Aku Yang Sukar Dimengerti

Assalamualaikum semua… Andai confession ini tersiar aku ingin ucapkan ribuan terima kasih kepada admin IIUMC.

Aku harap kamu semua faham apa yang ingin aku sampaikan memandangkan aku bukan lah pandai sangat menulis karangan.

Aku harap kamu semua jangan lah judge aku teruk sangat, sebab aku tahu aku akan bertambah sedih. Aku cuma ingin berkongsi masalah.

Untuk makluman, aku ada satu penyakit anxiety yang berpunca dari overthinking. Dan benda ni selalu merosakkan hubungan aku.

Kalau aku ceritakan pada orang yang tak faham, mesti akan tuduh aku mengada-ngada, kuat cemburu, selfish dan sebagainya lah. Sungguh aku sedih.

Even ibu aku sendiri tuduh aku sengaja biarkan perasaan aku tu manipulate aku.

Truth is, there’s no such thing “biarkan” it’s uncontrollable. Lately, dah jadi makin serius. Dan aku yakin, kisah hidup aku dari aku kecil sampai dewasa ada bersangkut paut dengan penyakit ni.

Sebab aku ada baca yang anak perempuan yang membesar tanpa kasih sayang seorang bapa akan cenderung menjadi terlampau berharap pada pasangan. Mungkin tak semua. Tapi aku mungkin.

Masa aku kecil dulu, parents aku bercerai ketika umur aku sembilan tahun. Aku adalah seorang yang sangat rapat dengan ayah aku. Sangat-sangat rapat.

Aku memang dari kecil malu dan sedih dengan perceraian parents aku. Aku malu bila dalam kelas aku, hanya aku yang datang dari broken family.

Tambahan lagi budak lelaki kelas aku saban hari mengata aku. Aku agak terjejas sebabnya aku sayangkan ayah aku, tapi aku kena duduk dengan mak aku.

Bayangkan aku masih kecil, tapi aku dan kena korbankan perasaan aku.

Selepas bercerai, ayah aku kahwin dengan ibu tiri aku yang merupakan kawan baik mak aku sendiri. Kami tinggal di kampung yang sama.

Tapi selepas ayah aku kahwin lain, dia tiba-tiba berubah. Dia tak mengaku aku anak dia. Dia abaikan aku dan adik aku. Nafkah langsung tak diberi.

Mak aku yang susah payah besarkan aku dengan adik aku. Aku tak tau macam mana nak cakap perasaan aku masa tu. Ayah sendiri tanpa sebab tak mengaku aku anak dia.

Growing up, aku banyak kali putus cinta. Setiap kali putus cinta aku akan jadi macam orang gila. Aku memang fobia ditinggalkan.

Dan kerana terlampau kerap aku kena tipu, dicurangi, aku dah jadi makin susah nak percaya pada lelaki.

And recently, aku ada someone, masa aku awal-awal kenal dia sebenarnya I tried to push him. Sebab aku takut nak terima. Aku selalu fikir bila aku sayang je mesti aku kena tinggal.

Tambahan lagi awal lagi dia dah bagitahu aku, dia memang jenis yang selalu kena tinggal sebab kerjaya dia yang sentiasa sibuk.

Bila aku dengar tu, aku dah takut aku dah tau aku bukan yang jenis boleh dibiarkan. Aku akan mula fikir bukan-bukan.

Tapi aku cuba, dan aku sebenarnya bukan jenis yang nak dia mesej aku 24 jam. Cukup dia bagitahu aku dia tengah buat apa jadi la. Aku memang tak kan kacau.

Cuma jangan langsung terus diam. Aku memang trauma dengan silent treatment. Aku akan terus fikir aku akan ditinggalkan. Aku tak kan boleh tidur. Dan bila aku mula fikir bukan-bukan, aku yakin susah lelaki akan tahan.

Dan this relationship aku rasa paling teruk aku pernah rasa. Aku dah jadi macam gila. Aku boleh check dia punya “follow” dan “following” instagram, aku check satu-satu aku takut dia curang belakang aku.

Tambahan lagi dia ada rupa. Dan baru-baru ni, aku stalk ex girlfriend dia, dan lepas tu aku nangis sebab aku jadi insecure bila tengok ex girlfriend dia sangat cantik.

Tambahan lagi mereka berdua putus kerana tak dapat restu ibu-bapa. Bukan kerana masalah sesama sendiri. Masing-masing putus masa tengah sayang. Dan dia selalu sebut pasal sakitnya hubungan putus ditengah jalan.

Banyak lagi aku buat yang menyebabkan hidup aku sendiri dalam kemurungan.

Baru-baru ni aku tanya dia, dia perasan tak yang aku dah jadi macam toxic, aku dah jadi macam beban pada dia.

Aku sebenarnya rasa sedih, setiap masa aku rasa bersalah, aku rasa jadi beban pada dia, aku rasa aku menyerabutkan dia bila aku asyik nak marah dan tak percaya pada dia.

Aku selalu mintak maaf, aku tak niat nak jadi macam tu, aku dah banyak kali rasa aku perlu undur diri. Tapi aku tak mampu. sebab jenis macam aku bila aku sayang, aku akan sangat sayang.

Tapi aku dah makin teruk. Aku menyebabkan diri aku stress, dan secara tidak langsung dia akan terjejas sama dengan perangai aku.

Aku dah tahap bila aku tengok dia post pasal lagu, aku akan asyik fikir lirik lagu tu dia ingat pada siapa. Aku gaduh teruk hari tu, sebab aku suarakan pasal ni.

Dia marah aku suruh ubah pernagai, tapi ingat senang ke? aku bukan saja-saja. Aku sampai tahap saban hari mimpi dia tinggal aku. Aku bangun tidur dan menagis. Bukan sekali. Banyak kali!

Dan sekarang ni benda tu jadi lagi. Benda yang aku dah imagine akan jadi. Dia bagi aku silent treatment. Call aku berhari-hari tak angkat. Whatsapp aku dia tak baca.

Bukan setakat tak reply. Tak Baca. Korang bayang tak macam mana aku rasa? macam mana aku hadap hari-hari aku terpaksa pura-pura happy depan orang.

Aku dah langsung tak boleh tidur. Aku check last seen dia hari-hari.

Aku rela kalau dia terus terang dah tak nak aku dari seilent treament. Atau dia block saja aku, selagi macam ni aku rasa nak gila.

Kadang-kadang rasa baik aku mati je senang.

– Izdihar (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *