Aku Yang Sebatang Kara

Assalamualaikum, terima kasih kerana menyiarkan luahan saya disini. Disaat seluruh keluargaku menolak islam dari hidup mereka, disini aku berdiri teguh seorang diri sebagai seorang Muslim.

Ya, hidup kita berbeza, ada segelintir muallaf dipinggirkan oleh keluarga sendiri setelah memeluk islam, ada pula disambut dengan gembira oleh keluarga setelah memeluk islam,

Sedangkan diriku pula dipinggirkan oleh keluarga seislam hanya kerana mereka tidak menerima islam walaupun sudah memeluk islam.

Ajakan keluaga bukan islam menyebabkan benda ini terjadi. Teringat dahulunya kakak-kakakku merupakan seorang yang bertudung litup malah kebanggaan cikgu-cikgu disekolah.

Tapi hanya disebabkan ajakkan keluarga yang bukan beragama islam menyebabkan mereka memilih agama lama kami.

Siapa saja yang tidak sedih melihat keadaan keluarga yg cacar merba dengan pelbagai kepercayaan. Malah aku pun turut terikut-ikut ajakkan kakak-kakakku pada waktu itu. Alhamdulillah aku dijaga Allah hingga kini.

Ibu dan bapa ku memeluk islam ketika aku berumur 4 tahun dan asbab mereka memeluk islam masih tidak diketahui.

Kami tujuh orang adik beradik dibesarkan tanpa ajaran agama dan hanya bergantung pada pelajaran Pendidikan Agama Islam disekolah sahaja.

Kami tetap hidup sebagai keluarga muslim dimana kami berpuasa, menyambut aidilfitri seperti orang lain.

Segalanya berubah ketika kakak sulungku membuat keputusan untuk tinggal bersama keluarga ayahku semasa cuti semester dengan alasan berhampiran tempat kerjanya yang sementara.

Dari situ bermula dia menukar cara dia berpakaian, dulunya bertudung labuh dengan purdah dan bertukar ke tudung bidang biasa dengan alasan kerja.

Kakakku mula menghilangkan diri, tidak pulang kerumah, terus menetap dirumah makcik aku yang bukan beragama islam dan berhenti belajar disebuat pusat pengajian islam.

Ibu dan bapa aku tak ada kudrat untuk melakukan apa-apa pun bila keluarga mereka campur tangan dan memandangkan kakak aku sudah berumuru 18 tahun pada masa itu. Mereka hanya mampu berdoa sahaja.

Titik hitam kedua bermula dalam hidup kami sekeluarga bila kakak sulungku mampu “brainwash” kakak aku yang ketiga dan keempat lepas mereka menamatkan pembelajaran di sekolah menengah dengan mengajak mereka berkerja di tempat dia.

Ya, benda yang sama berulang lagi. Ibu dan bapa aku sekali lagi lepas tangan dan tak mampu melakukan apa-apa terhadap perubahan kakak-kakak aku yang telah jauh dari keluarga dan agama ketika itu.

Selepas itu bermula pergolakkan rumah tangga ibu dan ayah aku ketika aku dia sekolah menengah yang menyebabkan aku memilih untuk masuk ke sekolah berasrama hanya kerana mahu lari dari masalah keluarga.

Dari situ aku mula solat dan menerima agama Islam hanya sebab terpaksa.

Aku mula memakai tudung walaupun kadang solat aku ponteng sebab tiada siapa yang akan tanya “dah solat ke belum” aku mengambil ringan soal solat memandangkan aku baru berumur 16 tahun.

Padan masa itu juga ibu dan bapa aku bercerai. Tidak lama kemudian masing-masing berkahwin lain.

Alhamdulillah ibu dan ayah tiri aku sangat baik. Tetapi bila ibu dan bapa aku dah mula bahagia, anak-anak diabaikan.

Adik-adik aku mula ponteng sekolah dan kakak-kakak aku mengambil keputusan untuk bawa adik-adik kerumah mereka. Aku terselamat kerana bersekolah asrama.

Tetap diabaikan apabila masing-masing tidak menhiraukan aku. Ayah aku hanya mampu memberi wang saku dan baginya sudah memadai, manakala ibuku masih difasa “honeymoon” dimana tiada masa langsung untuk anak-anak. Aku perlu pujuk rayu untuk mendapatkan sesuatu.

Cemburu melihat ibu dan bapa orang lain datang melawat pada hujung minggu dan mengambil anak-anak bila dapat pulang ke kampung.

Aku pula perlu menunggu sehingga malam kerana ibu aku lupa tentang diri ku. Begitu lah hidup aku sehingga habis sekolah menengah.

Habis sekolah menengah aku pulang ke rumah ibu ku, sekali lagi aku “larikan diri” untuk menjalani PLKN kerana tidak mahu tinggal bersama mereka.

Sejurus habis PLKN aku mula berkerja di sebuah kilang selama 4 bulan dan disebabkan aku tak tahan dengan cara ibu ku, sekali lagi aku “larikan diri” ke rumah kakak-kakakku.

Disana aku dipulaukan hanya sebab aku terima Islam dan memakai tudung. Ya, sekali lagi aku “melarikan diri” kerumah seorang insan yang aku panggil “ustazah”. Beliau mengenali aku dari aku berumur 4 tahun, malah nama Islam aku diberi oleh beliau.

Aku menetap di rumah beliau sambal bekerja sambilan dan mencari tempat untuk menyambung pelajaran.

Alhamdulillah aku diterima masuk ke sebuah IPTA yang menawarkan bidang yang aku minat. Ustazah juga lah yang menemankan aku sepanjang pendaftaran dan menghantar aku ke asrama.

Ibu aku tidak pernah tahu aku belajar dimana sepanjang aku menimba ilmu disana. Bapa aku pernah datang menjengguk dan sentiasa menghantar wang saku untuk aku. Malah dia juga yang hadir ke konvokesyen aku.

Tiada keluarga aku dalam gambar konvokesyen aku, hanya keluarga angkat aku yang meraikan aku pada masa itu.

Selesai pengajian, aku terus diterima kerja di sebuah kilang sebagai sebagai seorang “technician”. Kilang aku juga menyediakan asrama untuk pekerja mereka menginap, Alhamdulillah aku ada tempat untuk menetap dan lari dari segala kekusutan masalah keluarga aku.

Aku berkerja selama 3 tahun dan mengambil keputusan untuk menyambung pengajian dalam peringkat Ijazah setelah berkali-kali dinasihat oleh Ustazah.

Alhamdulillah sekarang aku berada di tahun ketiga pengajian ijazah sambil bekerja dan masih lagi tempuh segala liku kehidupan yang sebatang kara ini.

Ibu sudah tidak menetap di negeri yang sama, dia memilih kebahagian diri sendiri dari anak-anak. Bapa aku masih berkerja dan bahagia bersama keluarganya.

Aku sedikit pun tidak pernah iri hati dengan kebahagian ibu bapa aku. Aku bersyukur mereka mempunyai tempat untuk mengadu dikala sakit dan berkongsi dikala bahagia walaupun aku bukan sebahagian dari itu.

Tipu lah kalua taka da perasaan rindu dekat keluarga aku, setiap kali hari lebaran atau hari lahir menagis seorang diri itu benda wajib yang aku akan buat.

Menumpang rumah orang meraya beraya dengan keluarga, sedih melihat keluarga orang lain yang lengkap dan sempurna, sedangkan ibu ku tidak pernah mengajak aku pulang ke kampung ayah tiri ku, malah dia tak pernah bertanya dimana aku beraya setiap tahun.

Lama kelamaan aku memilih untuk berkeja di hari lebaran, hanya semata-mata untuk menghilangkan rasa sedih dan keseorangan dipagi raya. Menanggung sakit seorang diri itu adalah benda biasa dalam hidup aku.

Bapa aku pernah berkata “aku satu-satunnya anak yang tak pernah menyusahkan dia”. Aku bukan tak nak menyusahkan, aku memilih untuk berdiam diri dari menyakitkan diri, kerana aku tahu apa saja yang jadi dekat diri aku, aku kena tanggung sendiri.

Aku sangat berhati-hati dalam semua pekara yang aku lakukan hanya sebab tak mahu menyusahkan sesiapa.

Dalam hidup aku semua benda aku lakukan sendiri, bermula umur 18 tahun aku “larikan diri” ke rumah ustazah,

Ibu aku pernah menelefon bila tahu aku keluar dari rumah, soalan yang dia tanya pada aku “pandai ke nak naik ferry tu?” aku jawab “lepas ni semua kena belajar buat sendiri”.

Benda pertama yang aku buat adalah menukar nama islam dalam kad pengenalan aku. Selepas aku mencapai umur 18 tahun aku terus ke JPN dan makamah untuk membuat urusan penukan nama yang masa ibu dan bapa aku tidak mementingkan perkara itu.

Aku hanya menunjukkan kad pengenalan aku dengan nama Islam aku kepada bapa aku. Kedua adalah menyambung pengajian ke peringkat diploma dengan usaha aku sendiri dan dengan nasihat Ustazah.

Ketiga, membuat lessen dan membeli motor pertama ketika berusia 22 tahun, aku juga membeli kereta atas usaha aku sendiri juga.

Alhamdulillah dipermudahkan segala urusan aku dalam hal ini tanpa sokongan keluarga aku. Semua yang aku capai hanya dimaklumkan kepada keluarga aku selepas dapat mencapai.

Sekarang adik-beradik ku semua sudah mempunyai keluarga masing-masing tinggal aku seorang yang bujang yang masih menanti peluang untuk beraya bersama keluarga yang mempu menerima aku yang mempunya keluarga yang tidak lengkap.

Masih menanti jodoh agar dapat merasa bahagia seperti orang lain juga. Doakan urusan aku dalam pembelajaran dan dapat melalui liku-liku kehidupan ye semua. Terima kasih baca luahan hati yang panjang ini. Semoga dipermudahkan urusan kita semua.

– LOEY (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *