Aku Yang Tak Dihargai

Hari ni genap usiaku 29 tahun tanpa satu pun pencapaian untuk diri aku. Segala galanya aku korbankan untuk keluarga namun aku rasa tak dihargai apatah lagi di ingati.

Aku kakak sulung dari 4 adik beradik. Mak Ayah orang kampung yang miskin pada ketika itu. Aku bersekolah dengan serba kekurangan tapi aku sangat cemerlang dalam pelajaran.

Aku nekad habis SPM untuk kerja dan bantu keluarga. Aku tak sanggup tengok mak ayah aku hari hari balik lewat dari kebun menoreh. Mak aku selalu stress sebab kepenatan.

Berbekalkan SPM aku merantau ke Kuala Lumpur seorang diri mencari kerja dan mahu bantu ekonomi keluarga.

Alhamdulillah aku berjaya survive walaupun perit ketika itu, aku diterima bekerja dengan permulaan gaji RM700. Aku makan bercatu demi membantu keluarga.

Tiap kali gaji aku hanya ambil RM50 untuk sebulan perbelanjaan, selebihnya aku kirim pada mak. Struggle is real.

Macam macam kerja part time aku buat untuk menampung perbelanjaan. Siang malam fikir nak buat duit.

Setelah beberapa tahun, ekonomi keluarga aku semakin baik. Gaji aku meningkat dan aku mampu beri mak 2ribu sebulan dan mampu setelkan hutang lapuk keluarga.

Mak aku happy sangat dan aku rasa berguna menjadi anak.

Macam biasa aku hanya ambil beberapa ratus untuk kelangsungan hidup aku. Aku tak pernah bermewah dan tak pernah berkira dengan mak ayah.

Hidup aku hanya kerja dan balik kerja. Cukup masa gaji terus kirim pada keluarga, aku tak pernah fikir untuk bersosial, apatah lagi nak bercinta.

Aku berkawan sekadar di tempat kerja. Hidup aku boring kan? Begitu la rutin harian aku selama bertahun tahun. Aku langsung tak fikir untuk diri aku.

Segala pergorbanan aku rasakan seakan sia2 dan tiada apa untuk aku ketika ini sesaat ini untuk seorang gadis berusia 29 tahun. Kecewa dan sedih menemani aku ketika ini.

Hari ni baru aku sedar yang aku berseorangan sepanjang pergorbanan aku menjaga keluarga.

Mak aku langsung tak menghargai apa yang aku buat, dimata mak aku seoraang anak yang tak ada apa nak dibanggakan. Bila cerita pasal aku mak selalu merendahkan aku.

Mak kata aku kerja bertahun tahun pun tapi kereta pun tak mampu beli. Tak sama macam adik aku, baru kerja dah boleh beli kereta. Mak tuduh aku berjoli dan membazir.

Mak kata aku dah tua tapi pasangan pun takde lagi, mak kata dia hairan dengan aku kerja bertahun tahun tapi satu apa aku tak mampu beli. Dengan motor buruk saja aku kehulur kehilir. Balik kampung pun masih naik bas.

Allahu rasa teruk sangat bila benda macam tu keluar dari mulut mak. Sikit pun dia tak ingat aku jadi macam ni sebab apa. Sampai sekarang aku tak pernah berhenti kirim duit beribu pada mak.

Aku cuba untuk tak ambil hati, ikhlaskan diri tapi bila selalu sangat mak persoalkan aku, merendah2kan aku didepan adik beradik, tuduh aku macam2 aku mula sedih.

Aku mula berfikir dimanakah salah aku sampai aku kena macam ni. Hati aku mula sakit.

Tak nampakkah pergorbanan aku selama ni? Tak kah mak tahu yang aku sangat sakit ketika survive seorang diri? Jiwa aku terluka. Patutkan aku ungkit semua benda yang aku buat? Aku buntu.

Aku tak pernah mengharapkan balasan atau pujiaan, cukuplah mak hargai apa yang aku korbankan selama ni. Mungkin sudah tiba masanya aku fikirkan diri aku semula.

Minta doa dari semua moga urusan aku dipermudahkan dan aku terus ikhlas dlm semua aspek yang aku lakukan.

– Cik Manis (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *