Aku Yang Sederhana

Nama aku Mawar, aku dilahirkan dari keluarga yang sederhana. Tinggi aku sederhana. Rupa paras aku juga sederhana,

Tetapi kawan² suka pandang aku katanya girl’s crush. Aku rasa aku biasa je, tak ada apa² kelebihan.

Skin tone aku adalah tanned, dulu aku sangat insecure dengan warna kulit aku, tapi bila dah semakin menghampiri 30 series, aku dah tak kisah apa orang kata asalkan aku boleh jadi diri sendiri.

Aku pandai masak sebab dari sekolah rendah diajar masak sendiri oleh kerana mak ayah kerja pagi balik lewat petang.

Alhamdulillah. Bab agama masih sederhana walaupun dulu pernah bersekolah agama selama beberapa tahun tetapi semakin kita belajar semakin banyak kita tak tahu.

Aku suka arts, menyanyi dan melukis. Kawan aku cakap dia suka dengar aku nyanyi, siap record nak dengar balik.

Dulu aku lukis potret, Alhamdulillah dapat sedikit bakat ayah aku, tapi tak lama. Sebuah lukisan yang dilakarkan selama beberapa hari tidak dihargai, yang mereka tahu nak free sahaja.

Sebegitu rendah mentaliti orang yang tidak mengenal seni. Aku putus asa.

Dari segi pendidikan, aku masih sederhana. Tak pandai sangat tapi tak bodoh sangat.

Aku suka baca apa² informasi yang aku dapat pada saat itu walaupun tiada kena mengena dengan aku kerana bagi aku informasi yang aku dapat saat itu akan menjadi ilmu untuk aku pada masa akan datang,

Alhamdulillah banyak juga dapat aku kongsi dengan orang sekeliling saat diperlukan.

Dari segi sosial pula, aku sangat suka mencari kawan baru. Tapi dalam masa yang sama aku masih mengekalkan hubungan dengan kawan² lama. Sebab tu kut aku banyak bestfriends — 8 orang.

Sesetengah orang lebih suka untuk menjauh jika mendengar seseorang bercakap kurang enak tentang ‘si polan’ begitu begini, tetapi tidak bagi aku.

Walaupun orang cakap ‘si polan’ ni kurang baik, aku tetap nak berkawan tujuannya kerana aku nak memastikan sendiri apa yang orang lain cakap tu betul.

Kalau baik aku stay tapi kalau tak baik pun aku stay cuma aku akan lebih berhati², tapi once dia buat aku jangan harap kita boleh rapat lagi.

Pekerjaan? Aku pernah bekerja di beberapa buah syarikat selama beberapa tahun selepas tamat pengajian. Malangnya, banyak yang tak baik berlaku dalam hidup aku sebagai pekerja.

Tapi aku langsung tak menyesal sebab dari situlah aku belajar banyak perkara — mengenai syarikat, hak, kawan sekerja dan pengurusan, seterusnya membentuk diri aku sekarang yang sangat berbeza personaliti dari sebelumnya.

Alhamdulillah aku lebih tenang dalam semua keadaan.

Bagaimana dengan teman hidup ya? Entahlah, kadang² aku rasa aku tak beruntung dalam soal pasangan.

Cinta monyet banyak, tapi boleh diabaikan kerana waktu tu masing² masih tak matang. Cinta tak monyet ada dua, kedua²nya telah menemui penghujung yang sakit.

Satu dicurangi dan satu lagi dikongkong oleh narsistik. Niat aku bercinta untuk kahwin, bukan dalam waktu terdekat tapi lebih kepada melalui susah senang bersama.

Crush? Memang ramai disebabkan oleh diri aku yang terlalu insecure, aku jarang confess.

Cuma kebelakangan ini setelah aku sudah mengenal identiti sendiri, aku lebih gemar confess walaupun tak dihargai. Tak apalah, aku malas nak fikir lagi.

Mungkin Allah nak berikan yang terbaik untuk aku diwaktu yang tepat.

Kesihatan pula, aku disahkan menghidap penyakit hormon oleh doktor yang memerlukan aku untuk makan ubat seumur hidup.

Simptomnya lebih kurang sama macam anxiety. Pada awalnya aku sangkakan aku anxiety, rupanya bukan.

Cuma aku perlu melalui sesi kaunseling selama beberapa kali kerana keadaan aku selepas berhenti kerja. Jawatan terakhir ialah seorang pengurus kepada lebih kurang 10 orang staff.

Aku agak tertekan dan tidak terurus dek kerana pengurusan yang menekan sehingga 8 bulan aku tidak mengenal diri sendiri, keluarga, dan alam.

Alhamdulillah, aku banyak belajar dari pengalaman.

Sihat itu mahal harganya. Tolong hargai disaat masih boleh dinikmati.

Disaat aku menulis ini, aku masih belum punya apa² untuk membalas jasa mak ayah, dan keluarga aku.

Aku sekarang sedang menyambung pengajian ke peringkat seterusnya.

Tujuan aku menulis untuk mendapat doa dari kalian semua yang tekun dan sudi membaca nukilan ini.

Semoga aku terus kuat untuk diri sendiri, keluarga, dan kawan². Dan semoga doa yang baik² akan berbalik semula kepada kalian semua, Inshaa Allah amin. Terima kasih.

– Mawar (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *