Sejujurnya aku taktahu apa perasaan orang yang mengalami depression. Cuma bila aku baca ianya sejenis illness, naik seram jugak bulu roma. Tapi bila aku makin banyak membaca pasal post2 orang yang pernah mengalami depression ni, buat aku terfikir, hati aku ni kering sangat ke sampai takde pun rasa macamtu?
Aku dilahirkan dalam keluarga sederhana, tak kaya dan tak miskin. Arwah ayah meninggal masa aku sekolah rendah, jadinya tak banyak lah memori sangat. budak2, nak igt ape lah sgt kan. jadinya, mak lah yang membesarkan kami lima beradik. ayh meninggalkan pencen, aku pulak anak bongsu.jadi mak hanya jadi surirumah sepenuh masa menjaga kami. masa aku sekolah menengah, abg sulung aku dah kerja, so xde lah rasa terbeban sangat kewangan. setakat nak makan kepsi sekali sekala tu kira boleh lagi lah. sekarang kepsi mahal wo. baik beli ayam goreng abg din.
So, kembali kepada soal depression. Aku serius tak faham dengan orang yang mengalami depression, tapi betul aku simpati dengan keadaan dorang. Lagi2, sampai kes suicidal. Tapi, perlu ke depressi sampai ada suicidal thoughts? Maksud aku, yes, hidup semua orang mesti ada pasang surut. Ada waktu kita bahgia, ada waktu kita berduka. Macam aku dulu, waktu kecik lagi arwah ayah dah takde. Nampak la mak bersedih bagai. Tapi aku respek mak, hanya takat mengalir air mata je. Xde meraung bagai. Mak selalu usap kepala aku time tu sambil cakap, “abah tu tuhan bagi pinjam kejap je. Tapi adik jangan lupa, tu pinjaman paling berharga buat kita”. sampai sekarang aku igt ayat tu, mana taknya tiap2 malam aku dengar ayat tu.
aku pernah juga sedih dan murung. tapi takdelah sampai berbulan2 atau bertahun. paling2 pun seminggu dua je. dan takdelah sampai ada kes suicidal thoughts. tapi mungkin lain orang, lainlah limit dia kan. macam aku, aku diajar dari kecik lagi, untuk bersyukur dengan apa yang orang ada. Jangan tengok apa yang ada dalam piring orang lain. sebab kalau kita selalu tengok, kita akan jadi antara dua jenis orang.
yang pertama, kalau orang tu lagi susah dari kita, kita akan jadi riak. sebab kita akan rasa kita lebih elok dari dia. contohnya lagi pandai ke lagi kaya ke etc etc. yang kedua pulak, kalau orang tu lagi senang dari kita. kita akan jadi dengki. mulalah kita cuba berlawan nak jadi better dari dia atau pun kita akan jatuhkan dia. kalau jadi better, kita akan jadi riak. kalau kita tak boleh jadi lebih, hat tu la yg start pakai bomoh bagai. ataupun mungkin kita akan rasa kita ni terlalu bodoh dan mungkin inilah yang menjurus kepada depression.
kenapa perlu depressed? cuba lihat sekeliling kita. dunia ni luas. terlalu banyak kebahgiaan yg boleh kita kejar. buat apa yang kita minat. buat apa yang membahgiakn diri kita selagi mana tak bertentang dengan ajaran agama atau menyusahkan orang lain. kita punya pilihan. hidup kita, kita yang tentukan, bukan orang lain yang tentukan. mak ayah akan meninggalkan kita suatu hari nanti. adik beradik akan ada keluarga sendiri. kelak, kita hanya ada diri sendiri je nak bergantung hidup. dah tu, kenapa perlu depressed pasal orang lain atau kebendaan? hat ni la yg aku tak faham.
aku pernah sedih sebab fail semster. tapi adakah aku depressed? tak, aku pergi keluar main boling dengan kawan. cerita dengan kawan. dorg upkan semangat aku balik. aku repeat sem. aku belajar dua kali ganda dari sem lepas. aku lulus dengan jayanya.
aku pernah sedih sebab putus cinta. tapi adakah aku depressed? tak, aku pergi cerita dekat kawan aku. lepas cerita tu, baru kawan aku pi cerita pasal background si dia yang sebenarnya. lepastu kami ramai2 start mengutuk dan mengumpat dia. haa kan best tu.
aku pernah sedih sebab selalu kena ejek waktu sekolah dulu. gemok, badak, gajah,etc2. tapi adakah aku depressed? tak, aku buat bodoh je sebab masa tu aku sekolah rendah lagi, mana nak faham hahaha. tapi bila naik sekolah menengah, adakah aku depressed? pun tak, cuma sedih lebih sikit. lepas tu dekat 3 tahun aku ambil masa kuruskan badan. masa form 4 ke form 5, hamek kau. berduyun kenyit mata kat aku.
aku pernah sedih sebab putus tunang. tapi adakah aku depressed? tak, sebab aku yang putuskan. gila kau, belum kahwin, dah cuba nak ‘ringan2’ ngan aku. no way, laki camni, lepas kahwin, kau akan bakal jumpa dengan bakal bakal madu kau.
aku pernah sedih sebab kereta aku remuk kena langgar. total lost jugak lah, sebab nak repair ribu riban. tapi adakah aku depressed?tak, aku pi beli kete baru. cuma sedih la skit sebab kete lame tu aku sayang gila wo.
see, setiap benda yang terjadi ada macam2 cara. tapi hanya kita yang memutuskan untuk bersedih dan terus bersedih atau buat something yang boleh menyelesaikan masalah tu. biarlah orang nak cakap depression is a mental illness, but I do believe every illness has its cure.
untuk kamu semua yang mengalami depression, lihat dalam cermin malam ini.
tataplah muka sendiri.
dan tanya pada diri sendiri.
“Perlu ke aku terus bersedih?”
Terima kasih. as salam.
P/s: sorry kalau ayat terabur, aku belajar tak pandai mana. tapi saja try la kot tulisan aku ni dapat membantu rakan2 yang mengalami depression. mak aku selalu pesan, tolong orang selagi kita mampu.
– Miss No Depression
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit