Aku anak sulung dalam family dan anak tunggal perempuan punya 4 adik lelaki. Aku dah pun berkahwin hampir 10 tahun yang lalu dan dikurniakan dua orang cahaya mata.
Alhamdulillah kehidupan aku bahagia seadanya walaupun suami aku bukan dari keluarga yang kaya.
Untuk makluman korang suami aku bukanlah menantu pilihan ayah dan mak aku. Mereka tak suka sangat suami aku sebab suami aku tu dulu seorang duda tapi takde anak dan suami aku ni pun kerja biasa² saja.
Tapi disebabkan cinta dan gerak hati yang kuat aku tetap pilih dia sebagai suamiku kerana aku yakin yang aku akan bahagia dan yang nak hidup dengan dia adalah aku.
Sebelum nikah ayah dah pesan awal² dia tak nak kami tinggal serumah dengan dia. dan kami awal² dah cari rumah sewa untuk kami mulakan hidup baru.
Aku ingatkan bila dah ada anak ibu dan ayah dapat layan suami aku dengan baik, tapi rupanya tidak.
Ada satu malam tu kami berdua nak makan nasi dekat umah mak. Tiba² mak jerit, “makan tu jangan abiskan. Penat aku masak”.
Sedangkan kami yang terakhir sekali makan masa tu. Suami pun terdiam. Terus rasa cam takde selera dah. Aku menangis dan minta maaf pada suami.
Start dari hari tu suami aku tak pernah lagi makan nasi kalau datang umah mak dan mak ayah aku pun tak pernah pelawa suami aku makan atau minum.
Walau camne pun suami aku tetap hormat mak dan ayah aku dengan baik sebab dia sayang aku. Tapi aku sedih sampai bila aku terpaksa hadapi semua ni.
Kekadang aku berpura² yang aku ok tapi hakikatnya aku memendam sejuta rasa!!
Ada satu hari tu mak aku ternampak aku beli barang² dapur untuk masak. Aku tak tau apa yang mak aku cerita pada ayah.
Tiba² ayah caal aku bagitau kalau penat ke tak sihat tak payah masak untuk laki kau. Tak payah layan laki kau.
Kalau aku basuh baju ayah akan marah cakap laki kau buat apa. Ya Allah aku rasa hidup aku terkongkong sangat². Semua benda yang aku buat tak betul.
Kalau keluarga aku pergi bercuti mak aku awal² dah pesan laki kau tak payah ikut. Kalau time raya plak dia suh suami aku balik kampung jangan beraya dengan aku dengan alasan suami aku masih ada mak balik la tengok mak dia.
Jauh di sudut hati aku kesian dekat suami aku. aku tahu dia rasa sesuatu tapi dia tetap tersenyum dan tetap jalankan tanggungjawab dengan baik.
Kenapa aku terkongkong?? Sebab mak dan ayah selalu atur kehidupan aku. dari aku kecik sampai aku dah kawin.
Aku tak nak jadi anak derhaka tapi syurga aku pada suami. Serius aku dah mula rasa kecewa dengan semua ni. Aku lah yang paling banyak berkorban untuk keselesaan mak ayah aku dan adik².
Aku sanggup balik lambat demi selesaikan dulu hal² dekat umah mak dan ayah. Tapi akhirnya aku tetap disalahkan. Aku tak pernah luahkan pada sape² sebab tak nak keadaan lagi keruh.
Kekadang sambil drive aku menangis mengenang semua ini. Tapi aku tak pernah menyesal memilih dia sebagai suamiku.
– Fatihah, 39 tahun (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc. com/submit