Aku Yang Sakit

Assalamualaikum. Pertama sekali aku minta maaf kalau confession ni membosankan atau membuatkan korang triggered.

Confession ni sangat panjang dan bosan, tentang kisah rumahtangga aku dan aku yang d3pr3ssed. Maafkan aku, aku sangat2 sedih sekarang dan aku tak ada tempat nak meluah perasaan.

Biar aku kenalkan diri aku sebagai “Dilla” (Bukan nama sebenar). Aku berumur 30-an, sudah berkahwin dan ada 2 orang anak. Aku ada Degree, pernah bekerja tapi berhenti kerja dan sekarang bergelar suri rumah.

Confession yang bakal aku ceritakan ni berkisar tentang diri aku sebagai seorang Isteri dan juga menantu, yang disahkan mengalami “Chronic D3pr3ssion” atau dalam istilah medicalnya “Dysthymia” ketika dalam tempoh perkahwinan aku sekarang.

Secara ringkasnya, kata doktor penyakit “Dysthymia” yang aku alami ni adalah berpunca daripada “trauma” kisah silam atau Major D3pr3ssive Disorder (MDD) lalu yang tak dirawat.

Segalanya bermula bila aku berkahwin dengan “M”. “M” seorang lelaki dan anak yang sangat baik dan taat pada kedua ibubapa dia.

Seorang yang sangat penyabar, sangat menjaga tutur kata (tak pernah sekali pun aku dengar M meninggi suara atau keluarkan kata2 yang tak elok pada sesiapa pun termasuk aku dan anak-anak). Keluarga mentua aku boleh kata daripada keluarga yang baik2, jaga agama, dan berada.

Daripada awal aku kahwin, aku perasan yang mentua aku kerap mengatur rumahtangga kami.

Sebagai contoh pada hujung minggu mentua aku awal2 lagi sudah daftarkan kami untuk ke program2 motivasi atau ceramah, daftarkan aku dan M untuk program usrah mingguan (kumpulan tertentu) yang terletak lebih hampir puluhan kilometer jauh daripada rumah & waktu malam selepas balik kerja.

Pernah suami balik daripada usrah hampir pukul 1.30 pagi sebab handphone habis bateri dan dia sesat jalan.

Dah la esok pagi nak pergi kerja pula (aku tahu korang mungkin akan kata bagus la. Tapi percayalah kalau korang jadi kami, korang pun akan penat), kalau takda apa2 program hujung minggu tu, mentua akan ajak balik kampung.

Sampaikan aku perasan bila aku sebut tentang nak balik kampung aku saja, muka ibu mentua aku akan berubah. Seolah olah macam terasa hati. Padahal aku masih lagi ada ibubapa juga di kampung. Hal ni pernah mak mentua aku suarakan pada M.

Katanya M lebihkan sebelah aku berbanding sebelah keluarga sendiri. Ibarat ditelan meninggal dunia mak, diluah meninggal dunia bapak. Sedangkan ibubapa aku di kampung lebih dulu lagi makan hati dengan kami sebab lebihkan keluarga M.

Makayah aku dan mentua aku tak berapa nak “ngam” disebabkan daripada awal pernikahan kami pun mentua aku pernah terbabas kata pada parents aku beberapa perkara yang buatkan sampai sekarang mak ayah aku masih lagi tak dapat nak maafkan.

Bab ni aku malas nak mention in detail nanti karang ada yang tahu pulak aku ni siapa. Antaranya tentang perbezaan taraf begitu lah.

Pada awalnya aku cuba untuk ikut rentak mereka tapi akhirnya aku rebel. Aku perlukan ruang untuk aku dan M membuat keputusan sendiri dalam rumahtangga.

Tapi bak kata orang la kan, mana ada manusia sempurna di dunia ni. Sikit demi sedikit aku nampak flaws dalam hubungan rumahtangga kami. M terlalu “lembut”, tak pandai buat keputusan sendiri. Tak pandai untuk menolak.

Teringat di awal perkahwinan kami dulu, sewaktu aku masih bekerja. Walaupun kami berdua lulusan universiti, tapi gaji aku lebih besar daripada M.

Gaji M selalu tak cukup dan cepat habis, selalunya aku lah yang akan tampung kekurangan tu. Mentua aku ni masa diawal kami kahwin dulu, bagi aku agak kurang “prihatin” juga.

Kerapkali “M” terpaksa ambil cuti kerana terpaksa ambil adik yang bercuti semester / habis belajar (sebab beg banyak).

Sehinggakan pernah aku dah book hotel untuk kami bercuti, aku minta reservekn last annual leave dia untuk aku. Malangnya booking tu burn saja disebabkan dia ambil cuti terakhir tu untuk fetch adik dia yang sampai kl pada pukul 5.30 petang (Sedangkan kalau tak ambil cuti pun tak apa)

***************

Ok itu sedikit sebanyak sebanyak intro tentang bagaimana jiwa aku mula memberontak. Actually banyak lagi kisah makan hati aku tapi biarlah itu je intro yang aku dapat ceritakan.

Aku berhenti kerja bila aku bersalin anak pertama (Bab ni memang aku tak rasa menyesal sebab memang aku tak suka kerja office sebenarnya).. Tapi ini lah permulaan kepada episod d3pr3ssion yang aku alami.

Bila bersalin saja anak sulung, M rupa-rupanya awal-awal lagi dah apply kerja tempat lain. Dia buat surprise pada aku. Gaji lebih banyak daripada tempat kerja sebelum tu tapi kami kena berpindah ke tempat baru.

Hati aku rasa sangat “tak senang” tentang kerja baru yang dia dapat tu. Aku semacam ada sixth sense yang itu bukan satu keputusan yang tepat. Tapi aku ikutkan aje. Kebetulan tempat kerja tu berdekatan dgn rumah mentua (yang lain), jadi kami “menumpanglah” secara percuma.

Untuk pengetahuan korang, walaupun aku berhenti kerja. Tapi savings aku ketika tu agak banyak aku tak pernah sentuh pun. Kerja M yang baru ni banyak turun site, banyak outstation.

Apa yang malangnya, detik hati aku sebelum ni betul. Company baru M ni agak bermasalah daripada segi bayaran gaji. dan elaun. Bagi aku pengalaman sewaktu M bekerja dengan company **** tu umpama satu neraka dunia bagi aku.

Bayangkan baru seminggu dapat gaji, alih2 gaji dah habis. Turun site terpaksa bayar upah dan duit makan pekerja2 site tu dengan duit gaji sendiri. Lepastu baru claim dekat company. Yang company pulak kadang ambil masa nak proses claim. Kadang sampai seminggu dua.

Disini lah dimana aku punya kesabaran betul-betul tercabar. Aku d3pr3ssed sangat sangat sangat. Aku tegur M suruh bertegas sikit dengan majikan dia, tapi M jenis acuh tak acuh.

Masa tu kad Atm aku dah bukan jadi milik aku. M yang bawak kad aku kehulu ke hilir. Aku terpaksa redhakan saja check baki kad yang makin berkurang setiap hari.

Walaupun menumpang rumah mentua, dah jimat tak perlu bayar sewa. Tapi boleh dikatakan barang dapur yang M belikan pakai duit simpanan aku. Daripada situ aku mula catu makanan.

Kadang2 bila dah siap masak tiba2 adik ipar datang buat surprise tiba2. Sedangkan aku dah masak cukup-cukup saja. Kadang M balik dari kerja balik2 tengok bawah tudung saji, lauk dah habis.

Kadang ada hari yang M terpaksa turun site tiba2 tengah malam sebab ada emergency kat site. Bayangkan pukul 2 pagi tiba-tiba M siap2 kata kena pergi site untuk 2, 3 hari.

Makanan apa pun tak ada dalam peti ais. Kosong.  Bayangkan dengan anak yang masih menyusu badan, badan mengigil kelaparan.

Pernah beberapa kali aku terpaksa tahan lapar dengan hanya minum air kosong saja. Sampai satu tahap, aku rasa memang betul-betul macam nak meninggal dunia dah sebab terlalu lapar. (Makanan takde. Kereta takde (suami bawak), duit takde.

Dulu2 mana ada grabfood ke food panda ke macam sekarang). Aku doa pada Allah kalau aku ditakdirkan meninggal dunia waktu tu, aku memang betul-betul teraniaya.

Aku dendam, marah dan tak redha sangat masa tu dengan M dan keluarga dia sebab ada duit tapi tak mampu tolong anak menantu sendiri. Tapi Alhamdulillah, Allah masih panjangkan umur aku lagi. Tengah aku berdoa tu tiba-tiba ada yang berikan makanan.

Keadaan tu berpanjangan kira-kira setahun jugak sampai la aku betul betul tak mampu sabar lagi. sikap baran aku makin menjadi-jadi. Saving aku habis licin. Sampai barang2 anak yang aku beli dan dapat hadiah pun terpaksa dijual sebab nak dapat duit.

M pun dah start pening kepala mana nak cari duit untuk tampung kelewatan duit claim company neraka tu. Aku bagi kata dua pada M. Pilih aku atau kerja. Aku memang dah nekad untuk bercerai sebab aku dah tak nampak ada sinar bahagia untuk kami.

Aku sangat sangat tertekan. Hidup aku waktu tu seolah-olah tak ada fungsi. Malam tu buat pertama kalinya setelah bertahun-tahun, aku bangun untuk solat tahajjud. Aku doa sungguh2 pada Allah untuk tunjukkan aku jalan keluar. Aku dah cukup penat sangat sangat.

Ajaibnya selepas subuh tu M kata, dia dapat panggilan interview daripada sebuah company lain. Fast forward, dia berjaya dapat job company baru tu dan kami pun berpindah lagi. Dengan zero saving. A

dik dan mak aku yang pinjamkan duit untuk kami berpindah. Ribu2 jugak la nilai nya sebab nak kena bayar deposit, beli perabot dan lain-lain. Tapi company baru ni gaji jauh lebih sikit daripada company neraka dulu tu.

Kami agak struggle juga la nak survive hidup. Makan makin bercatu. Badan aku makin kurus kering, macam orang sakit.

Kira-kira hampir setahun jugak lah aku pegang title fulltime housewife di rumah sewa baru kami. Akhirnya Allah tunjukkan jalan lagi bagi kami. Aku bekerja dari rumah (Working-at-Home-Mother) buat bisnes kecil kecilan dari rumah.

Sikit demi sedikit bisnes aku semakin berkembang hingga income aku mampu cecah 3 hingga 4 kali ganda lebih banyak drp M. M pun sekarang dah banyak sangat berubah daripada dulu. Dia dah rajin bantu di dapur, tolong uruskan anak anak, tolong sama2 buat kerja rumah.

Tapi setiap kejayaan itu mesti ada pengorbanan nya. Kesan daripada kejadian dan pengalaman lalu, buatkan aku jadi trauma. Aku jadi seorang yang pemarah, berdendam, dan aku sakit.

Aku kerap terlepas marah aku pada anak2 dan suami secara lisan mahupun juga secara fizikal dan aku sukar untuk kawal bila triggered. Aku bersyukur ada suami dan anak anak yang sangat memahami keadaan aku yang sakit ni.

Bila aku terlayan perasaan, aku mula jadi sedih terutama bila teringat keadaan sewaktu aku pernah d3pr3ssed dulu. Aku kerap salahkan diri aku sendiri sebab dah rampas zaman childhood anak sulung aku dengan sakit aku ni

Walaupun bagi aku episod hitam dulu tu dah berakhir. Tapi kesan daripada peristiwa tu amat dalam bagi aku sehingga buatkan aku trauma dan menghidap “Chronic D3pr3ssion” @ Dysthymia ni.

Mentua aku pula, sampai sekarang masih lagi bersikap dingin dengan aku. Seolah olah menganggap aku ni isteri yang…… (aku tak reti nak describe in a word).

Bagi dia, M adalah seorang anak yang sangat sangat sangat baik. Penyabar. Takde flaws. Terlalu baik macam malaikat. Apatah lagi bila dia pernah nampak aku tertinggi suara dengan M dan kerapkali nampak M bantu aku uruskan anak dan rumah.

Aku banyak kali tanya M, dia buat semua ni ikhlas ke atau terpaksa? Sebab mak dia selalu perli seolah olah macam M dibuli isteri. Tapi M kata, ini memang tanggungjawab dia sebagai suami, tak pernah dia rasa macam tu.

Setiap kali aku diperli sebegitu, aku jadi triggered. Aku tahu aku bukan Isteri yang solehah atau bukan ibu mithali untuk suami dan anak anak aku, tapi dia tak tahu aku hari hari struggle untuk sembuh daripada illness ni. Aku masih trauma. Aku perlukan space.

Aku pernah cuba luahkan pada mentua aku dulu tentang kisah pahit sewaktu M bekerja di company neraka tu. Tentang sikap M yang sebelum ni dan bagaimana aku usaha untuk bantu M.

Tapi malangnya aku pula yang dikatakan seolah2 mereka reka cerita, tak reti bersyukur dan tak pandai uruskan rumah tangga dan kewangan. Alih2 aku yang buruk, M tetap baik. Sebab apa? Sebab bagi mentua aku dia kenal hati budi M. M anak yang soleh. Tak pernah lawan cakap ibubapa. bla bla bla.

Jujur cakap, dulu memang aku sangat2 marah dengan keluarga mentua aku sebab bagi aku, diorang adalah punca kepada sakit d3pr3ssion aku ni. Hidup aku seolah2 dikongkong.

Tapi selepas apa yang dah berlaku, rumah tangga aku pun kembali nampak sinar bahagia sikit, aku betul2 dah maafkan apa yang berlaku. Aku sayang mentua dan ipar aku sama macam mana aku sayangkan mak ayah dan adik beradik aku sendiri. I care for them.

Apa yang aku bagi untuk mak ayah dan adik beradik aku, aku cuba untuk bagi pada keluarga in laws aku juga. Apa yang Allah bagi pada aku sekarang jauh lebih baik daripada apa yang aku pernah ada dulu.

Ok lah, sebenarnya aku buat confession ni sebab sangat sangat triggered sebab tadi aku rasa seolah olah mentua aku memerli aku depan ipar dan biras. Macam mana aku nak hentikan semua ni, macam mana aku nak kawal rasa sedih dan triggered ni daripada terus berlaku.

Serious aku penat dan aku tak nak keikhlasan hati aku untuk memaafkan ni makin pudar kembali.

– Dilla N. (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *