Aku Yang Sudah Berkahwin

Assalamualaikum semua, nama aku Hariz (bukan nama sebenar) aku hanya nak luah kan apa yang aku rasa, dah lama aku pendam mungkin aku perlu luah kan demi kesihatan mental aku.

Aku berumur hampir 30 tahun, berkahwin nak masuk dekat tiga tahun. Aku dan isteri belum ada rezeki nak ada anak.

Aku bukan lah suami yang baik sangat, solat tu on off kadang kadang tidak, mungkin ini lah salah satu punca masalah aku.

Aku dan isteri bekerja, dah hampir tiga bulan work from home. Kalau tidak work from home setiap hari aku akan hantar dan jemput isteri balik kerja.

Bab nafkah, alhamdulilah aku mampu bagi isteri aku elaun bulanan dua ratus sebulan (setakat ni aku rasa banyak tu aku mampu bagi), grocery setiap bulan memang semua aku yang beli,

Kadang ayam ikan dan daging dalam freezer tu boleh tahan dua tiga bulan jugak lah, rumah on me,

Boleh kata kan semua aku bayar daripada wifi, neflix, maintenance fee and other expense kecuali bil elektrik dengan kereta isteri aku which is dia yang bayar.

Aku suruh dia bayar bil elektrik bukan sebab aku tak mampu tapi nak bagi dia sense of responsibility.

Bab gaji dia aku tak pernah usik pun dan aku tak nak ambil tahu apa yang dia buat dengan gaji dia.

Okay settle yang tu, aku ada a few problem dengan isteri aku. First dia tak rajin nak masak kat rumah, even kalau weekend pun susah nak masak, aku pun tak pasti sebab apa.

Kalau rajin aku akan masak, kalau tak memang order grab food or beli kat restaurant lah which is on me.

Second dia kurang rajin nak lipat baju. For the record, last year aku boleh kira berapa kali dia lipat baju, last year baju tu tu either aku lipat atau aku upah orang lain aku datang rumah suruh tolong lipat kan.

Third aku tak selesa dia sibuk dengan handphone dia nak nak sekarang ni sampai pukul satu dua pagi baru tidur sebab dengan handphone.

Awal tahun baru hari tu aku ada discuss benda ni dengan dia sebab dah almost dua tahun kan macam ni so aku decide nak tegur juga.

Alhamdulilah dia berubah tapi itulah tiga bulan pertama saja then jadi macam biasa.

Lepas tu ada aku tegur tapi tak direct lah which is kadang aku macam perli and bagi hint kat dia macam tu. Tapi tu lah macam tak berapa berkesan.

Aku bukan apa malas nak marah marah so kadang kadang tu berdiam lebih baik kan.

Mungkin work from home ni buat aku burn out kotaku dah macam dah tak boleh tahan.

Macam aku cakap mungkin sebab masalah ni sebab aku solat on off kot.

Sekarang apa yang aku rasa adalah aku nak bagitahu dia aku nak berpisah secara baik dengan dia tapi patut tak aku buat macam tu ya?

To be honest, apart from the said problem, aku dan dia tiada masalah lain pun. Semua memang okay tapi itu lah.

Kita berkahwin nak saling melengkapi and give and take kan. Sampai bila aku nak macam ni.

Should i face this for the rest of my life just to save this marriage atau ada apa apa solutions lain. Serious aku dilemma sangat.

Please bagi pendapat dekat aku, maaf kalau ada yang rasa aku tak sepatutnya share story ni. Sekarang memang apa yang ada dalam kepala otak aku adalah berpisah secara baik.

Korang rasa macam mana, tolong bagi pendapat.

Bukan suami yang baik,

– Hariz (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *