Aku Yang Tak Bersyukur?

Assalamualaikum buat semua pembaca IIUM Confession. Nama aku D (bukan nama sebenar). Aku tak tahu la nak luahkan macam mana perasaan aku ni. Takut kena kecam ja..

First sekali aku sudah berkahwin dan sekarang ni masih dalam cuti bersalin. Aku seorang penjawat awam dan suami bekerja di sektor swasta.

Alhamdullilah aku dikurniakan seorang suami yang sangat baik bertanggungjawab dan tidak pernah berkira langsung hal duit. Segala keperluaan aku dan anak akan disediakan dengan sempurna.

Tetapi entah la kenapa aku rasa aku ni tidak bersyukur. Aku berkahwin ketika berumur 30 tahun dan suami muda dari aku.

Oleh kerana agak lewat berkahwin suami memang berhasrat untuk cepat dapat anak sedangkan aku bukannya tidak bersedia tetapi kalau boleh hendak mengandung setelah 5 atau 6 bulan berkahwin.

Aku nak sangat habiskan masa berdua bersama dengan suami. Kami kenal atas sebab kawan-kawan yang kenalkan. Jadi tempoh perkenalan kami singkat saja dalam tahun yang sama kami bertunang dan kahwin.

Macam-macam aku plan macam untuk pergi bercuti, hiking dengan suami aku tapi tergendala sebab pkp.

Dipendekkan cerita genap sebulan aku disahkan mengandung. Suami orang yang paling gembira sekali apabila tahu aku mengandung. Aku rasa happy sangat apabila bakal bergelar ibu. Maka bermulalah rutin bulanan ke klinik kesihatan.

Dengan alahan pada awal 3 bulan pertama dan semakin ok apabila masuk bulan yang ke 4. Aku dan suami pjj kerana rumah yang kami beli masih tertangguh akibat pkp. Jadi aku duduk di rumah keluarga aku dan suami masih lagi menyewa di tempat yang sama.

Suami akan balik seminggu sekali apabila dia cuti dan kadang-kadang masa hendak bawa aku ke klinik. Itu tidak jadi masalah bagi aku kerana aku sudah biasa bergerak sendiri sebelum kahwin.

Apabila sudah tiba due date untuk bersalin tetapi aku masih tidak rasa tanda untuk bersalin aku kena admit ward dan telah di induce.

Macam-macam sakit yang harus aku lalui termasuk sakit untuk cek bukaan, sakit contraction dan sakit sewaktu bersalin itu tak perlulah diceritakan lagi. Hanya orang yang pernah merasainya saja yang tahu macam mana sakitnya apabila bersalin.

Suami pada ketika itu tidak boleh masuk sekali dalam labour room kerana masih dalam tempoh pkp. Oleh kerana tiada pengalaman bersalin maka panjanglah luka yang perlu dijahit.

Hanya Allah sahaja yang tahu betapa sakitnya dijahit dalam keadaan kita yang sedar. Pada waktu tu aku rasa cukuplah kali ni saja aku mengandung.

Setelah selesai semua urusan di hospital aku dibenarkan pulang bersama anak. Apabila masuk hari ketiga anak pulak ada kuning dan hari2 terpaksa ke klinik untuk diambil darah.

Dengan sakit bersalin dan terpaksa keklinik menyebabkan luka aku perlu dijahit kali kedua kerana terbuka akibat bergerak banyak sewaktu berpantang.

Pergilah aku kehospital untuk serah diri kali kedua dan ibarat seperti bersalin lagi seorang kerana sakitnya dijahit tu sama saja sewaktu mula-mula.

Bermulalah episod aku menjaga anak tanpa suami disisi yang hanya pulang pada hujung minggu. Masa suami ada memang dia yang akan jaga anak. Cuma bila dia kerja saja la tinggal aku jaga anak.

Sewaktu berpantang aku rasa stress sangat sebab anak aku susah untuk tidur. Anak aku boleh dikatakan high demand baby kerana hampir sepanjang masa dia hendak didodoi dan diriba.

Kalau letak dibawah dia akan menangis. Kalau dah tidur pun tak berapa nyenyak. Aku pun tidak tahu nak buat macam mana lagi. Kadang-kadang sampai kepagi aku tidak dapat tidur.

Aku dah cuba letak dalam buaian tapi masih sama juga. Pada waktu siang ok lagi sebab boleh bergilir-gilir jaga dengan mak dan ayah aku cuma waktu malam aku tidak mahu menyusahkan mereka.

Aku rasa macam ibu tak guna sebab anak asyik menangis. Tak dapat tenangkan dia. Rasa down sangat. Kadang-kadang aku rasa macam nak cubit ja dia kuat2 bagi diam.

Aku takut duduk sorang- sorang sebab aku takut nanti aku tak boleh kawal diri. Sampai ada masa aku rasa macam nak bagi ja orang lain jaga. Aku ni dah meroyan ke?

Dah nak gila? Lepas tu aku menangis bila pikir balik dia tak tahu apa-apa. Ibu jenis apa aku ni kan. Sedangkan binatang pun tahu sayangkan anak. Anak aku tak minta dilahirkan pun. Aku takut sangat nanti kalau Allah nak uji aku dia ambil balik anak ni dari aku.

Sedangkan orang lain bertahun -tahun tunggu nak anak. Aku ni yang tak sampai setahun kahwin dah dapat anak macam tak bersyukur kan. Suami aku selalu nasihatkan supaya sabar biasa la budak-budak nak biasakan diri.

Aku sayang anak aku. Anak aku comel sangat sihat semua tapi aku sedih sebab ada perasaan macam ni. Macam ada benda bisik dekat telinga suruh aku rasa macam ada anak ni susah. Nak buat apa pun tak boleh. Ya aAlah berdosanya aku.

Nanti kalau aku mula kerja macam mana. Ada ke orang nak jaga anak aku nanti. Aku sampai nak suruh suami aku berhenti kerja cari kerja yang dekat sikit dengan rumah senang tak payah tinggal aku dengan anak dah.

Tapi faham saja la musim covid sekarang ni dengan komitment tinggi. Apa yang aku kena buat? Aku stress sangat. Aku sedih dan marah dengan diri aku sendiri.

Ibu yang berdosa,

– D (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *