Aku Yang Sangat Keliru

Hai, Assalamualikum. Ini cerita aku. Waktu aku menulis ni, rakyat Malaysia tengah ternanti-nanti menunggu keputusan pilihanraya yang bakal diumumkan.

Tak apa, apa-apa keputusan harapnya negara kita dipimpin oleh pemimpin yang bertanggungjawab dan menjalankan amanah dengan sebaiknya. Harap bukan seperti politik 2018. Moga jadi lebih baik.

Terus pada cerita aku. Cukup korang kenal aku, sebagai aku saja la kan? Aku 30an masih melanjutkan pelajaran, insya Allah fasa akhir pengajian. Doakan pengajian aku dapat selesai dengan sempurna dan mudah dapat kerja seterusnya nanti. Aamiin.

Aku sebenarnya introvert, dan pemalu kalau nak berceritakan soal hati pada orang lain. Biasa la kadang susah sikit nak luahkan isi hati pada orang lain melainkan pada orang yang betul-betul kita percaya.

Tapi disebabkan ruang ini, kita tak kenal pun siapa penulisnya, jadi aku berani meluahkan isi hati aku disini.

Fasa akhir pengajian, mempunyai masalah dalaman keluarga dan berusia 30an. Kadang-kadang membuatkan aku rasa hidup aku rumit dan kadang-kadang aku biarkan saja kehidupan aku berjalan sendiri, berusaha seadanya dan bergantung harap pada aturan yang Esa.

Hati tenang, tapi kekadang datang juga kacaunya. Aku biarkan ja walaupun dalam fikiran macam-macam rencana nak dibuat bagi membantu diri dan keluarga.

Tapi bila memikirkan pengajian di peringkat akhir, semua terbantut. Aku cuba dulu fokus pada pengajian, abaikan masalah lain dan habiskan apa yang ada.

Sebenarnya aku nak tanya pendapat korang berkaitan pasangan, tapi tersasar ke cerita lain pula. Sorry-sorry-sorry. Balik pada cerita asal.

Aku tertarik dengan cerita Dr. Aisar, (https://iiumc.com/kawan-jodoh-stalker/).

First aku baca tajuk aku ingat kaki stalker macam aku, tapi lain. Baca sampai tengah aku pun kutuk-kutuk juga la cerita tu macam komunter yang lain. Tapi sampai akhir cerita dia, sebenarnya aku dapat juga pengajaran dari cerita tu.

Pengajarannya, aku rasa bergantung pada penilaian masing-masing. Aku tak tau nak cakap macam mana.

Bagi aku kekadang jodoh ni, lagi cantik dibiarkan datang sendiri yang kita selalu doakannya, berbanding kita desperate tercari-cari dan terkejar-kejar, akhirnya tak dapat.

Awal lagi aku dah letak pengajaran kan, belum masuk cerita sebenar. Ini aku, jap A jap B. Balik pada cerita asal.

Beberapa tahun lepas sebenarnya aku pernah juga menulis diruang ini. Waktu aku pernah dikecewakan dengan crush aku.

Terima kasih kepada komunter yang bagi kata semangat, nasihat dan mendoakan aku berkaitan jodoh ketika itu. Tapi sampai sekarang masih belum ada jodoh aku lagi.

Sebenarnya untuk ingat semula cerita crush aku tu, aku malas sudah. Sebab aku rasa dia first orang yang aku suka dan perkataan-perkataan dia sangat menguris hati aku. Sampai kekadang aku fobia dan takut untuk memulakan langkah berkenalan dengan orang lain.

Takut benda sama berulang. Terutama bila dia cakap aku terlalu mengongkong dan terdesak, benda-benda tu buat aku terfikir. Macam tu kah aku sebenarnya?

Sebenarnya bila kau sayang seseorang kau rasa takut untuk kehilangan. Kau sentiasa minta perhatian, main tarik tali pun tak kurang juga.

Dan akhirnya putus dengan keputusan masing-masing. Lepas dia bagitau aku dia dah bertunang, aku ada intai fb tunang dia. Soft spoke.

Kalau nak dilihat pada aku bagai langit dan bumi. Dia pandai, lembut, kerja terjamin doktor perubatan kan. Aku siapa la, sekadar manusia yang penuh cita-cita, masih belum ada hala tuju yang tetap.

Perempuan stabilkan lebih terjamin. So aku tarik diri, sampai sekarang fb kami masih block each other. Aku rasa itu yang terbaik.

Tapi baru-baru ni kawan lama kami dapat kerja di tempat aku belajar. Kenangan-kenangan dengan crush dulu terimbau walaupun kawan aku tak sentuh pun cerita berkaitan dengan dia. Hanya bercerita bagaimana suasana kami belajar dulu-dulu ja.

Tapi bila bersama dengan kawan aku ni, aku teringat balik suasana dengan crush aku dulu. Biasa la bila lelaki agak berhati-hati di tempat baru dan menasihati kau (perempuan) untuk lebih selamat dan berhati-hati dengan persekitaran.

Kata-kata kawan aku tu, terus buat hati aku “dup” berdegup dan teringat nasihat-nasihat yang crush pernah bagi aku dulu. Aku try redakan hati aku. Syaitan tengah cucuk aku ke? Ke ni perasaan biasa buat orang yang tak pernah bercinta.

Mudah cair dengan kata-kata lelaki. Kawan aku ni single, sama umur. Kerap putus cinta juga (barangkali la, sebab selalu post macam tu di media sosial dia).

Jujur. Aku tidak pernah bercinta. Crush aku dulu orang pertama yang rapat dengan aku yang aku rasa boleh kongsi isi hati. Tapi akhirnya dia tak pilih aku dalam hidup dia.

Malah dia muak dengan cerita isi hati aku dan terpaksa melayan. Apa kau rasa bila akhirnya dia cakap macam tu dengan kau. Tak sakit hati?

Bila aku fikir umur dah 30an, kekadang aku risau juga dengan diri aku. Aku ni akhirnya hidup keseorangan ke? Aku tau banyak lagi perempuan single di luar sana yang 40an-50an yang berjaya dengan life sendiri hidup di kaki sendiri.

Tapi aku rasa, aku tak mampu macam tu, aku nakkan lelaki yang kuat yang boleh menyokong hidup aku. Aku perlukan seseorang untuk melawan kelemahan yang ada dalam keluarga aku sekarang.

Aku perlu seorang lelaki yang kuat mental dan bijak. Bukan kekuatan dari segi fizikal untuk menangani hal dalaman ni.

Kekadang aku rasa cukup diri aku dengan tuhan untuk try lawan masalah ini. Tapi kadang aku rasa tak kuat dan aku perlu sokongan.

Aku tahu masalah tak boleh diselesaikan dengan membawa orang lain terlibat dalam masalah tu, tapi perlu ingat juga dua kepala lebih bagus dalam menyelesaikan masalah dari satu kepala. Aku harap jodoh aku, orang yang bersedia menyelesaikan masalah bersama-sama aku.

Aku tengok kawan aku ni, family oriented and leadership. Bijak tu ada tapi untuk kuat mengharungi masalah keluarga aku tu, aku tak pasti.

Kadang aku terfikir, dia dapat hadap ka situasi keluarga aku? dan yang paling penting dia nak ke aku? Kenapa aku terfikir dia sebagai calon aku.

Antara sebabnya adalah, sekarang dia ja lelaki paling hampir dengan aku. Kedua, dia selalu bagi kata semangat untuk aku habiskan pengajian ni.

Walaupun aku tahu juga, dia akan bagi kata semangat yang sama untuk kawan-kawan lain. Dan aku nampak sikit yang dia jenis cuba untuk selesaikan masalah. Tapi kekadang aku rasa tak pasti berkaitan mental bila dia ada post berkaitan hati di media sosial.

Bila sebut mental ni macam gila pula, tidak itu yang aku maksudkan. Tapi secara dalamannya dia kuat tak mengharungi cabaran. Tapi paling penting, dia terima aku tak dalam hidup dia.

Aku sebenarnya takut untuk memulakan. Walaupun kami kenal sebenarnya kami tak cukup rapat. Dia cari aku disini pun, aku rasa sebab aku ada disini.

Itu sebab dia try contact aku untuk berjumpa dan itu juga pertemuan pertama dan terakhir kami buat masa ini. Kalau chat di media sosial tu, sekadar biasa je la.

Entah la. Kekadang aku rasa, aku terlalu trigger dengan masalah keluarga menyebabkan aku fikir aku perlu pasangan hidup lepas aku habis belajar nanti.

Aku perlu orang yang sempurna walaupun aku belum pasti dengan kesempurnaan orang tersebut. Aku nak seseorang tu walaupun aku tak tahu isi hati dia dan pilihan dia.

Perlukah aku biarkan situasi ini berlalu je pergi? Perlukah untuk aku terus cuba berdiri atas kaki sendiri dan hadap sendiri seboleh dan semampu yang mungkin? Atau pergi pada dia cuba bertanya mampukah dia untuk harungi masalah ni bersama aku?

Tapi aku rasa aku tak mampu bertanya pada dia, sebab kami bukan rapat. Memang la dia mencari si pengerang jatung hati baru, tapi tak semestinya dia suka aku.

Lagipun aku dah fobia dengan crush aku dulu. Aku tak pasti dia ada dengar apa-apa cerita aku tak dulu dari crush aku.

Tapi yang pasti diorang memang tak rapat pun. Isu keluarga aku, agak merumitkan. Tapi isu itu melibatkan lelaki.

Ayah aku sudah tiada dan adik beradik aku semua perempuan jadi aku memerlukan lelaki untuk menguruskan hal lelaki yang satu itu. Itu sebab aku memerlukan lelaki yang bijak bukan kuat.

Last but not least, sebenarnya aku nak tau macam mana perasaan, tindakan atau gaya seseorang lelaki bila dia ada perasaan pada seseorang perempuan? Mungkin lelaki-lelaki disini boleh jelaskan.

Dan apakah expectation yang lelaki tu harapkan untuk perempuan tersebut menyatakan ya atau terima.

Sebab orang selalu cakap aku ni jenis orang yang tak ada perasaan. Dan aku pun tak pandai meluahkan perasaan aku pada orang. Aku jenis pendam, makan sendiri. Mungkin orang pun susah nak faham aku.

Itu je la, aku harap aku dapat solusi.

Terima kasih semua.

– Aku (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini ->Β https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *