Assalamualaikum semua. Cerita ni dari pengalaman hidup aku, semoga boleh di jadikan ikhtibar.
Aku seorang bisness woman yang terlibat dalam kontrak kerajaan. Dulu aku selalu fikir kalau nak menang tender kena lobi kena rasuah,
Tidak di nafikan budaya melobi memang ada kalau kau kenal orang dalam untuk job kecik la bawah 200 ribu senang la kau nak dapat.
Tapi itu dulu lah sebab rasuah ni pilihan kalau kau rasa kau nak terlibat kau boleh la bagi rasuah.
Dulu aku terlibat denga budaya rasuah tapi tak kaya pun. Bila kau langgar perintah tuhan kau memang akan terima balasan duit akan habis macam tu je. Kau penat bekerja tapi duit kau habis. Hidup kau tak aman. Keluarga porak peranda.
Dulu aku tak percaya pada balasan tapi sekarang baru aku faham sebabkan kejahilan aku tak kemana pun hidup aku.
Aku ada syarikat pun enterprise je, nak berjaya tu jauh sekali. Setakat aku lah kuli aku lah boss tu jela. Aku benci betul dengan masa lalu aku.
Kebodohan dan kejahilan aku. Sampai aku tidak percaya dengan rezeki Allah. Aku rasa rezeki dengan usaha aku sendiri sebab tu lah sanggup buat benda haram.
Bodoh betul aku dulu. Sebab aku terperangkap dengan fikiran kalau takde orang dalam tak payah la masuk tender… selepas balasan Allah disebabkan dosa aku mula sedar.
Dulu aku buat kerana dunia aku merasakan diri aku hebat. Aku nak orang tengok aku hebat dan berjaya maksudnya kalau aku berniaga aku nak jadi jutawan aku nak.
Kaya fikiran aku dunia -dunia sahaja tak de pun akhirat. Berniaga kerana nak jadi jutawan sebab terpengaruh dengan sifu-sifu jutawan. Jadi aku terkejar-terkejar sehingga lupa akhirat.
Selepas aku mendapat balasan Allah. Aku lah aku sedar yang aku ni dah jauh tersasar. Akhirnya aku nekad tinggalkan rasuah sebab kalau terlibat dengan rasuah kau akan penat sebab kau akan jadi mesin atm pegawai2 kerajaan ni.
Jadi aku nekad aku selalu berdoa untuk keluar dari kepopong rasuah.
Alhamdullilah aku menjauhkan diri dari pegawai – pegawai rasuah, aku mencari Allah, aku mula mencari kehidupan yang Allah redha. Aku mula belajar bertawakkal kepada Allah bagi aku kalau takde projek pun takpe.
5 tahun aku praktif hidup bebas rasuah Alhamdullilah Allah bagi jalan dari syarikat enterprise ke Sdn Bhd dari projek ratusan ribu ke projek juataan ringgit dapat tanpa rasuah daripada aku lah kuli aku lah boss sekarang ada 12 orang pekerja Allahuakabar.
Aku semakin tenang walaupun ada masalah tapi ada jalan keluar kerana hidup ni akan sentiasa ada masalah…
Lagi satu aku sudah tidak terkejar-kejar akan dunia hati aku takde dah nak update media sosial ke apa walaupun aku sentiasa dapat projek jutaan ringgit tapi aku sekarang lebih banyak diam orang tak tahu pun aku buat apa sekarang.
Sebab aku dah rasa dunia ni hanya mainan jadi tidaklah bersungguh kecuali aku banyakkan bersedekah dan membantu orang lain tanpa di war warkan ke media sosial…
Jadi segalanya sekarang aku serah kepada allah. Masa depan aku dan segalanya.
Terima kasih ya Allah untuk peluang kedua..
– Mimi (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit