Assalamualaikum para pembaca semua. Salam 10 malam terakhir ramadhan. Tinggal beberapa hari saja lagi nak raya kan. Aku wish siap-siap la andai kata confession aku ni disiarkan. Selamat Hari Raya semua :). Tajuk dekat atas tu memang ditujukan untuk aku setiap kali raya 2 tahun sekali.
Kenapa tak rasa serba salah setiap tahun? Nanti aku cerita. Sebelum ni aku pernah confess dekat sini tapi komen-komen yang pembaca tulis banyak yang cop kan aku sebagai anak derhaka mungkin sebab penulisan aku tak sampai. Kali ni aku concentrate untuk Raya je. Harap confession kali ni aku dapat sampaikan dengan sempurna dan dapat kata-kata nasihat yang baik daripada anda semua :)
Aku Jas (of course bukan nama sebenar) anak perempuan sorang dalam family. Umur pertengahan 30-an. Dah berkahwin. Alhamdulillah anak 4. Masih tinggal dengan mak. Arwah abah dah lama meninggal. Abang long dah berkahwin dan dah ada rumah sendiri. Kami ada maid. Okey tu serba sikit pasal family aku.
Kenapa aku still tinggal dengan mak aku? Walaupun aku memang mengimpikan rumah sendiri, boleh deco rumah sendiri, ada bilik sendiri untuk anak-anak aku. Sebab itu arahan mak aku. Aku tak boleh pindah keluar even husband aku dah belikan rumah. Tapi rumah tu tak siap-siap lagi walaupun dah bertahun-tahun. Aku anggap tu mesti ada hikmahnya. Kalau aku ingkar mungkin sebulan, 2 bulan, atau berbulan-bulan mak aku tak akan cakap dengan aku.
Sekarang ni 1 bilik tidur semua anak-anak tidur sekali dengan aku & husband. Mak aku ada bilik sendiri. Walaupun aku dah berkahwin tapi aku rasa ketua keluarga aku adalah mak aku bukan husband aku. Benda ni jadi sejak arwah ayah aku dah tak ada. Even arwah ayah ada pun arwah selalu jugak ikut arahan mak aku.
Untuk pengetahuan semua, setiap hari mak aku akan ke masjid sebab ada ceramah atau kelas mengaji. Balik rumah, mak aku akan tengok fon reply WhatsApp kawan-kawan dia (mak aku banyak group WhatsApp dari group sekolah rendah sampailah ke universiti even group muslimat masjid pun ada). Setiap 3 bulan sekali mak aku akan travel dengan kawan-kawan ke oversea atau local (done part aktiviti mak aku). Yang ni aku kena mention sebab nanti orang ingat mak aku sunyi.
Masa aku kecik-kecik dulu setiap kali Raya kami akan balik ke kampung mak aku dulu. Raya ke3 baru balik kampung ayah. Setiap tahun macam tu. Okey tu kisah pasal Raya time aku kecik-kecik dulu. Siapa yang faham alhamdulillah.
Aku, husband & anak-anak akan balik ke rumah mertua 2 minggu sekali dan akan tidur 1 malam. Tapi untuk bulan puasa ni memang kami tak balik sana. Sebab husband aku suka solat terawikh dekat masjid kawasan kami. Aku & husband memang dari awal kahwin kami dah decide untuk bergilir time raya. 2 tahun lepas aku bergaduh dengan mak aku selepas raya. Time ni arwah ayah dah tak ada. Time tu memang turn raya belah husband.
Awal-awal memang dah bagitau dekat mak aku raya balik kampung husband. Mak aku tak membantah. Mak aku ok je. Aku pun assumed okey lah sebab sebelum ni tak ada isu pun. Kami balik sehari sebelum raya. Time arwah ayah ada semuanya tak ada masalah. Beberapa hari sebelum musim raya habis, mak aku all out semua perasaan dia. Kami gaduh. Time ni ada aku, mak & anak aku je (anak aku sampai sekarang ingat moment tu).
Mak aku cakap mak aku sedih sebab aku beraya belah suami. Kalau nak balik, balik lepas solat raya (time ni aku rasa serba salah sangat2. Aku rasa sesak sbb nak kena fikirkan perasaan mak & husband dalam 1 masa). Masa ni habis semua mak aku ungkit. Husband aku still ada mak, ayah & nenek lagi. Adat belah husband aku setiap kali lepas solat raya dorang akan bergambar ramai-ramai (pakcik makcik sepupu semua ada) & akan konvoi ke rumah saudara mara.
Adat belah aku pulak setiap kali lepas solat raya akan bergambar family (mak, family aku, family abg long) lepas tu duduk depan tv makan. Kalau ada tetamu kira bersyukur la. Kalau tak ada suasana raya kami jadi krik krik. Husband aku selalu tanya tak ada nak beraya ke mana2 ke? Aku jawab tak ada. Mak aku pun tak ada nak ke mana2 setiap kali tanya. So boleh bayangkan suasana raya kami macam mana. Mak aku saudara mara semua dekat kampung. Kalau nak balik tak boleh balik dengan 1 kereta. Sebab kereta kami bukan Serena, Estima mahupun Starex.
Jadi tahun ni perasaan serba salah tu datang lagi. Tahun ni raya belah husband. Dan aku ikut 2 tahun lepas punya arahan mak suruh balik selepas solat raya. Husband pun okey dia tak membantah sebab dia faham. Walaupun aku tahu dia nak merasa bukak puasa sekali dgn family dia & nenek dekat kampung. Family belah husband pun alhamdulillah boleh terima. Cuma aku takut nak dengar kalau ada yang cakap husband aku asyik ikut cakap bini je. Aku taknak dicop sebagai queen control. Aku tak suka.
Aku bagitau awal-awal dekat mak aku plan aku & husband untuk raya kali ni. Kami stay kampung husband 2 malam. Lepastu akan stay dekat rumah mertua 1 malam. Mak perli. Mak cakap “balik laaaa..balik la lama mana nak. Seminggu, sebulan, setahun. Ikut kamu orang la”. Aku macam…sedihnya. Kenapa mak tak faham anak mak ni ada hati lain nak kena jaga. Time ni memang aku cakap & discuss elok2. Tak ada cakap nada suara tinggi pun.
End up mak aku menangis cakap aku macam nak gaduh. Allah….sesak jiwa aku. Benda ni bukan kena dekat aku sorang je. Abg long pun kena jugak. Abg long lagi la setahun 2-3 kali je balik rumah mertua. Abg long akan stay rumah mertua dalam seminggu untuk Raya kali ni. Nak kena bertolak awal sebab takut jem.
Mak aku cakap dekat abang long aku “ait bukan baru balik ke 2 bulan lepas? Seronok pulak balik sana ye?”. Time ni aku dengar sebab mak aku buat loud speaker masa abg long call. Sekali lagi aku rasa sesak. Allah…mak…. Abang long selalu je balik rumah mak. Seminggu 2-3 kali datang. Tapi tulah…aku speechless tak tau nak cakap apa.
Pagi tadi selepas sahur tiba-tiba husband aku cakap (lebih kepada luahan perasaan). Dia cakap nak balik sehari sebelum raya. Time ni aku dah tak terdaya nak simpan perasaan. Aku menangis. Aku mintak maaf dekat husband. Aku nak kena jaga dua-dua perasaan dalam satu masa supaya berlaku adil. Aku rasa aku tengah tanggung dosa yang aku buat dekat mak & husband aku. Aku sampai tercakap dekat husband aku kalau dia kahwin dengan orang lain mesti takkan jadi macam ni.
Allah… hurmm…. aku rasa sampai sini jelah luahan perasaan aku. Niat aku bukan nak mengumpat atau mengaibkan mak aku. Cuma aku nak mintak pendapat & kata-kata nasihat dari pembaca semua supaya aku tak rasa serba salah. Selagi ada perasaan tu selagi tu aku rasa tak tenang.
Oh sebelum aku terlupa, last confession aku, ada yang cadangkan supaya bawak balik mak sekali ke kampung husband untuk Raya sekali. Kampung husband aku setiap kali Raya memang full house. Bilik semua penuh. Kalau nak sewa homestay, aku rasa husband aku pun nak merasa tidur sebumbung dengan family dia. Mak aku pun mesti taknak dan rasa tak selesa.
Okey lah sampai sini je luahan hati aku. Kalau ada ayat tunggang langgang aku mintak maaf. Aku tulis ni pun ikut apa hati aku kata. Terima kasih semua :)
– Jas (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit