Aku Yang Si4l

Assalamualaikum, aku Si Hitam, dan tentulah nama samaran.

Sebenarnya hati ni berbelah bagi untuk menulis disini, dan banyak juga kisah yang ingin ditulis sekadar luahan hati. Tapi aku kali ini aku rasa ini yang paling menyakitkan bagi aku, bagi orang lain aku tak tahu.

Maaf kalau kisah ini dirasakan biasa atau hal kecil tapi entahlah.

Baik, sedikit pengenalan diri. Aku Si Hitam, perempuan akhir 20-an, baru saja dua tahun berkahwin. Suamiku Si Putih, umur awal 30an.

Aku bekerja biasa-biasa saja, gaji anggaran dalam 2.5k macam tu dan suamiku dalam 3.5k.

Kami tinggal dikawasan bandar, cukuplah aku katakan dengan gaji sebegitu kami boleh survive,

Walaupun bagi suami aku semua tu tak cukup, walhal aku bukanlah jenis high maintenance, tiada skincare, baju baru beli setahun sekali itupun baju raya je.

Alhamdulillah. Aku juga bukan jenis suka perhiasan emas, adapun aku tak pakai, rimas aku rasa.

Okay, berbalik pada tajuk, tak tahu mana nak dimulakan tetapi suami aku ini jenis suka mencarut. Silap kecil sikit b*d*h b4b1 s14l cepat saja keluar dari mulutnya.

Aku juga sudah beberapa kali kena hamun kata-kata kesat macam tu. Takpe aku diamkan je.

Baru-baru ni kami ada melawat saudara aku yang jauh, aku namakan mereka pasangan Si Biru, dalam lingkungan awal 40-an.

Mereka sangat baik, dua-dua bekerja sektor swasta dan boleh dikatakan sebelum ini hidup susah tapi baru-baru ini rezeki mencurah-curah selepas buat bisnes time pkp dan masin maintain.

Suami aku ada juga menyuruh aku ikut jejak langkah saudara aku Si Biru ini, katanya, ‘mana tau rezeki tersepak dapat 5k sebulan paling kurang pun dah okay. Katanya dia boleh modalkan’.

Aku tak bersetuju sebab keadaan kerja aku tak mengizinkan, aku kerja dari 7 pagi balik 7 malam, kadang-kadang suami aku jemput sangat lah lambat..

Banyak kali juga dia jemput dalam jam 9.. Dua jam tunggu, aku pernah merajuk tapi aku kena maki katanya kerjanya lagi stress dan jauh terpaksa hadap jemm.

Ok aku faham, aku terima dan tak pernah marah atau merajuk dah lepas tu.

Tapi pointnya, macam mana aku nak sesuaikan masa untuk buat bisnes seperti sibiru yang dua-dua pencen duduk dirumah, balik kerja pun aku masak lagi, basuh baju jemur baju..

Sebelum ni aku pergi kerja sendiri, naik motor tapi lepas kahwin suami aku tak benarkan, nak ambil grab katanya membazir, baik bagi duit minyak pada dia. Jadi sabar jelah aku pun.

Sejurus pulang dari rumah saudara aku sibiru tu, suami aku suarakan dengan sinis,

“Tengok diorang tu senang je boleh buat bisnes sama-sama, packing sama-sama bergurau sama-sama. Tapi time kita macam susah je, tulah dapat bini kepala batu tak nak terima pendapat orang.”

Aku diam sebab dah biasa gaduh aku tahu kalau aku menjawab memang jadi lain, barannya lain macam walaupun belum naik tangan.

Tapi dia sambung lagi, ‘susah kalau jenis sial macam ni, anak beranak semua sial’.

Ya Allah, luruh jantung aku, dah banyak kali aku terima maki macam ni, akulah b4b1 akulah b*d*h tapi sekalipun aku tak pernah cakap macam tu pada dia.

Masa tu aku terus tak fikir panjang terkeluar suara hati aku, ‘ya siapa suruh kahwin dengan orang sial, tengoklah laki Si Biru tu macam mana laki aku macam mana’. Time tu memang ber aku kau je.

Btw hujah aku memang betul, aku walaupun tak warak, solatku alhamdulillah cukup manakala suami aku solatnya ya Allah cukup susah, aku tak hairan kalau rezekinya sempit,

Tapi alhamdulillah nafkah aku dibagi walau cuma 200 @ 300 aku syukur tak pernah minta lebih sebab aku faham.

Suami aku boleh kata solatnya sangat jarang, kadang tak solat langsung. Aku pernah tegur tapi kena maki katanya macamlah dia tu bodoh sangat.

Aku tak cakap tapi dia yang cakap ya. Yang Si Biru suami isteri ni pula memang aku tak hairan rezekinya melimpah ruah, mereka tak pernah berkira, rajin sedekah walau dulu pernah menganggur susah, solat tahajjud dhuha dan quran pun tak tinggal.

Memanglah rezeki masing-masing, kalau kata tak solat ni punca rezeki tak masuk, tak adanya elon musk yang bukan islam tu kaya, ramai diluar sana tak solat tapi rezeki mashaAllah tak pernah putus. Tu rezeki dunia masing-masing.

Point aku pada suami aku, kenapa dia perlu sialkan aku dan salahkan aku dalam semua hal (banyak kisah dia salahkan sebenarnya tapi malas nak cerita, hold dulu) dan bandingkan kehidupan kami dengan orang lain tanpa melihat diri sendiri.

Suami aku punya baran ni kadang-kadang mak dia sendiri pun dia boleh tengking macam tu je. Silapnya mak dia pun jenis takpe je ok kan je anak tengking mak ke apa sedangkan bagi aku tu dah kurang ajar.

Tapi aku tak pernah masuk campur urusan keluarga suami aku, cukuplah urusan aku sendiri pun tak terurus. Hahahaa..

Macam banyak melalut je kan kisah aku ni, kadang-kadang aku rasa macam tak boleh ‘go’ dah hidup dengan suami aku ni.

Tak pernah seumur hidup aku sebelum kahwin ni aku dengar orang mencarut macam tu kat aku, lepas kahwin ni macam-macam carutan dah aku dengar.

Ke benda tu biasa je? Atau aku terlebih sensitif sebab faktor mengandung? Tapi entahlah, aku stress dah lama sebenarnya.

Ok lah, setakat tu je dulu, maaf kalau kisah aku ni buat pening. Hmm..

Terima kasih.

– Si Hitam (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *