Aku Yang Selalunya Redha

Salam.Aku tak pasti artikel aku disiarkan atau tidak tapi kalau disiarkan,terima kasih admin IIUM Confession kerana bagi aku ruang serta pandangan dari dunia luar.Sebelum aku mulakan cerita,confession ni agak panjang,jadi maafkan aku tapi ini kali pertama aku luahkan dan kali terakhir .Cukup lah kenal aku dengan nama Insan,perempuan,merupakan seorang pelajar.Tajuk aku,aku yang selalu redha tapi redhakah aku dengan takdir aku?Aku disini cuma ingin berkongsi kerana aku tiada tempat dan siapa untuk aku bercerita kerana aku malu.Aku bongsu dalam keluarga,ada abang dan ada kakak.Bilangan kakak dan abang aku biarlah rahsia tapi cukup aku cerita aku 6 beradik sahaja.Abang dan kakak aku ada yang dah kahwin dan ada yang belum.

Kalau orang tanya aku anak keberapa,ramai yang akan cakap untungnya aku anak bongsu,segala kasih dicurahkan.Aku hanya senyum,tak akan aku buka aib keluarga.Sejak dari kecil,aku rasan kasih sayang aku dibahagi-bahagikan dan mungkin aku yang paling kurang.Aku tak dapat perhatian sangat dari adik beradik aku malah dari ibu bapa pun sama.Aku rasa kakak dan abang aku dapat lebih perhatian.Mungkin sebab faktor usia?Mungkin ibu bapa aku lebihkan mereka kerana mereka sedang muda remaja?Jarak aku dan akak dan abang aku jauh.Yang paling dekat jaraknya cuma selang 5 tahun.Kebanyakkan adik beradik kami jaraknya 5 tahun dan selang 2,3 tahun.Jadi,bayangkan lah perbezaan umur dengan yang sulung.Sungguh jauh.Namun tu masa aku budak- budak rasa sedih tak sampai mana sangat,lepastu aku gembira balik tak pikir semula. Kenkadang aku rasa,aku yang terlebih sensitif.Sepanjang hidup aku,tiada siapa pun yang endah.

Sampai lah aku sekolah mula sekolah menengah,aku mula makin nampak perbezaan perhatian dan aku seakan-akan dipulaukan oleh adik beradik sendiri.Kadang-kadang aku cakap mereka tak layan,mereka borak sama-sama gelak sama.Kadang-kadang aku ada juga nak bercerita apa yang aku alami dekat sekolah,namun mereka nampak remeh sebab mereka dah berada di alam pekerjaan,lebih mencabar dan isu aku ni remeh sahaja.Aku diam tapi aku cuba nak rapatkan siraturahhim.Nak juga rapat macam adik beradik orang yang lain,nak rasa juga disayangi sebagai yang bongsu.Jadi,aku fikir kalau aku belajar pandai-pandai mungkin akan ada perhatian kepada aku.Ibu bapa aku pun sama.Mereka layan endah tak endah ibarat ambik hati aku sahaja.Allah berikan aku kelebihan sedikit,aku pandai dalam pelajaran lebih sedikit dari adik beradik yang lain.Namun aku silap,aku ingat aku pandai,scor exam ibu bapa akan puji aku,abang dan kakak akan bangga dengan aku tetapi satu pujian aku tak dapat.Malah,aku ingat lagi masa aku nak ambik SPM,kakak aku gelakkan aku sambil bunyi suara seakan mengejek’eleh asyik belajar aja’.

Aku kuatkan hati,takpelah biarlah aku sorang-sorang berjuang.Aku masif positif yang pasti ibu bapa aku ada selitkan doa untuk kejayaan aku.Aku tak sangsi lagi dengan ibu bapa aku masa itu.Sekarang aku dah dekat universiti.Sedihnya mengingat kembali aku ibarat mengemis mintak tolong abang dan kakak aku untuk hantarkan aku masuk uni,sebab masa tu mak ayah aku ada hal.Tak dapat tolong.Itu pun banyak alasan yang diberikan.Tapi kalau sesama diaorang,laju sahaja.Sedihnya,aku mengemis dekat keluarga sendiri,darah daging sendiri..Cemburu aku dekat keluarga lain yang eratnya hubungan diaorang.Apa yang aku cerita dekat group keluarga,mula-mula adalah respon semua ibarat menjaga hati lama-lama aku dipulaukan.Malah aku whatsapp ibu bapa aku pun mereka tak balas.Bluetick.Aku tidak kisah sangat pada mulanya,aku pegang prinsip biarlah asalkan aku tak nak putus siraturrahim.Tapi makin lama makin teruk,aku dipulaukan,orang tidak kesah dekat aku.Abang dan kakak duduk dekat semuanya tapi aku boleh kira berapa kali je diaorang jenguk aku selama bertahun-tahun aku dekat sini.Diaorang rapat sesama diaorang,ambil berat sesama diaorang tapi bukan dengan aku.Aku ini beban,mungkin semak di mata diaorang.

Aku banyak belajar berdikari.Aku banyak buat benda sorang diri.Sampaikan tahap aku sakit teruk mana pun,aku cuba untuk buat sendiri.Mungkin sebab ini aku rasa mereka fikir aku boleh pandai sendiri,tapi aku terpaksa sebab tiada siapa nak tolong aku.Aku tanya Tuhan,kenapa ujian ini yang dibagi kepada aku.Aku ada untuk semua orang kalau waktu susah,tapi aku susah keluarga aku pun tak muncul.Kalau berdepan dengan semua,air muka mereka aku boleh tahu,memang nak jaga hati aku sahaja.Aku banyak digunakan tapi orang tak tanya aku sakit ke aku sihat ke.Aku gagal ke aku rasa nak berhenti belajar ke,aku sorang-sorang yang hadap.Sampai tahap aku dipulaukan,bila aku kongsi dekat group apa yang aku buat tiada yang balas,tapi lepastu berborak pasal topik lain.Ibu bapa aku tak endah kan aku,mungkin mereka fikir ini anak terakhir mereka,perkara yang dah mereka lalui,tak penting.Yang penting akak dengan abang aku sahaja,mereka tengah lalui alam pekerjaan,alam rumahtangga,benda-benda first time ibu bapa aku rasa.Aku saki baki sahaja.Mungkin mereka lupa,tapi ini saat pertama kali aku lalui.

Aku nekad.Aku redha.Ini ujian Tuhan bagi dekat aku.Sakitnya aku bila keluarga yang aku sayang buat aku macam ini.Aku rela diherdik,di keji daripada dilayan hanya untuk jaga hati aku,di layan dengan pura-pura,digelakkan dan dikutuk belakang aku.Aku tiada tempat nk mintak nasihat.Aku celaru ,aku dah retak dari dalam.Aku dah hilang kata-kata positif dalam hidup aku.Aku dah rasa hilang.Perjalanan aku rasa sekarang kosong,aku bangkit untuk diri aku sahaja,tiada orang nak support aku dari belakang.Mana salah aku?Sebab aku pandai ke?Sebab umur kita jauh ke?Aku dah usaha sehabis baik namun tiada siapa nampak.Malah tiada siapa tahu aku terluka sebegini sampai pernah terlintas dekat fikiran aku untuk aku tamatkan hidup aku.

Orang nampak aku bahagia.Depan orang,semuanya indah.Aku ambil keputusan aku nak menyendiri seberapa lama untuk aku tengok masih ada ke ahli keluarga aku yang prihatin tentang aku macam mana aku risau dekat diaorang,macam mana rintihnya doa aku untuk diaorang.Aku haus kasih sayang,aku haus pujian dari keluarga aku.Bila aku berkeluarga nanti,akan aku hari-hari kasih anak aku,akan aku luahkan kepada mereka supaya mereka tidak rasa sakitnya hidup aku yang tidak pernah sekali mendengar perkataan sayang dari keluarga sendiri.Aku nekad untuk lalui semua ini sorang-sorang.Cuma,aku mintak kepada siapa yang membaca ini,bagilah aku semangat supaya aku terus kuat,aku tidak rasa sedih sebegini lagi.Orang kata keluarga je satu-satunya yang akan ada selalu untuk kita,tapi untuk aku,aku ada diri aku sahaja.Jalan untuk redha itu payah,tapi aku percayakan Allah.Aku akan hormat mereka dan aku akan sayang mereka,walaupun aku tidak diperlakukan seperti yang sama.Terima kasih kerana membaca,hilang sedikit beban yang berpuluh tahun aku tanggung seorang diri.

– Insan

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *