Hi nama aku Matahari (bukan nama sebenar). Aku terasa nak meluahkan sebab tak de tempat aku nak berkongsi. Maaf la mungkin tulisan aku ni banyak bersepah.
Aku dah kahwin 4 tahun. Hubungan aku dengan suami elok sahaja.
Aku daripada broken family sejak dari kecil lagi.
Jadi aku berkahwin dengan harapan untuk mencari keluarga yang aku boleh anggap completekan aku. Sebab aku teringin sangat nak jadi macam orang lain. Cuti-cuti dengan family, kumpul ramai-ramai.
Aku awal-awal kahwin aku rasa in law aku okay je. Tapi makin lama, aku makin rasa banyak sangat kekurangan yang aku tak boleh terima.
In law aku tak lah tahu sangat history family aku, tapi aku offended sangat sebab ada one time tu dia suruh aku lupakan past aku yang related dengan parent aku punya divorce.
Which is benda yang buat aku almost depression.
Imagine kau membesar dalam keadaan yang tak cukup attention, suddenly orang suruh kau move on macam tu?
Sakit tahu tak.. aku memang dalam process nak heal. Tapi bila dia cakap macam tu, aku betul-betul sedih sebab dia tak tahu macam mana aku membesar & dia anggap benda tu macam small matter je.
Haritu, suami aku call parent dia. Dia just cerita yang parent aku tak sihat sangat.
Lepastu reaction dia, dia boleh cakap dengan laki aku yang parent aku kan lagi muda dari dia.. dah sakit ke? Aku rasa geram sangat masa dengar tu, sebab pada aku siapa nak sakit?
Tak de orang nak sakit & sakit itu juga ujian.. kenapa mepersoalankan kerja Tuhan?
Kadang-kadang aku tertanya-tanya, agak-agak biras aku, in law aku cakap benda-benda macam ni juga tak? Sebab ada je biras aku punya parent yang sakit.
Aku kadang-kadang geram dengan laki aku sebab dia jenis yang baik. Tapi baik yang tak bertempat.
Aku selalu rasa macam kena tindas dengan family dia & kawan dia. Tapi laki aku selalu senyap. Aku rasa banyak sangat yang terpendam dalam hati aku ni.
Everytime aku confess kat laki aku, yang aku terasa dengan parent dia.. dia akan back up parent dia.. aku rasa macam dah buntu, aku berharap dia faham.
Tapi entahlah, aku pun bukan nak dia gaduh dengan parent dia.. aku just nak dia slow talk je dengan parent dia benda-benda yang sensitive ni.
Entahlah, aku kadang-kadang bila fikir benda ni rasa nak give up pun ada. Banyak je benda yang tak terluah lagi. Mungkin ada orang diuji lagi berat dari aku, tapi kita semua berbeza.
Mungkin benda ni berat untuk aku, Aku dapat meluahkan ni terasa lapang sikit dada aku. Aku harap diaorang boleh faham & jaga perasaan aku.
Dear readers, aku harap korang doakan aku agar in law aku berubah menjadi orang yang lebih memahami & sayangkan aku macam anak diaorang sendiri.
– Matahari (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit