Aku Yang Ragu-Ragu

Hi semua, harap korang semua sihat. Terima kasih ya admin kalau saya punya confession ni di publish.

Saya Lisa, bujang, mid 20s, seorang yang bekerjaya, ada rupa dan pandai bergaya orang cakap.

Saya rancang nak berkahwin sebelum 2023, dengan siapa saya pun tak pastu. Tapi mestilah dengan jodoh saya, hehe. Tak tahu nak mula macam mana.

Untuk saya mencari pasangan ianya tidaklah susah, tapi untuk mencari pasangan yang ngam sekepala dengan saya tu sejujurnya agak susah.

Sebelum ni saya pernah bercinta 6 tahun dengan ex. Punca putus mungkin salah saya jugak sebab masa tu saya sibuk siapkan assignment dan projek untuk final year, masa tu kami jarang jumpa, text dan call.

Mungkin ex saya bosan sampai cari orang lain. Sampai sekarang ex saya masih mencari cari saya, katanya belum jumpa lagi yang sama macam saya,

Kalau boleh diputarkan masa dia tak nak curang. Tapi dah terlambat, saya hanya mampu doakan yang terbaik untuk dia saja.

Untuk patah balik dekat ex? Tidak sama sekali, hati saya dah mati. Sangat sakit dikecewakan sebab dia lelaki pertama dengan saya.

Mungkin dah tertulis jodoh sampai situ saja tapi alhamdulillah, walaupun saya frust teruk masa tu saya bersyukur Allah gantikan dan datangkan perkara perkara yang baik untuk saya.

Saya seorang yang menjaga batas dan tak ramai kawan lelaki sebab saya agak pemalu.

Selepas putus dengan ex, ramai lelaki cuba datang dekat dan ingin berkawan tapi saya memilih tak melayan melainkan kalau saya kenal. Itu pun borak biasa saja. Saya tak nak bagi harapan.

Takut pun ya, tak berani. Saya ambil masa setahun untuk move on. Saya banyak perbaiki diri, dekatkan diri dengan Allah.

Alhamdulillah, saya jadi better version of myself dari sebelum ni dan moga saya sentiasa istiqomah ke arah kebaikan. Selepas dah puas move on, saya cuba untuk buka hati saya.

Sejujurnya saya agak memilih dan sangat berhati hati. Pada pertengahan tahun ni, saya ada berkenalan dengan seorang lelaki.

Saya gelarkan diri dia R, berusia 30 tahun, engineer, seorang yang ada basic agama dan patuh. Boleh lah orang cakap.

Kitaorang masih berkawan sampai sekarang, pagi petang siang malam tak pernah missed contact haha. Macam bercinta orang cakap. Dia adalah lelaki kedua yang datang dalam hidup saya selepas ex saya.

Kami ada merancang nak berkahwin tahun depan sebab dua dua serius ke arah itu. InshaAllah kalau Allah permudahkan, parents masing masing akan jumpa dalam masa terdekat.

Walaupun R okay dan seorang yang baik, tapi ada satu saja perkara yang saya tak suka dengan R.

Dia ramai kawan perempuan, setiap kali dia post gambar atau story mesti ramai perempuan yang reply dan comment. Semua perempuan tu macam flirting dengan dia. Mungkin semua tu kawan kawan dia sebelum dia kenal dengan saya.

Ya saya akui yang saya cemburu. Saya pernah bagitahu dia yang saya nak bakal suami yang setia. Senang cerita sekufu macam saya.

Saya pernah bagitahu R yang saya tak suka lelaki yang suka melayan, tapi R banyak kali yakinkan saya yang dia tak melayan dan selalu cakap kita jadilah baik sama sama.

Dia nak jadikan saya wife, saya ya kan saja dan taknak berharap lebih lebih sangat. Bagi saya, selagi belum kahwin sebagai perempuan buatlah biasa biasa saja terlalu beria.

Ciri ciri perempuan yang R nak pun lebih kurang macam ciri ciri lelaki yang saya nak.

Saya tahu saya tak sempurna, tapi saya sangat menjaga pergaulan bila dengan lelaki.

Walaupun ramai yang cakap saya ada rupa dan ada ciri ciri wife material, tapi saya selalu dilabel sombong oleh ramai lelaki sebab saya tak melayan diorang.

Saya cuma tak berani. Di side saya, ramai juga lelaki yang reply story dan comment flirting tapi saya tak reply dan R tahu semua tu.

Tapi di side R, bila saya ternampak reply dan comment dari semua perempuan tu, tiba tiba saya jadi down.

Saya macam ragu ragu pulak sekarang sama ada nak teruskan hubungan ni atau tak. Saya sangat menjaga semua tu, dan saya rasa saya layak dapat yang sama macam saya. Atau mungkin tidak?

Yang setia yang menjaga pergaulan. Bukan ke jodoh tu mencerminkan diri kita?

Berlebihan ke saya expect macam tu? Sejujurnya dia ada ciri ciri bakal suami yang saya cari. Tapi cuma satu saja masalahnya, R ramai kawan perempuan. Mungkin R pun ada melayan. Entahlah.

Saya banyak buat istkhirah minta Allah berikan petunjuk hubungan ni, tapi semua jawapan tu macam positive dan saya rasa tenang.

Setiap kali selepas buat istikharah tu seolah olah macam ada yang bercakap dengan hati saya “alah jangan risau dia tak melayan,” “semua perempuan tu dia kenal sebelum jumpa dengan kau” hati saya banyak terdetik macamni.

Saya buntu, apakah maksud ni? Bantu saya. Saya takut tersilap langkah. Mungkin jawapan korang semua boleh jadi jawapan untuk istikharah saya.

– Lisa (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *