Aku Yang “Something Wrong”

Hai semua readers IIUMC. Tujuan confession ini dibuat bukanlah untuk minta difahami jauh sekali untuk meminta simpati, tetapi hanya menginginkan perkongsian pengalaman daripada readers di sini yang mungkin mengalami situasi yang serupa.

Aku mengalami masalah menyesuaikan diri di tempat kerja. Dan masalah ini bukan berpunca daripada orang lain tetapi kegagalan aku sendiri untuk mengubah diri menjadi seorang yang pandai bersosial dan membina networking.

Untuk makluman readers sekalian, aku merupakan seorang yang sangat introvert (bukan self proclaim ya). Aku tidak pandai bergaul, bersembang kosong dan bergelak tawa atau apa-apa perkara seangkatan dengannya yang terlampau berlebihan (moderate okay)

Yang menjadi masalahnya, aku tahu tiada siapa yang boleh ubah diri aku selain aku sendiri. Tapi aku tak mampu. Aku cuba untuk fit in tapi aku rasa sangat drain, berpura-pura seronok, bergaul, cuba ikut bergelak tawa pada suatu perkara yang padaku tidak kelakar langsung menyebabkan aku rasa murung.

Disebabkan itu aku dipulau rakan sekerja lain kerana personaliti aku diluar norma kebiasaan majoriti. Setiap kali memikirkan untuk ke tempat kerja, aku akan menangis. Berharap yang esok hari aku akan kemalangan dan mati saja. Aku rasa tak bersemangat dan ingin tidur sahaja dan berharap cepat-cepatlah masa berlalu sehingga aku tua.

Aku sudah melalui 4 jenis pekerjaan, dan aku tak mampu fit in untuk semua jenis pekerjaan ini, kerana semuanya memerlukan interaksi yang sangat tinggi antara manusia.

Aku ada juga rakan yang peelnya seperti aku, dia juga mengalami masalah yang sama. Tetapi sekarang dia sudah boleh bekerja dgn stabil memandangkan pekerjaannya tidak memerlukan dia untuk bergaul, hanya mengadap komputer dan key in data client.

Aku juga 4 tahu dulu pernah praktikal di sebuah syarikat yang mempunyai work nature yang berulang2, mengadap komputer dan bermain dgn data, dan aku sangat gembira dgn apa yang aku lakukan.

Masa aku menaip confession ni aku menangis sebab aku rasa mcm aku sangat loser. Macam aku bukan manusia normal.

Kenapa orang yang tak boleh fit in dalam masyarakat boleh lahir dan kenapa orang yang tak boleh fit in tu ” aku ” daripada berbilion orang lain yang ada di atas muka bumi ini. Aku tak tahu samada aku yang teruk, atau aku belum menjumpai pekerjaan yang sesuai dengan diri aku.

Sebenarnya, aku tak tahu mengapa dengan diri aku. Aku rasa tidak seronok, tidak semangat. Seandainya ada ubat yang boleh buat aku seronok dan bersemangat, ketawa sepanjang hari bersama ofismate yang lain aku pasti akan makan, sebab aku juga ingin diterima sebagai sebahagian daripada mereka.

– AKU (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *