Hi Assalamualaikum.. Nama aku Ira, berumur 38 tahun dan berasal dari selatan tanah air. Aku seorang Yang sangat berdikari, semua benda pun aku buat sendiri. Maklum lah hidup sorang-sorang.
Aku juga seorang yang sangat sensitive, keras hati dan degil. Cerita aku tidak lah berkisar tentang kisah cinta, tapi berkenaan dengan konflik kisah hidup aku dan keluarga.
Pertama nya aku ingin minta maaf jika penulisan aku ini agak boring dan hambar.
Aku bukan lah seorang yang pandai menulis dan menyusun kata-kata, cuma harap nya di sini aku bisa mohon pendapat dan pandangan dari kalian.
Baik lah aku mula kan cerita aku dengar latar belakang keluarga.
Aku di besarkan oleh datuk dan nenek sebelah mak aku, dari kecil hinggalah tamat sekolah menengah.
Mak dan bapak aku bercerai sejak aku kecil lagi, dan kedua nya telah berkahwin lain dan masing-masing mempunyai keluarga baru.
Aku tidak mempunyai adik beradik lain, melainakan adik beradik tiri. Bagaimanapun hubungan kami tidak lah rapat memandangkan kami tidak di besarkan bersama. Jumpa pun jarang-jarang sekali.
Aku masih ingat lagi, zaman persekolahan merupakan waktu yang cukup sukar buat aku. Terutama sekali after exam, kena ambil report card di sekolah tiada siapa Yang datang untuk aku.
Sebenar nya bila bercerita zaman sekolah ni, aku lebih banyak menyimpan kenangan pahit dari manis. Ada ketika nya duit belanja pun aku tak ada, huhuhu…
Masa sekolah, aku ingat ade lah few times bapak aku datang melawat. Tapi Aku rasa dr kecik sampai lah aku habis sekolah, dia datang tak lebih dr sepuluh kali kot.
By the way, bapak aku tinggal di pantai timur, mana kala mak aku Ikut suami dia tinggal di daerah lain.
Aku ingat lagi, masa kecik ada banyak benda yang aku nak tak dapat, sedih jugak lah. Tak mungkin lah aku nak susah kan nenek dengan atuk aku sebab dorang pun bukan nya senang.
Pernah sekali aku mintak atuk aku belikan kasut All- Star kalau tak silap, and bila makcik aku dapat tau habis dia membebel satu dunia. Hmmm.
Masa aku kecik-kecik dulu aku selalu fikir, Kenapa lah malang sangat hidup aku. Aku sorang je Yang datang dari broken family.
Sepupu aku yang lain semua ada parents. Aku selalu compare hidup aku dengan dorang. Kerap kali jugak aku di banding bandingkan dengan sepupu lain. Sepupu tu pandai, sepupu tu itu ini..
Semua berlarutan sehingga lah aku besar. Habis je SPM aku terus pindah Ikut makcik aku tinggal dengan dia kerja kat KL.
So aku dah pandai berdikari dan ada duit sendiri. Masa tu lah baru aku merasa pegang duit banyak dan boleh beli sendiri barang-barang Yang Aku suka.
Berbalik kepada cerita aku, mak bapak aku sehingga sekarang tidak pernah call atau text aku untuk bertanya khabar. Sedangkan dorang tahu no telefon aku.
Aku mengaku, aku sendiri tidak ada rasa sayang pada dorang pun. And aku Tak pernah rasa Macam Aku masih ada ibu bapa.
Sebagai anak ya aku tahu, syurga tu terletak atas redha ibu bapa. Tapi macam mana dengan perasaan aku yang selama ini di abaikan? Tak pernah sekali pun aku dengar mak bapak aku cakap dorang sayang aku.
Macam bapak aku pun, nafkah aku masa kecik tak pernah bagi. Ada lah sekali sekala dia bagi duit, itu pun sebab aku call mintak.
Nenek aku pernah cakap, lupakan je cerita lama. Mcm mana aku nak lupa, banyak sangat kisah sedih Yang dorang tinggalkan untuk aku! Sampai sekarang pun aku still Tak bole nak move on.
Aku cuba lembutkan hati aku untuk terima dorang, redha dengan takdir Tuhan buat aku. Tapi kenapa terlalu payah? Apa yang aku perlu buat?
Mak bapak aku sendiri pun sama, Tak pernah berusaha untuk tanya khabar aku langsung.
Ambil tahu pasal aku ke, aku sedar umur aku da lanjut tapi salah ke kalau aku terus Macam ni? Maksud aku biar je dorang layan aku Macam aku tak wujud selama nya?
Buat pengetahuan korang, sampai sekarang aku tak kahwin lagi, hanya sebab wali aku iaitu bapak aku masih hidup. Kalau aku nak kahwin, dah tentu aku kena cari dia, itu ini blablabla…
So aku pilih untuk membujang. Benar hidup aku tak pernah tenang dan aman, jadi bantu lah aku untuk aku fikir dengan matang dan waras, apa Yang perlu aku lakukan?
Ada kah cara untuk aku berdamai dengan masa lalu yang pahit? Tolong aku buntu…
– Ira (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit