Aku Yang Terlalu Obses Dengan Kucing

Assalamualaikum.. Aku Mak kepada Mummy, Samudra, Langit dan Bunga..

Sebelum ini, Aku tak pernah melihat kucing dengan pandangan sayang dan cinta. Tapi aku bukanlah tidak suka pada kucing. Bagi aku kucing haiwan yang biasa dan tidak mendatangkan keuntungan pada pemilik kucing.

Selama ni aku selalu persoalkan pemilik kucing kenapa mereka memilih untuk membela kucing yang tugasnya tidur, makan dan main.. Apa mereka tidak mempunyai hobi atau kegiatan lain selain membela kucing?

Keluarga aku tidak berapa gemar pada kucing.. Dulu waktu kucing jiran berak dan kencing di hadapan rumah kami.. Boleh dikatakan kami stress dengan keadaan tu.

Dengan bau dan najis ‘mereka’ bersepah-sepah lagi. Dari air sirap sehingga ke air kopi ibu aku curah dekat tempat bekas najis ‘mereka’. Tuan ‘mereka’ buat tak tau bila kami menjerit pasal isu ini. Lagilah buat kami tak suka kucing..

Aku tau pandangan aku dulu salah.. tapi kucing selalu datang dekat aku..

Kekadang aku hairan kenapa kucing pilih aku dari banyak-banyak orang dekat kedai makan. Sedangkan aku bukan makan sorang kekadang satu kumpulan kami ke kedai makan.. kucing tetap menepek dekat kaki aku minta makanan.

Tapi aku tidak pernah sekali halau ‘mereka’. Bagi aku setakat cebisan makanan aku beri pada ‘dia’ tak buat aku lapar satu hari pun. Itu memang aku pegang dari dulu lagi.. cuma aku tak pernah terpikir untuk bela atau menyayangi ‘mereka’ macam pencinta kucing buat.

Ada satu hari.. aku terbaca perkongsian artikel dekat FB mengenai tip murah rezeki dan bila dilanda masalah. Salah satu point adalah memberi kucing makan.

Aku rasa seperti nak mencuba perasaan tu. Aku mula mencari cara untuk mendekati kucing. Aku sediakan makanan kucing dalam kereta dan rumah.

Alasan aku bila ditanya untuk apa sediakan makanan kucing berbalang-balang ni.. Aku akan cakap untuk jadi kaya. Hahahaha..

Bila aku terjumpa kucing jalanan aku akan beri ‘mereka’ makan kemudian aku akan berlalu dari kawasan tu. Hampir setahun juga aku berjinak-jinak memberi kucing makan. Apa yang aku dapat? Aku rasa seronok sangat.. entah kenapa perasaan tu hadir.

Bila aku lihat ‘mereka’ excited habiskan makanan.. aku jadi sayu sangat. Sehinggalah aku dipertemukan dengan seekor kucing yang buat aku rasa sesuatu dekat ‘dia’.

Nama dia Hitam, kucing jalanan dekat kawasan rumah aku. Kenapa aku suka pada Hitam aku juga tak pasti. Cuma yang aku tau.. bila pergi dan balik kerja aku akan cari dia untuk beri makanan.

Dan dari makanan kucing warna warni aku mula belajar sebenarnya setiap makanan yang kita beri pada kucing memberi kesan pada kesihatan ‘mereka’.

Jadi aku bertukar kepada makanan yang berkhasiat sedikit untuk kucing jalanan. Lama-lama aku jadi gian nak mencari kucing jalanan untuk diberi makan.

Aku rasa sedih bila lihat ‘mereka’ makan dengan selera dan otak aku mula terfikir nasib ‘mereka’ untuk hari tu jika tidak mendapat makanan. Aku mula bayangkan kalau Allah SWT cipta aku jadi kucing jalanan. Adakah nasib aku seperti mereka..

Dari Hitam aku kenal kawan-kawan dia. Oren dan tompok. Hitam dan Oren jantan hanya Tompok betina yang rapat dengan Hitam. ‘Mereka’ bertiga dah cam aku dari jauh lagi.

‘Mereka’ akan lari dan manja dengan cara tersendiri. Manja Hitam dengan cara duduk sambil buat muka comel. Cara Oren tenung dari jauh.. dan cara Tompok akan terbalikkan badan ‘dia’ untuk diusap.. Dipendekkan cerita..

Bulan Julai hari tu Tompok beranak. Aku tengok pagi tu perut tompok dah kempis tapi aku tak tau ‘dia’ letak baby ‘dia’ dekat mana. Jadi aku tak beria cari baby-baby Tompok. ‘Dia’’ tetap datang minta makanan dan terbalikkan badan ‘dia’ untuk diusap. Seminggu kemudian,

Tompok bawa baby-baby dia dekat bucu-bucu pasu ibu. Menjeritlah ibu kata ada anak kucing dekat bawah pasu. Ibu cakap tompok bawa baby dia dekat rumah. Dengan seloro aku cakap pada ibu biarkan nanti dia bawa pergilah baby dia tempat lain.

Macam sebelum ni.. Aku tau Tompok banyak kali bersalin tapi Tompok ada satu perangai pelik suka letak baby dia dalam enjin kereta orang. Seingat aku tak ada sekor pun baby-baby Tompok selamat. Akhirnya Tompok akan meow-meow sendiri cari baby-baby dia yang dah hilang.

Sehinggalah seminggu baby-baby Tompok bawah pasu ibu. Aku tergerak hati nak melawat baby tompok. Balik kerja je aku terus ke pasu. Comel sangat! Ada warna coklat 2 ekor dan putih 1 ekor. Gemok-gemok ‘mereka’, tapi aku jatuh kesian bila tengok seekor baby tompok sakit mata.

Dia betina warna coklat. Senja tu aku google klinik haiwan kawasan rumah aku. Terus aku bawa baby coklat tu ke klinik. Pertama kali aku pergi ke klinik haiwan. Selama ni aku cuma dengar je. Aku namakan betina tu bunga. Since kauter tanya aku soalan yang aku sendiri terkejut.

Nama baby kucing apa ye? Kucing pun dafta guna nama juga wei. Balik je dari klinik aku belikan sangkar yang boleh muat 1 keluarga tompok ini sebab aku kesian dengan nasib baby-baby dia yang kena hujan dan sejuk bila menepek dekat lantai tanpa alas.

Selang 2 hari aku tak nampak progress mata bunga tak ada improvement kemudian berjangkit pula pada 2 ekor lagi. Aku namakan samudra dan langit. Jadi berlarilah aku ke klinik untuk kali kedua dengan membawa kesemua baby tompok.

Doktor cakap ambil masa sebab kesihatan kucing mengikut antibody ‘mereka’. Aku jadi muskil tapi aku follow je arahan Doktor untuk kaedah memberi ubat. Selang 4 hari masih Tiada improvement dan aku membebel dekat Doktor.

Aku cari klinik vet yang lain pula.. jumpa dan progress untuk 1 minggu lepas guna ubat yang diberikan tak ada improvement dan makin teruk!. Aku jadi tak keruan.. sambil drive nak ke office aku menangis sebab pikirkan nasib ‘mereka’ kesian mata makin teruk sebab bawa ke klinik.

Aku mula minta pendapat kawan-kawan aku yang bela kucing macam mana nak merawat dan klinik mana yang mujarab ubat dia. Dan akhirnya klinik terakhir aku melangkah dengan harapan baby tompok akan sembuh.

Alhamdulillah 3 hari lepas guna ubat klinik tu ada kemajuan dan akhirnya baby-baby tompok sihat dari penyakit mata selama 11 hari. Since bela kucing ni aku rasa seperti menjaga baby walaupun aku belum berkahwin lagi..

Aku akan tidur bila kucing aku dah tidur. Aku akan larang dan jauhkan benda yang bahaya pada ‘mereka’. Bila dekat office aku akan call ibu tanya keadaan kucing. Sampaikan ibu aku kata ‘kau terlalu manjakan anak kucing kau’.

Kawan-kawan aku terkejut aku mula berjinak-jinak dengan dunia kucing. Diorang tak sangka aku yang banyak tanya soalan mengarut pasal kehidupan kucing dan tuannya. Contoh soalan mengarut aku..

1- kenapa biarkan kucing asah kuku dekat kerusi kereta sedangkan kereta tu baru beli.. kereta dengan kucing, kereta lagi bernilai..

2- kenapa masih nak bela kucing kalau tangan dan anggot badan lain berbirat dengn cakaran kucing..

3- kenapa habiskan duit untuk kucing yang tak mendatangkan balik modal pun..

Allah.. baru hari ini aku sedar makna sayang dan cinta pada haiwan. Allah SWT bagi aku rasa yang aku tak pernah terfikir aku akan makan balik ayat yang pernah aku luah dulu pada pencinta kucing.

Sekarang aku seperti mereka yang mencintai kucing dan aku sangat obses dengan kucing..

Samudra, Langit, Bunga dan Mummy (Tompok) adalah kecerian hari-hari aku. Bila aku pikirkan balik.. sebenarnya kucing memberi aura positif dalam badan kita. Dia seperti caj tenaga aku bila aku letih,penat,kecewa.. Allah SWT Maha Besar..

DIA boleh membolak balikkan hati manusia sekelip mata je. Aku sampai boleh basuhkan taik baby-baby tompok bila ‘mereka’ terberak dekat kain dalam sangkar. Aku sampai boleh tahan Nafsu shopping aku semata-mata untuk beli barang dan makanan baby-baby tompok.

Aku sampai boleh gadaikan kereta aku untuk baby-baby tompok naik dan ada sekali tu samudra mabuk naik kereta ‘dia’ muntah dekat kereta baru aku. Sikit pun aku tak jerkah. Bila baby-baby tompok sakit aku cepat-cepat bawa pergi klinik.. Doakan Samudra cepat sihat dari cirit birit ye..

Beri ruang pada hati untuk melihat..

Dan aku paling takutkan kehilangan,

– Mak (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *