubahan ayah, kata-kata ayah. Ayah berubah 100%. Hidup ayah cuma dengan telefon. Setiap hari pagi petang siang malam. Ayah sudah termakan sihir perempuan jahat. Perempuan itu isteri orang. Sudah tua bangka. Muka pun berkedut.

Kalau nak dibandingkan dengan ibu, ibu jauh lagi cantik. Kerana perempuan itu. Habis duit simpanan ayah. Habis dikikisnya ayah. Aku adik beradik cukup terkesan dengan hal ini. Habis duit ibu ke sana ke mari untuk ubatkan ayah. Ibu cuba ikhtiar tapi sememangnya allah swt tempat utama ibu mengadu dan meminta pertolongan.

EMOSI

Aku betul betul tertekan dan merana. Ye, aku sangat merana kerana aku tidak boleh ceritakan hal ayah dan ibuku pada sesiapa termasuk kawan baikku. Baik buruk ayahku biarlah kami adik beradik je yang tau.

LELAKI JAHAT – KJ

October 2017, aku telah mengenali seorang lelakin yang tinggal di kajang. Biarlah aku ringkaskan namanya sebagai KJ. Perkenalan singkat dengan lelaki ini telah menghancurkan lagi perasaan aku, hati aku dan duit aku. Lelaki ini aku jadikan tempat mengadu permasalahan keluarga aku. Aku sangkakan dengan berkongsi rasa dengan orang yang baru aku kenal akan buatkan hati aku lebih tenang kerana aku ada tempat untuk meluah selain adik beradik. Tapi, harapkan pagar, pagar makan padi.

Lelaki itu telah mengambil peluang untuk memperdaya aku. Dia cuma mahukan duit. Duit adalah segala-galanya bagi dia. Dia tidak kisah betapa sengsaranya aku waktu itu. Yang dia tau duit semata-mata. Aku diperdaya. Aku telah diperdaya sehingga aku membuat loan sebanyak 18k di sebuah bank. Ye aku dianiaya!!!

Setelah aku sedar aku diperbodohklan dan ditipu, aku mebuat laporan polis tapi sehingga sekarang lelaki itu masih bebas. Dan aku terpaksa menanggung hutang bank selama 5 tahun. Ya allah, kenapa aku begitu bodoh. Kerana tertekan aku sudah tidak berfikir waras sanggup membuat loan untuk lelaki yang baru aku kenali.

NOVEMBER 2018

Hampir 4 bulan ibu dan ayah telah bercerai. Ayah duduk rumah di kampung. Ibu pula sekarang menetap dengan kakak. Tapi aku berniat untuk membeli sebuah rumah untuk tinggal dengan ibu. Tapi apakan daya hutang bank sekarang benar2 menambah komitmen hidup aku. Ya allah, kadang2 aku terlalu down, aku kesal kenapa masih ada manusia tamak yang sanggup aniaya hidup orang yang dalam kesusahan.

Kepada perempuan puaka

Bahagiakah hidup kamu dengan meruntuhkan kebahagiaan orang. Aku harap ayah akan sedar dan berbaik balik dengan ibu walaupun aku tau hati ibu telah hancur.

KEPADA KJ

Kenyangkah perut kamu dengan menganiaya hidup aku? Kamu bukan sahaja mengambil hak aku. Tetapi hak ibuku. Sesungguh aku tidak menghalalkan walau satu sen pun duit aku yg kamu tipu.
Tenangkah hidup kamu wahai lelaki penipu???

Kepada pembaca sekalian, ambil la kisah aku sebagai ikhtibar. Jangan sesal di kemudian hari seperti aku sekarang. Jangan kerana emosi, kita sampai tidak berfikir secara rasional tentang tindakan yang kita buat. Ye aku kesal dan merana dengan kebdohan aku. Aku merana menanggung hutang. Tp nasi telah jadi bubur. Aku anggap ini ujian untuk aku walaupun perit.

Kepada pembaca sekalian tolong doakanlah untuk ayah dan ibuku. Buruk baik ayah dan ibuku. Aku tetap sayang mereka dunia akhirat. Dan tolong doakan allah bukakan hati KJ untuk bayar duit aku.

– zaza

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *