Aku Yang Tersakiti

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua pembaca. Sempena birthday aku ini, aku nak berkongsi pengalaman aku dengan kalian. Lama aku pendam dan cuba bertahan untuk tidak menulis dalam ruangan ini tapi hati aku tetap terpanggil untuk menulis.

Penulisan aku kali ni lebih kepada perasaan dan apa yang telah aku buat sewaktu heartbroken. Kalian boleh ambil pengajaran atau iktibar kalau rasa perkongsian ini berguna. Panggil aku sakura biru. Aku berasal dari pantai timur dan telah bekerja.

Kisah ‘Aku yang Tersakiti’ berkenaan kisah cinta tertipu. Dua bulan lalu hidup aku bertukar seakan gelap.

Aku menerima satu pesanan whatsapp dari dia yang mengatakan dia telah berkahwin, aku terus peluk dan melutut di kaki mak aku. Ntah kenapa aku terasa seakan aku ada dosa besar sampai Tuhan uji aku macam ni.

Berkali aku mohon maaf dari mak aku sebab aku takut aku ada melukakan hati mak aku. Mak aku peluk erat tubuh aku.

Oh ya, lupa aku nk kenalkan ex aku. Dia sama baya dengan aku, tinggi dan ada kerjaya (doktor). Aku kenal dia masa kami zaman uni. Bertahun-tahun juga la kawan dan bercinta dengan dia.

Saat aku tahu dia mengaku telah berkahwin, hati aku kecewa. Ibarat hati aku ni hancur lebur. Kalau retak boleh lagi bercantum tapi hati ni dah kira hancur memang tak boleh nk bercantum lagi.

Aku tak tahu apa motif dia buat aku macam ni, dia mengaku telah berkahwin sebelum PKP 2020 tapi telah berterus – terang sehari sebelum birthday dia (Ogos 2020).

Dalam tempoh tu juga dia janji nak tunaikan impian aku tapi hancurkan impian aku juga dengan berkahwin dengan perempuan lain. Aku tahu jodoh tu Tuhan dah tetapkan tapi cara penipuan lelaki ini buat aku tak boleh terima.

Bayangkan berapa lama dia ambil masa untuk berterus – terang dengan aku dan dalam masa yang sama berkasih sayang dengan aku.

Then dalam masa dia berkahwin beberapa bulan tu, 24 hours dia text aku dan ada dengan aku tak ada langsung ragu-ragu atau perubahan dalam diri dia (lelaki sangat).

Kalau aku diam, dia sendiri yang akan cari aku then selalu cakap tak boleh tak ada aku (ayat lelaki ke ayat buaya ni).

Aku tak tahu kenapa dia tak tinggalkan aku saat dia akad nikah kalau betul dia dah tak sayang aku. Tapi kalau dia sayang aku, kenapa dia mesti kahwin dengan perempuan lain. Sampai hari ni aku takde jawapan kepada persoalan aku sebab dia dah block aku.

Kenapa takut nak berterus terang. Masalah ni dari dia, bukan dari aku. Jahat kan, tinggal aku macma kain buruk lepas tu block.

Tolong la gentleman sikit. Nampak sangat malu atau rasa bersalah kan buat orang macam ni. Sebelum ni tatang aku bagai minyak yang penuh, sayang aku ibarat nyawa dia sendiri.

Sampaikan aku ke toilet (stesen minyak) pun dia sanggup tunggu depan pintu risau kalau terjadi apa-apa kat aku. Pernah aku cuba cari dia pakai number lain tapi macam biasa dia akan block then dia pesan jangan ganggu dia dan kena terima segala ketentuan Tuhan.

Ye aku tahu aku kena terima tapi cara lelaki ni aku tak boleh terima. Terang lagi bersuluh dia aniya aku dengan tabur janji melangit sampai aku rasa aku la wanita terbahagia dan beruntung sebab kenal dia.

Habis selama ni aku ni apa untuk dia? Tak boleh ke dia tinggal aku baik-baik. Dia sedap dah ada isteri, aku juga makan hati bila ingat balik segala penipuan ini.

Tak boleh ke dia tinggal aku sebelum berkahwin sebab aku pernah minta putus tapi dia tak nak katanya sayang aku sangat-sangat dan yakin akulah jodoh dia.

Kalau dia ada hati perut, dia takkan buat aku macam ni. Takdelah hati ni rasa berdendam sangat apatah lagi doa yang bukan-bukan kan. Tipulah kalau kata aku ikhlaskan segalanya apa yang dia dah buat kat aku. Aku manusia biasa.

Hati kalau dah terluka ambik masa untuk maafkan. Tipulah kalau dah tak ada rasa sayang dalam diri aku untuk dia. Ibarat nyawa dah.

Betullah orang kata kalau sayang jangan sayang sangat nanti melayang. Point sekarang aku kecewa dan rasa dikhianati oleh dia kerana tidak jujur dengan aku.

Tu pun saat-saat akhir dia nak berterus terang keadaan sebenar pun dia sempat plan untuk majlis perkahwinan kami.

Jahat weh.. terang-terang dia khianat perasaan ni. Sakit perasaan tu hanya Tuhan yang tahu. Remuk, terluka hati bukan aku sorang tapi dengan ibu aku sekali kena tipu hidup-hidup. Jahat sangat.

Tak sangka juga aku terjebak dalam episode kekasihku suami orang walau dalam tempoh beberapa bulan atau kekasihku diambil orang.

Kalau la isteri dia tahu perbuatan dia, mesti remuk kan. Baru berkahwin tapi suami buat hal dalam tempoh honey moon. Dia telah melukakan hati aku, hati mak aku dan hati isteri dia. Sanggup dia buat demi nak tutup kesalahan dia.

Dia terlalu baik untuk aku, layan aku lebih dari seorang isteri. Makan, minum, pakai aku semuanya dia jaga tak sedikit pun kurang walaupun aku mampu berdikari sendiri sebab aku pun ada kerjaya.

Tapi tula kan, time sayang kita semua benda sanggup korban. Time tak nak kita, macam sampah dibuangnya. Takde sedikit pun rasa simpati dan belas kasihan.

Sungguh waktu itu aku masih nampak segala kebaikan dia tapi bila hati ni dikhianati, maaf aku terpaksa cakap yang dia jahat. Tak berbaloi dia layan aku selama ni kalau inilah pengakhiran hubungan kami. Sedikit hatta sesen pun aku tak nak pape dari dia.

Sekarang sikit pun dia dah tak nampak kebaikan aku pernah buat untuk dia. Lelaki memang macam ni ke?

Macam-macam janji dia tabur untuk berkahwin dengan aku endup dia kahwin dengan orang lain. Awak jahat, awak tipu saya hidup-hidup. Dia selalu kata dia akan buat aku ni berbaloi tunggu dia, hakikatnya memang sangat berbaloi dengan keadaan sekarang.

Dua bulan yang penuh air mata. Mujur la mak aku sentiasa ada dengan aku. Dia yang menyaksikan setiap ketabahan serta air mata aku.

Alhamdulillah, masuk bulan ketiga aku dah start move on dan start bersemangat untuk bekerja. Kalau nak dibandingkan sebelum ni, memang aku ni tak macam rupa orang dah. Hihi.

Bayangkan aku mampu bertahan dalam keadaan aku tak makan, tak tidur hanya menangis mengenang setiap ujian ni. Sehari aku hanya bertahan minum air jer, itupon tak sampai segelas.

Kalian boleh bayang berat aku susut banyak masa tu.. Gila kan perasaan heartbroken ni.. Sakit woii.. Sampai satu tahap aku nk tidur malam, aku genggam tangan mak aku. Sebab kat situ la kekuatan aku sebenarnya.

Tiap kali mak aku nak pergi masjid untuk solat subuh, mak aku pandang aku (aku pura-pura tutup mata) dia cakap ‘kesian anak aku’.

Korang bayangkan perasaan ibu masa tu dan tak kering air mata ni keluar bila dgr ucapan seorang ibu cakap cmtu. aku tahu dia rasa apa aku rasa.

Hidup aku masa tu, aku hanya mencari Tuhan dan dalam masa yang sama ikhtiar cari ustaz dan ustazah untuk pulihkan hati aku sebab cinta manusia ni.

Macam-macam cara ikhtiar aku usahakan untuk pulihkan emosi aku, hati aku yang remuk teruk ni supaya aku tak terlalu emosi sampai aku tak boleh bekerja. Waktu tu aku banyak habiskan masa dengan Tuhan.

Kalau boleh nak tidur pun atas sejadah 24 jam sebab hati aku ni remuk sangat. Aku cari Tuhan, aku imbas balik adakah ini kifarah atau ujian buat aku. Tasbih dan quran kat tangan tu dah macam sahabat aku ketika itu.

Aku langsung tak nak bukak FB, WS sebab bagi aku, masa tu jiwa ni kosong. Aku hanya berkurung dan menyendiri. Aku start cari akhirat, rasa seolah dunia ni tak ada apa.

Pernah juga la dalam fasa aku nak move on, aku hanya pikir mati jer. Hidup ke mati ke, sama sahaja (lemahnya iman waktu tu senipis kulit bawang) tapi dalam masa yang sama aku tak tinggal Tuhan.

Biasalah perasaan ups and down ni kan. Solat taubat dan solat hajat then bangun di sepertiga malam nak jumpa Tuhan setiap hari dah jadi macam rutin. Sampai satu tahap kalau aku tak buat rasa berdosa sangat. Sampai camtu sekali perasaan ni.

Air mata ni tak usah cakap laju jer keluar saat dahi bertemu sajadah. Berbicara dengan Tuhan agar hati yang remuk ni cepat diubati. Alhamdulillah, sekarang aku dalam fasa pemulihan atau move on.

Cukuplah aku kata aku kuat depan manusia tapi aku tak cukup kuat depan Tuhan. Aku pura-pura kuat depan semua orang untuk tutup apa aku rasa dan aku yakin saatnya tiba aku juga bakal bahagia.

Doakan aku yee kalian.. In shaa ALLAH kalau diizinkan lagi, aku akan share pengalaman cinta aku dengan si dia bukan untuk mengingat Kembali tapi cukup sebagai pengajaran kepada kita semua.

Lelaki tersweet yang pernah aku kenal. Maaf juga andai kata penulisan aku kali ni tingtong seperti tingtongnya hati aku sewaktu heartbroken.

Untuk dia yang bernama lelaki, Andai kata awak terbaca luahan hati ni, satu jer nak awak belajar, belajar meletakkan diri awak dalam keadaan orang lain. Masa tu baru awak tahu hati tu macam mana.

Patut orang yang bekerjaya macam awak tak boleh buat manusia lain macam ni. Sebab tu hidup kita ni kena ada common sense.

Bayangkan andaikata saya ni patient awak yang terpaksa awak rawat, tak ke awak simpati dalam masa yang sama menyumpah seranah lelaki itu. Sekarang, awak telah meruntuhkan harga kehormatan diri awak yang semua orang sanjung awak sebelum ini.

Hidup ni jangan lupa ada kifarah, mungkin hari ini kita ada semua entah esok lusa kalau Tuhan tarik atas kifarah ini tak ke awak rasa besarnya penipuan awak ni.

Saya selalu berdoa pada Tuhan jika saya betul dan benar, Tuhan tunjuklah kepada awak dan sedarkan awak yang apa yang awak buat ni cara yang salah.

Selagi air mata saya menitik atas sejadah, awak rasa awak bahagia ke? Bahagia atas penderitaan manusia lain.

Then saya yakin Tuhan dah aturkan yang terbaik untuk saya dan semua ini akan membuatkan saya berterima kasih pada Tuhan sebab sediakan bahagia buat saya nanti. Sekian.

Yang tersakiti,

– SAKURA BIRU (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *