Bila terbaca pasal delulu, aku mengaku aku sendiri tergolong dalam golongan itu. Sehingga waktu menulis ini tapi aku masih lagi menipu semuanya.
Mesti ramai tertanya kenapa nak jadi delulu. Kalau aku, aku mengaku aku nakkan perhatian. Di puji dimana-mana walaupun hanya takat dalam fb sahaja pun dah memadai.
Aku create akaun menjadi diri orang lain. Aku gambarkan diri aku cantik, kurus, selalu bersenam, rajin pergi gym dan sebagainya.
Sudahlah cantik, kerja bagus walaupun ianya ternyata bohong belaka. Kehidupan yang indah belaka.
Feel dia lain ye bila orang ramai puji walaupun di alam nyata, aku berbeza sama sekali.
Aku mengaku dekat dunia luar aku tiada kawan. Tak pandai bergaya, fashion tak kena dengan aku mungkin kerana badan aku yang agak berisi sedikit.
Sekarang aku rapat dengan seorang lelaki. Dia kacak, memenuhi ciri-ciri lelaki idaman aku dan dia sentiasa ada memberi aku semangat.
Apa yang aku risaukan, dia banyak kali ajak jumpa. Macam mana kalau dia tahu aku bukan seperti dia harapkan. Dia selalu puji aku cantik, kurus, memang ciri-ciri wanita idaman dia.
Kepada pembaca, macam mana nak kurus cepat. Tolong. Aku runsing ni.
Untuk maklumat para pembaca, berat aku 93kg tapi aku tipu cakap berat aku 56kg. Tak banyak sangat beza pun kan.
– Azah Samad (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit
Ni rage bait, jangan terpedaya. ahh, aku dah komen dan termakan rage bait.