Aku Yang Sentiasa Bermasalah

Sejak aku masuk universiti ni aku jumpa macam-macam ragam manusia tak kira la bangsa apa pun cina ke india ke melayu ke perangai dorang ni sama je sebenarnya. Dorang ni jenis bercampur je bila berkawan takda puak puak la tapi perangai tu adab semua kurang sikit walaupun belajar kat universiti top kat malaysia ni tapi perangai haram sikit (aku tak cakap aku ni baik perfect macam malaikat).

Aku selalu ada masalah dengan roommate je aku taktahu la aku yang bermasalah atau memang dorang yang bermasalah sebenarnya. Memula tu aku duduk dengan sorang ni yang ada masalah sosial teruk jugak la semua jenis dia buat cakap je rokok, dadah, sex haa apa lagi semua dia buat. Tapi bab tu aku macam tak tak kisah sangat. Maksud aku, aku bukan tak kisah dia buat maksiat semua tu cuma aku bukan stress bab tu. Yang buat aku stressnya bila dia ada problem ke apa dia lepas kat aku yg tak bersalah ni. Memula tu aku okay la bagi nasihat slow talk bla bla bla tapi dia tak endahkan pon nasihat aku tu. Esoknya ada problem yang sama pastu ngadu kat aku lagi and aku cakap bla bla pon dia taknak terima. And esok lagi dia mengadu lagi like what the hell dude aku bagi nasihat kat kau taknak terima halah menyusahkan aku jela. Lepastu aku cakap kat dia kalau dia ada problem yang sama pliss jangan ngadu kat aku lagi sebab sesia jela aku nasihat pon. Lepastu dia selalu ngadu penat sebab banyak kerja meeting sana sini. Dah penat jangan join aktiviti banyak sangat lepastu susahkan orang. Tetiap hari okay siapa je tak stress sebab aku pon ada masalah aku jugak yang aku stress lepastu kau stress kan aku lagi dengan masalah kau tu. Lepastu dia ni jenis yang gedik nak mampus dan attention seekers. Sumpah doh annoying nak mampos sampai kadang aku abaikan je dia sebab malas nak layan. Aku selalu buat muka faceless je hahahaha peduli apa aku. Lagi dia seorang yang cantik suka bergaya tapi pengotor teruk weh tempat dah macam sarang tikus. Orang yang fashionista ni memang pengotor ke? Dah la tak suka mandi. Kau bayangkan ketiak dia peluh dia bau macam bawang serious shit okay muka je cantik. Ingat orang cantik kurus fashionista ni wangi ke? Kalau korang ada girlfriend macam ni cuba cuba la bau peluh dorang tu. Hahahahaha

Cerita kedua pulak pasal roommate jugak tapi orang lain la. Yela kan aku cakap tadi aku memang selalu bermasalah dengan roommate aku ni taktau la bala apa selalu dpt roommate mcm ni. Kesian aku kan. Yang ni dia okay la bukan jenis pengotor tempat dia bersih jela selalu kemas. Orangnya pun baik solat tak pernah tinggal. Memang baik la dan innocent amat sampai dia riak yang dia tu la paling baik dalam dunia sesuci dalam debu la kiranya. Dia suka pandang rendah kat orang yang bersosial macam yang free hair, yang kejap pakai tudung kejap tak pakai. Yg bercouple, yang tak solat yang solat hujung waktu. Sebab apa? Sebab dia rasa dia baik sangat macam malaikat la. Ye mmg patut benci perkara maksiat ni tapi dia suka kutuk belakang. Sumpah annoying gila. Aku pon jenis bersosial jugak mesti dia selalu kutuk aku kan. Dah tu jenis tak berani nak cakap depan depan. Contohnya bila ada perbincangan ke apa ke kan, kalau dia tak suka or tak setuju dia boleh iye kan benda tu. Sebab apa? Sebab nak nampak yg dia ni baik innocent ikut je cakap orang. tapi bila belakang dia dok marah marah like what the hell bitch kenapa masa bincang tak cakap pon halah hipokrit nak mampos! Pastu bila aku suruh dia cakap dia kata taknak pulak. Stress tau sampai naik jerawat kat dahi :(. Pastu kalau dah tahu badan tu berbau pliss la rajin mandi weh. Agagagaga aku pantang tau orang tak suka mandi ni kalau engko wangi macam kasturi takpela. Aku ni yang hadap engko tahu. Berambus la cepat weh.

Yang ketiga ni pon macam roommate aku yang first pengotor teruk harap je cantik hahaha. Kesian kan lelaki yang dpt girlfriend cantik ni luaran je cantik tapi dalaman mashaAllah pengotor kalah jantan tau. Boleh dia balik kelas berpeluh peluh pastu dia tukar baju je pastu dia baring atas katil????! Lepastu tengah malam baru nak mandi agagaga dah mandi tu pakai baju yg sama agagaga i kenot brain yknow. Pastu suka sepahkan tempat aku. Thanks weh!

Sorang lagi jenis kepala dia je betul. Semua nak kena ikot cakap dia. Kalau bincang isu apa pon mesti dia nak menang macam dia tahu segala benda dan dia je betul. Dia suka tolak opinion orang bulat bulat camtu je. Like girllll you’re not google okay!! Kalau korang rimas tak nak pergi memana kena berteman? Macam budak tadika jela. Aku ni kadang nak kan privacy. Alone! Suka betul nak pergi memana bersama. Rimas tau tak. Kalau boyfriend takpe aku suka yang clingy hehe

Sebenarnya banyak lagi aku nak share yg ni tak teruk sgt tapi penat pulak taip panjang. Tapi perasan tak roommates aku semua jenis tak suka mandi hahahaha. Aku tak cakap aku ni baik, cantik, pembersih tahap nampak habuk sikit pon aku rimas. NO! Cuma aku better la dari dorang hahaha. Aku bukan jenis suka share problems kat orang. Dengan mak aku pon aku jarang cerita tapi masalah dgn roommate ni ada jugak aku cerita bila aku tak boleh handle sangat. So sebab tu aku luah kat sini sebab dah lama sangat aku pendam. Biasa aku cerita kat boyfriend je hehe. Kenapa aku tak duduk sendiri? Sebab aku bukan jenis seorang yang berani time tidur.

Okbai!
– roommate awak yang stress

– Anonymous

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit