Assalammualaikum dan salam sejahtera kepada para pembaca di ruangan ini. Pertama sekali aku nak ucapkan terima kasih kepada iiumc jika confession aku ini dipublishkan. Aku harap aku dapat membaca komen komen yang membina dari para pembaca.
Dulu aku pernah luah mengenai MAK yang sering bernasib malang sejak dia muda dan ditindas anak anak tirinya apabila bapa tiriku meninggal. Tak silap aku 4, 5 tahun lepas. Sungguh cepat masa berlalu. Tak sangka aku kembali ke sini semula.
Alhamdulillah sekarang mak dah happy. Aku ada. Aku bahagiakan Mak. Hidup aku duit aku hanya untuk Mak. Aku minta maaf kalau luahan aku ni sedikit panjang. Kali ni aku bukan nak bercerita pasal Mak tapi pasal diri aku.
Aku berumur dalam 20-an dan sudah berkahwin selama setahun dan masih belum dikurniakan zuriat. Aku dan suami bukanlan dari negeri yang sama.
Jadi selepas aku kahwin aku terpaksa tinggalkan Mak. Tapi aku tak pernah lupa kirim wang, dengan jiran tetangga pun aku baik sebab aku nak minta dorang tengokkan Mak bila aku jauh.
Aku selalu belikan diaorang buah tangan. Aku sangat disenangi di kawasan aku sebab kalau dilihat dari luar aku seorang yang peramah tak kira lelaki perempuan tua muda semua aku ramah, rupa pun ada, Sayangkan Mak.
Nampak macam anak idaman lah. Hakikatnya orang tak pernah tahu sejak aku belajar di U aku disahkan depressed.
Aku sering diserang anxiety dan ditahan di hospital untuk sedut oxygen (aku tak tahu medical term dia apa ) and sometimes kena masuk air sebab badan aku selalu dehydrated.
Aku boleh hidup tanpa minum dan makan berhari hari kalau aku stress. Aku selalu dinasihati doc supaya take further action and rawat sebab benda ni bahayakan nyawa aku.
Tapi aku just buat rawatan sendiri google and dengar ceramah cara untuk atasi. Alhamdulillah getting better. Tapi tak ada sapa yang tahu sebab aku ni seorang yang “positive” kalau di depan orang.
Boleh jadi kalau orang datang tumbuk ke ludah kat muka aku, aku gelak saja cakap takpe aku tak balas. Lepas tu aku menangis dan fikir benda tu berhari hari sampai stress.
Ok back to story. Sebelum aku kahwin aku kerja di sebuah Kilang terkemuka dan aku agak berjawatan tinggi. Suami aku businessman.
Masa family dia datang merisik macam2 syarat dorang letak dan salah satunya kena berenti kerja ikut suami. Aku memang tak setuju. Tapi Mak pujuk, macam yang aku kata duit aku untuk mak. Dah kalau aku tak kerja siapa nak jaga mak? Mak tak ada pencen.
Mak pujuk kata rezeki dimana mana nanti cari dan keluarga bakal mertua pun janjikan akan tolong. Sebelum berkahwin macam2 dugaan dan aku dah banyak kali nak putus sebab aku memang tak tahan dgn family in law walaupun bakal suami aku baik sangat. Mak pujuk.
Bakal suami tahu kelemahan aku dan selalu gunakan Mak sebagai medium untuk pujuk aku kalau apa apa jadi. Dan kami pun berkahwin. Dannnn aku duduk serumah dengan mertua.
Sebelum berkahwin aku memang tak nak tapi suami pujuk kata sementara saja sekejap saja dalam 6 bulan pertama sebab nak jaga hati ibu bapa dia. Bila aku keras hati jugak tak nak dia akan suruh Mak aku pujuk.
Dan bermula lah “saat saat indah” duduk bersama mertua. Suami aku ni bukan tak ada duit tau, dorang ni jenis have have tapi tak have sangat la nak menunjuk saja lebih.
Suami aku pakai kereta mewah. Kereta sebulan 2,3 ribu boleh bayar tak kan nak sewa rumah 800 pun tak mampu. 6 bulan pertama kahwin aku dah mengamuk nak pindah.
Kami bergaduh besar sampai aku nak lari rumah. Tapi suami dan Mak aku pujuk suruh bersabar. Aku stress duduk dengan mertua ni sebab asyik cakap pasal duit je. Kadang bagi aku dorang ni tak reti bersyukur.
Aku dah biasa hidup besederhana dengan Mak. Bersyukur apa yang ada. Dapat makan KFC pun bersyukur.
Tapi keluarga mertua kalau kau bagi selori berlian ke emas pun besoknya dorang akan sebut sebut lagi pasal duit. Alasan tak bagi aku dan suami pindah sebab tak nak kami hidup susah.
Aku pernah saja kena sound dengan bapak mertua aku pasal aku nak pindah. Dorang cakap aku ni tak bersyukur.
Suami selalu minta maaf dekat aku on behalf mak bapak dia. Dia tahu mak bapak dia perangai teruk tapi dia kata kat aku tahan jela sebab dah tak boleh ubah. Memang itu orang tua dia.
Kemudian, suami janji awal tahun ni nak pindah. So aku control duit suami dari awal. Eh bukan aku control sebab aku queen control tau sebab family in law aku ni tak boleh tengok laki aku berduit nanti nak pinjam lah, nak kereta lah nak macam macam.
Bila suami tak ikut kata suami aku ji anak tak kenang budi, update status kata laki aku ni pentingkan orang luar.
Kalau pinjam sebab betul betul susah takpe. Ni pinjam sebab nak beli kemahuan diri ikut hawa nafsu padahal aku ni sanggup tahan diri sebab nak simpan duit untuk pindah. Suami hulur nafkah pun aku tak nak amik punya lah nak suruh dia simpan duit tu dalam account bank kami.
Bila dah ada 10k dah lebih dari cukup nak pindah rumah sewa. Eh tiba tiba ada lah adik beradik dia nak pinjam duit. Pinjam untuk apa tau? Untuk shopping dengan isteri. Suami jenis lembut hati.
Sungguh aku terkilan. Korang bayangkan ibarat bini dia tu pakai branded handbag, aku pakai handbag pasar malam. Padahal branded handbag bini dia tu hasil dari pinjam duit simpanan laki aku untuk kami pindah tu.
Itu lah maksud aku pinjam duit untuk benda benda yang tak penting. Kalau suami tak bagi, nanti bapak mertua ke mak mertua aku cakap kat laki aku ni berkira dengan adik beradik. Dah senang lupa diri.
Ya Allah stressnya aku. Aku tak larat menangis dah. Alasan pertama kenapa aku nak duduk luar, sebab apa apa hal mak aku boleh datang duduk dengan aku.
Contohnya masa PKP teruk tak boleh merentas negeri langsung tu berapa bulan Mak tersadai sorang sorang. Suami dah aware dengan benda ni dari before kahwin lagi.
Aku dah kata yang aku nak jaga Mak dan dia setuju. Mak aku pun awal awal selalu la jugak pujuk pujuk aku suruh sabar setiap kali aku bergaduh teruk dengan suami pasal pindah.
Tapi sekarang dia sendiri pun dah tak tahan sampai dia sendiri tanya pada suami aku bila nak duduk rumah sendiri. Tapi tak marah la mak aku bukan jenis mertua aku suka sound aku.
Dulu masa awal awal kena sound selalu gak menangis sekarang hati dah kering. Suami aku ni dia jenis bila aku sedih dia rasa bersalah dia janji lah akan tunaikan permintaan aku nak pindah ni.
Tapi bila bagitahu dekat mertua aku, then mertua aku macam tak redha lepastu terus dia berat hati.
Macam macam alasan, kena tunggu dorang ready la apa la padahal nak pindah dalam daerah yang sama saja pun.
Aku kata dekat suami, aku ni anak tunggal perempuan pun mak aku boleh lepaskan aku. Suami aku ni lelaki kot tapi nak pindah keluar dalam daerah yang sama pun kena tunggu mak bapak dia ready.
Tak boleh tengok anak dorang susah katanya. Aku pernah terbaca satu confess ni yang dia ada cakap “kalau isteri nak duduk rumah flat tapi asing dari mertua suami kena tunaikan. And kalau duduk banglo mewah pun tapi duduk sekali dengan mertua isteri tak redha suami berdosa”.
Macam tu lah lebih kurang. Aku screenshot confess tu dan tunjuk pada suami. Masalah dia disini bukan suami tak mampu. Tapi lebih kepada takut. Takut mak bapak dia tak redha nanti dia jadi anak berdosa.
Aku tak salahkan suami, aku tahu kenapa dia takut sebab yela ibubapa kita orang paling dekat dengan kita.
Sepatutnya bila anak rasa tak keruan mak bapak bagi kata kata semangat. Macam mak aku dia selalu kata jangan takut tak ada duit. InsyaAllah rezeki orang kahwin tu sentiasa ada. Mak tahu hampa boleh cari duit sama sama susah senang sama sama.
Apa apa mak ada bagitau mak, tak banyak sikit mak mesti tolong. mak mana yang nak tengok anak anak dia susah. Mak sayang anak anak mak.
Tapi kalau mertua aku pulak akan provoke laki aku dengan kata kata kalau pindah nanti nak makan apa pasir ke. Ingat senang ke nak duduk sendiri kat luar tu. Nanti kalau dah pindah kot kalau susah malu kot nak patah balik datang sini.
Macam macam lagi sampai suami aku jadi takut. Tengok kan aku dah kata aku ni seorang yang positif. Aku marah laki aku tapi aku tetap rasa dia tak salah dan terus berfikiran positive sampai makan diri.
Padahal kawan kawan aku kata suami aku tu SUAMI dah ada rumahtangga sendiri dan mampu dia kena tunaikanlah tanggungjawab dia. Aku pun rasa benda yang sama.
Bila aku asyik gaduh dengan suami atas sebab yang sama saja lama lama aku jadi malas nak layan suami. Sama ada zahir atau batin. Aku malas nak layan manja dia, nafsu dia. Apa apa semua aku malas. Aku cakap kasar dengan dia.
Aku buat hal sendiri. Kadang tu bila dia ajak aku jemaah sekali aku buat tak tahu saja aku solat dulu. Aku rasa dia bukan suami yang baik. Dia cuma anak yang baik. Aku kata kat suami sampai bila kita nak bergaduh sebab ni.
Rumahtangga kita dah jadi makin tak harmoni. Tak tengok ke kita sekarang macam mana. Dia akui dan janji akan selesaikan masalah ni segera tapi macam tu jelah.
Suami aku baik. Sangat baik. Ni masa aku tengah karang luahan panjang panjang ni pun dia tengah solat. Di ajak aku solat sekali tapi aku buat tak tahu.
Dilemanya aku. Sudahnya aku yang jadi isteri derhaka. Ke lebih baik dari aku jadi isteri derhaka aku minta cerai saja?
Aku dah biasa independent. Aku ada kereta sendiri, simpanan sendiri. And aku ada bisnes sendiri sekarang. Tak besar tapi cukup lah setakat nak hidup aku sorang. Ataupun Aku cari kerja and hidup saja balik macam dulu dengan Mak.
Hanya kami berdua. Bahagia selalu. kadang baik kadang gaduh. Macam anjing dan kucing. Aku dah tak larat nak bagi kata kata positif dekat suami yang kami tak kan MAKAN PASIR pun kalau kami pindah.
Aku penat…
– Laila (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit