Bila aku baca confession ni, https://iiumc.com/abang-rindukan-as/
Aku terpanggil untuk menulis kisahku kerana aku juga alami rasa rindu pada seseorang yang pernah aku sakiti.
Masa zaman bujang dulu, aku pernah bertunang dengan seseorang, biar aku namakan A. Kami dari satu daerah yang sama. Orangnya memang cantik, berkulit cerah, rambut panjang melepasi bahu, lemah lembut. Kira dia ni jadi pujaan ramai lah masa tu.
Lepas 6 bulan bertunang, aku dapat panggilan kerja dengan satu badan beruniform. Aku kena jalani latihan selama setahun.
Mulanya berat hati nak tinggalkan pujaan hati sebab kami akan berjauhan beratus-beratus kilometer, tapi demi masa depan aku gagahkan juga.
Zaman awal 90an dulu manalah ada handphone macam budak-budak sekarang. Public phone kat pusat latihan pun bukan banyak. Jauh pulak tu. Dengan jadual yang padat, penat, memang jarang sangat aku menelefon. Surat lah jadi penghubung kami.
Memang aku rajin tulis surat masa tu. Seminggu 2x aku utuskan. Kadang-kadang sampai 3-4 mukasurat aku tulis. Biasalah bekas budak sastera kan. Haha. Dia pun tak pernah tak balas surat aku.
Rindu sangat pada dia. Kadang-kadang rasa nak berhenti saja latihan, nak balik kampung nak terus nikah saja dengan tunang aku ni. Takut kalau dia syok kat orang lain.
Tapi itu semua tak lama. Bila pelatih dah dibenarkan outing 2 minggu sekali, masa ni lah setia aku diuji. Aku mula rapat dengan B, salah seorang pelatih wanita di pusat latihan yang sama. Waktu outing ni memang kami keluar berkumpulan.
Selalunya kami berenam. Yang empat orang tu memang start couple bila masuk kem latihan. Aku dengan B saja tak. Tapi bila dah kerap bertemu dalam kelas, dapat pulak outing 2 minggu sekali, hubungan kami makin rapat. Aku makin lupa status aku.
Malahan hubungan aku dengan B terlebih mesra. Kalah dengan tunang aku sendiri. Satu yang aku puji pasal tunang aku ni, walaupun dia tak bertudung dan pandai bergaya moden tapi dia cukup jaga batas pergaulan kami.
Dengan B, aku lalui pengalaman baru. Saat Inilah aku benar-benar lupa pada tunang aku. Tapi dia tetap utus surat seperti biasa. Bertanya kabar dan pesan yang baik-baik selalu.
Pernah ketika dibenarkan balik bercuti selama 2 minggu ke kampung, aku hanya jumpa tunang aku sekali saja.
Aku tahu dia sedih. Aku jarang telefon dia. Aku lebih habiskan masa bergayut dengan B. Family aku pulak masa tu ingat aku bergayut dengan A jadi diorang tak syak apa-apa. Jadi kecurangan aku masih kekal rahsia.
Hubungan dingin aku dengan tunang berterusan sehingga aku tamat latihan. Aku dan B pula terpisah oleh jabatan tapi kami tetap teruskan hubungan.
Tapi sayang, tak sampai dua bulan mulakan perkhidmatan, B bertemu cinta baru dan tanpa rasa bersalah putuskan hubungan kami.
Masa ni lah aku kembali berhubung dengan tunang aku. Aku minta maaf dan tipu, kononnya selama ni, aku penat, stress dalam kem sebab tu aku dingin dengan dia. Dia percaya dan tetap sayangkan aku.
Tapi sayang, kebaikan dia aku balas sekali lagi dengan kecurangan. Aku bertemu pula dengan C.
Sekali lagi aku hanyut. Kali ni lebih jauh. Dan kerana C jugak lah aku nekad putuskan pertunangan aku dengan A. Keluarga aku betul-betul marah masa tu. Tapi aku nekad. Aku dah tawar hati pada A.
2 tahun lebih kami bertunang dan aku putuskan begitu sahaja, A masih kelihatan tenang.
Malam tu bila aku telefon dia buat kali terakhir, dia tanya aku, apa salah dia dan mohon maaf kalau dia ada lukakan hati aku. Allah. Aku yang salah tapi dia pula yang minta maaf.
Dia tanya aku apa punca aku putuskan pertunangan. Adakah aku ada perempuan lain? Apa kelebihan perempuan tu berbanding dia?
Berkali-kali dia mohon aku fikirkan semula tentang hubungan kami.
Dia tak nak putus dan ayat yang paling aku tak boleh lupa sampai sekarang,
“Abang, A tak pernah sayang orang lain macam A sayang abang. A nak hidup dan tua sama-sama dengan abang. Hubungan kita genting macam dulu pun A boleh terima. Tapi A tak mampu terima kalau abang nak pergi terus dari A. A sayang abang”
Sumpah masa tu aku sedih sangat tapi aku pun tak tahu kenapa aku bodoh sangat masa tu.
Aku cuma cakap hati aku dah jadi milk orang lain. Akhirnya dia akur dengan keputusan aku. Sempat dia doakan aku bahagia.
Lepas putus tunang dengan A, perangai aku makin menjadi-jadi. Dalam bercinta dengan C, aku turut jalinkan hubungan dengan D. Bosan dengan C, aku tinggalkan dia tanpa rasa bersalah. Dan sejak tu aku cepat bosan dengan sesuatu hubungan.
Aku macam tak ada hala tuju bila jalinkan hubungan dengan mana-mana perempuan. Family pulak jauh kat kampung. Aku sendirian kat bandar besar ni. Aku rasa macam budak jahat pun ada.
Sampailah satu ketika, aku kemalangan. Keadaan aku agak parah. Hampir sebulan aku di hospital. Mujur tuhan tak ambik nyawa aku masa tu.
Dalam hospital, aku macam diberi kesedaran tentang dosa yang aku buat selama ni. Ketika inilah aku teringatkan A. Tiba-tiba aku jadi rindu yang teramat pada dia. Sumpah. Aku rindu sangat.
Bila keluar hospital, aku dapat cuti panjang kerana keadaan fizikal aku tidak cukup fit untuk bertugas. Aku balik berehat di kampung. Ada satu hari tu aku tanya mak ayah aku, A dah kahwin ke?
Mak ayah aku langsung tak jawab. Aku tahu diorang masih marah sebab aku putuskan pertunangan tu. Almaklum mak ayah aku memang sayang A. Last-last ayah cakap, kalau nak tahu telefonlah dia sendiri. Tanya.
Sebab terlalu rindukan A, aku beranikan juga diri mendail no telefon rumah A. Mujur masih ada talian dan kebetulan A yang menjawab. Bayangkan hampir 2 tahun kami putus, dia masih cam suara aku.
“Abang?” Allah rindunya aku dengan suara tu. Lama kami berbual. Dan aku bersyukur dia belum ada kekasih baru.
Aku ajak dia keluar keesokan harinya. Dia setuju. Kami berjumpa di KFC. Dia masih seperti yang aku kenali dulu. Masih cantik. Masih lembut. Cuma rambut dia dah agak pendek. Hanya separas bahu. Dilepaskan begitu.
Allah cantiknya dia. Perasaan aku berdebar-debar macam pertama kali aku jumpa dia. Aku benar-benar jatuh cinta semula. Dan dia, tetap tenang seperti dahulu.
Tanpa rasa malu, aku benar-benar mohon maaf dari dia. Aku luahkan rasa rindu dan aku ingin kembali menjalin hubungan. Lama dia pandang aku. Dia dah berani sekarang.
Dulu kalau aku pandang dia lama-lama, dia akan pandang tempat lain dan suruh aku berhenti pandang dia macam tu.
Tapi aku kecewa sangat bila dia cakap,
“Abang, A tak pernah lupakan abang. A tak pernah sayang sesiapa macam A sayang abang. Tapi A tak sanggup rasa sakit lagi kalau abang jatuh cinta pada perempuan lain. A tak nak rasa tu lagi bang. Susah A nak dapat kekuatan untuk lupakan abang. A sakit bang”
Airmata dia laju bila dia luahkan macam tu. Aku rasa macam nak peluk saja dia tapi A bukan macam perempuan-perempuan yang aku kenali selepas dia. Senang untuk disentuh.
Dulu aku pernah tanya A, kenapa sebagai tunang dia tak layan aku macam tunang dia (sebab member-member di kem dulu pernah suruh aku tanya A soalan ni sebab diorang memang bebas bergaul dengan kekasih apatah lagi kalau dah bertunang)
A tenang saja jawab,
“A nak simpan semua tu untuk abang selepas kita nikah supaya ia akan jadi kenangan paling indah dalam hidup kita”
Bila aku beritahu member-member aku jawapan A, semua pakat gelak. Nampak macam aku dengan A kolot sangat masa tu.
Tapi semakin lama, lagi-lagi bila aku dah nikah, aku faham maksud A.
Dan itulah pertemuan terakhir aku dengan A. Bagaimana dia akur dengan keputusan aku dulu, dia jugak minta aku terima keputusan dia masa tu. Dia suruh aku berubah, kembali baik seperti mula-mula dia kenal aku dan jangan lukakan hati perempuan lain.
Aku betul-betul rasa sakit dan kecewa masa tu. Mungkin tuhan nak tunjuk bagaimana perasaan A bila aku menarik diri dahulu. A memang gadis yang baik. Aku saja yang bodoh tinggalkan dia.
Sejak pertemuan tu, aku muhasabah diri dan tinggalkan sikap yang tidak baik, sampailah aku bertemu dengan isteri aku sekarang. Sekarang aku dah punya dua pasang cahaya mata.
Tahun 2009, aku berjumpa A semula di facebook. Dia dah bertudung. Semakin cantik dan menawan. Aku tahu dia bahagia dengan kehidupan dia. Dia sememangnya layak untuk menjadi insan yang paling bahagia.
Aku juga bahagia cuma sesekali datang juga rasa bersalah dan perasan rindu dan kasih aku pada A yang sebenarnya tidak pernah padam sejak pertemuan terakhir kami.
Buat lelaki kat luar sana, tolong jangan jadi macam aku! Kesan dia akan kau rasa sepanjang hidup kau!
– Harriz (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit